Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketahui apa itu gangguan BIID, keinginan untuk menjadi cacat

    Ketahui apa itu gangguan BIID, keinginan untuk menjadi cacat

    By Zubaidah IbrahimApril 19, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GANGGUAN BIID adalah keadaan yang sangat jarang berlaku yang dicirikan oleh keinginan yang kuat dan berterusan untuk memperoleh kecacatan.- Gambar hiasan/ Yosi Prihantoro/Unsplash

    SEORANG lelaki Quebec yang menghidap gangguan identiti integriti badan (BIID) meminta doktor menghapuskan jari keempat dan kelima pada tangan kirinya kerana dia merasakan jari itu bukan miliknya.

    Dr. Nadia Nadeau dari Jabatan Psikiatri di Université Laval baru-baru ini menerbitkan laporan kes mengenai pesakit yang tidak dinamakan yang telah mengalami pemikiran trauma bahawa dua jari terakhir di tangan kirinya tidak berada di badannya sejak kecil.

    Sepanjang hidupnya, pemikiran ini menyebabkan dia kesakitan, kerengsaan berterusan, kemampuan terjejas dan mimpi ngeri yang jelas bahawa kedua-dua jarinya membusuk atau terbakar. 

    Walaupun pesakit tidak berkongsi kesusahannya tentang jari-jari itu dengan keluarga kerana malu, dia sering berkhayal untuk memotongnya sendiri.

    “Lelaki itu yang bekerja di kilang papan pernah memasang niat untuk memotong jarinya.

    “Dia sedar kecederaan diri bukanlah penyelesaian yang selamat dan boleh memberi kesan kepada hubungan, reputasi dan kesihatannya. 

    “Namun, dia tidak dapat membayangkan dirinya hidup pada tahun-tahun akan datang dengan jari-jari itu,” cerita Nadeau.

    Oleh kerana pengimejan otak lelaki itu kelihatan normal, dia ditawarkan pilihan rawatan bukan invasif seperti terapi tingkah laku kognitif, antikemurungan, antipsikotik dan terapi pendedahan, tetapi tiada satu pun rawatan tersebut berjaya.

    Berikutan penilaian psikiatri, pesakit dianggap mampu meminta amputasi sukarela dan dirujuk ke jabatan ortopedik.

    Akhirnya, penyingkiran dua jari itu adalah cara terbaik untuk membantu pesakit dan penilaian enam bulan selepas amputasi mengesahkannya.

    “Selepas pembedahan, mimpi buruk berhenti serta-merta, bersama-sama dengan tekanan emosi.

    “Dia mempunyai rancangan hidup yang membina, kurang marah dan meningkatkan kesejahteraan bersama keluarga dan di tempat kerja. 

    “Tiada kekesalan diluahkan. Dia kini menjalani kehidupan yang bebas daripada kesedihan tentang jarinya dengan semua gejalanya yang berkaitan dengan BID telah diselesaikan,” tulis pakar psikiatri itu.

    Amputasi itu membolehkan dia hidup sejajar dengan identiti yang dirasainya.

    Gangguan BIID adalah keadaan yang sangat jarang berlaku yang dicirikan oleh keinginan yang kuat dan berterusan untuk memperoleh kecacatan.

    Sebelum ini media pernah melaporkan tentang seorang wanita sihat yang bermimpi menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah dan dia hidup seperti lumpuh, bergerak di atas kerusi roda dan memakai pendakap besi panjang yang terkunci di lutut.- RELEVAN

    Previous ArticleKerja jadi mudah sebab kita ada kawan
    Next Article Anak tidak minat belajar? Buat perkara ini untuk pupuk minat mereka

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.