Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Henti kerja lebih masa! Utamakan hidup seimbang dan sihat

    Henti kerja lebih masa! Utamakan hidup seimbang dan sihat

    By Umi FatehahAugust 15, 2024Updated:August 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Henti kerja lebih masa! Utamakan hidup seimbang dan sihat. - GAMBAR HIASAN RON LACH/PEXELS

    BIASA kita dengar orang cakap, “kalau nak berjaya, kena kerja keras”. 

    Tetapi, definisi kerja keras itu sendiri tidak jelas. Perlu kerja sampai korbankan cuti? Atau perlu buat dua hingga tiga kerja? Atau perlu kerah tubuh bekerja selama mampu dalam sehari?

    Disebabkan itu, ada yang salah anggap mereka perlu kerja lebih masa setiap hari untuk dikira sebagai kerja keras. 

    Faham, cabaran kehidupan dan ekonomi sekarang bukan biasa-biasa. Jadi ramai menganggap mereka perlu bekerja keras untuk kelangsungan kehidupan dan capai apa yang diimpikan. 

    Namun, berbaloikah anda korbankan masa untuk diri sendiri dan keluarga supaya boleh bekerja sepanjang masa? Bahagiakah jika hidup begitu? 

    Bukan sahaja tidak bahagia, kesihatan mental dan fizikal juga akan terjejas. Ikuti tip ini untuk berhenti kerja lebih masa agar hidup lebih seimbang.

    1. Tetapkan had waktu kerja

    Menetapkan had waktu bekerja adalah penting untuk mengelakkan terlebih bekerja dan memastikan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan peribadi. 

    Sekiranya anda bekerja di pejabat, latih diri agar tidak melakukan hal-hal berkaitan kerja setelah tamat waktu bekerja. Tepat sahaja pukul 6, pulang ke rumah dan luangkan masa untuk diri sendiri atau bersama keluarga.

    Setelah seharian bekerja, anda layak untuk berehat pada waktu malam. Sekiranya ada rakan sepejabat atau bos menghubungi di luar waktu bekerja, beritahu mereka anda akan selesaikan apa yang patut di pejabat esok.

    Kalau anda merupakan pekerja bebas (freelancer), tetapkan juga waktu mula dan tamat bekerja. 

    1. Utamakan kesihatan mental dan fizikal

    Kita perlu sedar bahawa bekerja lebih keras tidak bermakna akan menjadi lebih berjaya. 

    Oleh itu, rehat bila penat. Jangan paksa diri untuk terus melakukan pelbagai kerja. 

    Bekerja dalam keadaan penat hanya akan menyebabkan produktiviti terjejas. Kualiti kerja juga merudum dan akan menyebabkan bos atau pihak atasan tidak berpuas hati dengan hasil kerja anda.

    Sesekali, ambil cuti selama beberapa hari. Ini ialah cara yang bernas untuk menjaga kesihatan mental. Tidak ada faedahnya jika anda terlalu bekerja keras. Duit yang banyak tidak mampu membeli kesihatan yang baik.

    KIta hanya manusia, bukan robot. Rehat atau tidak cukup tidur akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kronik. Antaranya ialah darah tinggi, lesu dan sebagainya. 

    1. Fokus dan manfaatkan masa kerja

    Jika ingin mencapai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, anda perlu fokus pada waktu kerja. Sekiranya fokus sepenuhnya pada waktu kerja, tidak ada kerja yang tertangguh dan anda tak perlu bekerja lewat malam untuk menyiapkan semuanya.

    Dengan itu, anda boleh menikmati masa untuk diri sendiri selepas waktu kerja yang boleh diluangkan bersama keluarga dan orang tersayang.

    1. Kurangkan gangguan di tempat kerja

    Mengurangkan gangguan di tempat kerja adalah penting untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

    Jika ada rakan-rakan yang sering ajak bersembang dan ganggu anda bekerja, pertimbangkan untuk duduk di tempat lain yang lebih senyap seperti bilik mesyuarat. 

    Atau, anda boleh pakai fon telinga. Ini juga boleh menjadi petanda bahawa anda tidak mahu diganggu. 

    Jika anda seorang yang mudah hilang fokus, tutup penggera notifikasi di telefon. Segala mesej dan notifikasi lain yang tidak penting boleh diperiksa pada waktu rehat. 

    Dengan cara ini, anda dapat fokus dan manfaatkan masa kerja sepenuhnya. 

    1. Pertimbangkan untuk cari kerja lain

    Kalau anda kerja lebih masa untuk peroleh wang tambahan, pertimbangkan untuk cari satu kerja lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.

    Dengan cara ini, anda tidak meluangkan 24 jam sehari hanya untuk bekerja sahaja. Sekurang-kurangnya, waktu malam boleh berehat. 

    Namun, kerja dengan bayaran gaji tinggi biasanya dilengkapi dengan pakej tanggungjawab lebih tinggi. Mungkin anda masih diganggu sekali sekala pada waktu malam atau hari cuti. Tapi sekurang-kurangnya, anda hanya perlu fokus pada satu kerja sahaja. – RELEVAN

    Previous ArticleSocrates: Si geliga menyepak bola
    Next Article Rindu Salleh pada Ria dalam 9 bahagian

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.