Facebook Twitter
    Trending
    • 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    • Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    • Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    • Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    • Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara
    • Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini
    • Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

      October 15, 2025

      Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

      October 15, 2025

      Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

      October 15, 2025

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

      October 11, 2025
    • Kerjaya

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenang Porygon: 600 kanak-kanak diserang sawan kerana Pokemon

    Mengenang Porygon: 600 kanak-kanak diserang sawan kerana Pokemon

    By June 19, 2024Updated:June 19, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Porygon, Pokémon yang tidak lagi kelihatan selepas kemunculan pertamanya dalam episod Dennō Senshi Porygon, 27 tahun lalu. GAMBAR HIASAN/BULBAPEDIA

    PADA 16 Disember 1997, Takeshi (bukan nama sebenar) sedang duduk di hadapan televisyen bersama adiknya. Masing-masing teruja untuk menonton siri animasi terkenal, Pokémon yang bakal ditayangkan pada pukul 6.30 petang.

    Pada hari tersebut, episod Pokémon ke-38 bertajuk Dennō Senshi Porygon (Askar Elektrik Porygon) bakal disiarkan. Ia merupakan kemunculan sulung Pokémon berbentuk polihedral, bermata heksagon bernama Porygon. 

    Bagaimanapun, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku pada petang bersejarah itu. 

    Ketika menonton animasi tersebut, Takeshi yang pada waktu itu berusia 14 tahun mula berasa mual. Dia rebah di hadapan televisyen sebelum badannya tersentak-sentak diserang sawan. Serangan tersebut berlarutan selama beberapa minit. Selepas itu, Takeshi tertidur sepanjang malam. 

    Keesokan harinya, ibu bapa Takeshi membawa anaknya itu ke hospital. Doktor mendapati, Takeshi merupakan salah seorang daripada lebih 600 orang kanak-kanak yang mengalami simptom sama selepas menonton animasi Pokémon pada petang itu. 

    Tangkap layar babak dalam salah satu episod Pokémon yang mencetuskan serangan epilepsi dalam kalangan kanak-kanak Jepun. GAMBAR HIASAN/FANDOM

    Pada hari episod tersebut ditayangkan, pihak berkuasa telah menerima ratusan panggilan telefon daripada ibu bapa dari seluruh Jepun. 

    Kebanyakan kanak-kanak dilaporkan mengalami ‘penyakit misteri’ yang membuatkan mereka mual, muntah-muntah dan pening kepala. 

    Menurut tinjauan oleh Agensi Kebakaran dan Bencana Jepun, seramai 685 kanak-kanak (310 lelaki, 375 perempuan) dikejarkan ke hospital disebabkan mass epilepsy. Daripada jumlah tersebut, lebih 150 orang ditahan untuk rawatan lanjut di hospital. 

    Kajian yang dilakukan pada 1999 mendapati, satu daripada 4,923 individu berusia 6 hingga 18 tahun di Jepun tekesan dengan kejadian tersebut. 

    Tragedi yang digelar Pokémon Shokku (Kejutan Pokémon) itu mendapat perhatian media antarabangsa sehingga menyebabkan animasi tersebut digantung siaran. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental

    ARTIKEL BERKAITAN: 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, tertinggi sejak 2018

    Sawan dan sensitiviti terhadap kerlipan cahaya 

    Berbalik kepada Takeshi, pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati kanak-kanak berusia 14 tahun itu pernah mengalami kejadian hampir sama kira-kira enam bulan sebelumnya. 

    Menurut Takeshi, dia pernah alami simptom serupa – tangan dan kakinya bagaikan tersentak-sentak ketika bangun tidur – namun dia tidak pernah menganggapnya sebagai satu perkara yang serius. 

    Apa yang berlaku kepada Takeshi, dan mungkin juga kepada ratusan kanak-kanak Jepun yang lain ketika itu dikenali sebagai epilepsi fotosensitif; satu keadaan yang dicetuskan oleh cahaya terang yang berkelip dengan frekuensi dan gabungan warna tertentu. 

    epilepsi fotosensitif
    Pancaran cahaya terang dari lampu strob boleh menyebabkan epilepsi fotosensitif. GAMBAR HIASAN/LT NGEMA (Freepik)

    Menurut Epilepsy Foundation, epilepsi fotosensitif lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, terutamanya yang menghidap epilepsi dan mempunyai sindrom epilepsi tertentu. 

    Antara pencetus epilepsi fotosensitif ialah:

    • Kerlipan atau imej tertentu pada skrin komputer atau televisyen. 
    • Permainan video atau rancangan tertentu yang memaparkan visual bertukar-tukar warna. 
    • Lampu strob yang terang pada penggera atau kereta polis. 
    • Cahaya semula jadi, terutamanya yang terpantul pada permukaan air.
    • Cahaya matahari di balik pokok ketika memandu kereta. 
    • Efek visual tertentu atau penggunaan lampu strob ketika konsert.

    Kebanyakan individu tidak menyedari mereka mempunyai sensitiviti terhadap kerlipan cahaya sehinggalah diserang sawan. Bagaimanapun, bukan semua penghidap epilepsi akan mengalami sawan secara tiba-tiba. 

    Malah, kebarangkalian untuk gabungan warna serta visual tertentu mencetuskan sawan juga amat kecil.  

    Frekuensi kerlipan cahaya yang boleh mencetuskan sawan berbeza mengikut individu. Secara amnya, frekuensi yang paling berbahaya adalah antara 5 hingga 30 kerlipan dalam masa satu saat (Hz).

    Dalam episod Pokémon yang disiarkan pada 16 Disember, terdapat satu adegan yang memaparkan karekter animasi tersebut berlawan dalam komputer. 

    Ketika perlawanan tersebut berlaku, skrin telah bertukar dari warna merah ke warna biru gelap, bergilir-gilir dengan frekuensi 12 Hz. Kerlipan cahaya biru-merah dalam frekuensi inilah yang mencetuskan sawan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?

    ARTIKEL BERKAITAN: Gen Z, kebajikan dan kepuasan pekerja

    Pencetus garis panduan baharu

    Setelah berlakunya insiden Pokémon Shokku, industri animasi telah melaksanakan garis panduan baharu ketika menggunakan visual dengan gabungan warna serta intensiti cahaya tertentu. 

    Mereka mengehadkan penggunaan transisi visual yang boleh mencetuskan epilepsi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam pada itu, sebarang adegan yang dirasakan tidak sesuai akan diubah suai bagi mengelakkan tragedi sama daripada berulang. 

    Sejak kejadian tersebut, sebarang animasi Pokémon yang bakal disiarkan akan disemak terlebih dahulu. Pada 1998, Pokémon ditayang semula di Jepun dengan garis panduan baharu yang lebih ketat. 

    Porygon tidak bersalah

    Porygon (kanan) bersama bintang utama animasi Pokémon, Pikachu. GAMBAR HIASAN/GAMERANT

    Sehingga hari ini, pakar masih belum pasti mengapa episod tersebut berjaya mencetuskan mass epilepsy dalam kalangan kanak-kanak Jepun. Hipotesis pakar pada waktu itu, ia mungkin disebabkan oleh demografik penonton animasi tersebut yang rata-ratanya adalah kanak-kanak. 

    Menurut The Sankei News, 51.3 peratus kanak-kanak lelaki dan 48.8 peratus kanak-kanak perempuan berusia antara 6 hingga 12 tahun menonton animasi Pokémon. 

    TV Tokyo menganggarkan, hampir 10 juta orang telah menonton episod Dennō Senshi Porygon, termasuklah 55 peratus pelajar sekolah rendah di Jepun. 

    Daripada 685 orang kanak-kanak yang dibawa ke hospital, 523 daripadanya berusia 6 hingga 15 tahun. 

    Disebabkan Pokémon Shokku, episod Dennō Senshi Porygon tidak pernah disiarkan lagi di mana-mana negara dalam dunia, walaupun dalam versi yang telah disunting. 

    Lebih menyedihkan, Pokémon yang terpalit dengan kejadian itu, Porygon, juga tidak pernah muncul lagi dalam mana-mana episod sehingga hari ini. 

    Perkara tersebut telah membuatkan syarikat animasi Pokémon sedikit terkilan. 

    Mungkin sebab itu jugalah, mereka telah membuat ciapan, “Porygon did nothing wrong” (Porygon tidak bersalah) di laman Twitter. Bagaimanapun, ciapan tersebut telah dipadam oleh Pokémon tidak lama kemudian. – RELEVAN

    epilepsi featured jepun kerlipan cahaya pokemon porygon sawan

    Artikel berkaitan

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

    October 13, 2025
    Artikel Terkini

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.