Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tanda anda hidup dibelenggu hutang

    7 tanda anda hidup dibelenggu hutang

    By Umi FatehahOctober 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAGI sesetengah individu, untuk kekal disiplin membayar semula hutang-hutang mungkin agak sukar. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    PENGGUNAAN kad kredit dan sistem hutang tidak dinafikan boleh memudahkan urusan kehidupan seperti membeli rumah, kereta dan memberikan kelonggaran untuk terus berbelanja apa-apa sahaja. 

    Namun, sekiranya anda mengumpul terlalu banyak hutang, ia boleh menimbulkan masalah yang serius dari segi kewangan. Mungkin anda akan selesa buat sementara waktu dengan bantuan kad kredit dan hutang tetapi lama-kelamaan, ia mungkin memakan diri.

    Bagi sesetengah individu, untuk kekal disiplin membayar semula hutang-hutang mungkin agak sukar. Justeru itu, layak untuk menggunakan kad kredit tidak bermakna anda patut menggunakannya.

    Bukan itu sahaja, wang yang digunakan untuk membayar hutang kad kredit juga tidak boleh digunakan di tempat lain. 

    Ini bermakna jika anda membelanjakan wang setiap bulan untuk kad kredit atau hutang lain yang tidak perlu, anda mengambil wang daripada bahagian lain dalam belanjawan yang boleh digunakan untuk membina kekayaan dan merancang untuk masa hadapan.

    Tertanya-tanya jika anda mempunyai terlalu banyak hutang? Rujuk ciri-ciri berikut.

    1. Tidak mempunyai simpanan

    Jika anda tidak mempunyai wang simpanan, ini mungkin kerana hutang menghalang anda daripada membina dana kecemasan. Tidak mempunyai simpanan boleh menambahkan lagi hutang jika anda perlu beralih kepada kad kredit untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka.

    1. Membuat bayaran hutang kad kredit dalam jumlah minimum 

    Anda hanya membuat pembayaran hutang dalam jumlah minimum untuk kad kredit setiap bulan. Mempunyai terlalu banyak hutang boleh membuatkan bajet bulanan anda berkurangan dan hanya mampu membayar bayaran minimum pada kad anda setiap bulan. 

    Itu bukan sahaja boleh membuatkan anda dibelenggu hutang kad kredit selama-lamanya, ia juga boleh membuatkan hutang menjadi lebih mahal kerana perlu membayar kadar faedah yang tinggi setiap bulan.

    1. Bayar hutang kad kredit tetapi menggunakannya pada masa yang sama

    Ini ialah cara yang paling buruk kerana ia tidak membawa apa-apa perubahan. Malah, akan terus dibelenggu hutang.

    1. Melebihi had kredit

    Kad kredit mempunyai had dan jika satu atau lebih daripada kad anda dimaksimumkan, itu petanda anda menghadapi masalah pengurusan hutang. 

    Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu kad kredit yang melebihi had, ia boleh merosakkan skor kredit dan akan menjadi punca kepada pelbagai masalah yang lain.

    1. Lewat membayar bil, hutang

    Lewat bayar adalah simptom bahawa anda tidak mempunyai wang yang cukup dalam belanjawan anda untuk bersosial atau bersiar-siar kerana terlalu banyak menggunakan pendapatan untuk membayar kad kredit. 

    Bukan itu sahaja, pembayaran lewat boleh menyebabkan skor kredit anda terjejas teruk.

    1. Tidak tahu jumlah hutang

    Tidak mengetahui berapa banyak hutang yang dimiliki adalah tanda bahawa anda tidak merekodkan dan mengawal perbelanjaan. Atau, anda tahu ada masalah hutang tetapi belum bersedia untuk menghadapinya.

    1. Menggunakan pendahuluan tunai kad kredit untuk membayar bil lain

    Pendahuluan tunai boleh membantu anda mendapatkan wang dengan cepat dalam keadaan yang memerlukan. Tetapi jika anda menggunakan pendahuluan tunai itu untuk membayar hutang lain, ia perbuatan yang sia-sia dan hanya menambah hutang. 

    Lebih teruk lagi, pendahuluan tunai mempunyai caj fi dan kadar faedah yang tinggi.

    Sekiranya anda merasakan masalah ini terlalu berat untuk ditanggung seorang diri, jangan biarkan perkara itu menjadi penghalang untuk menyelesaikannya. 

    Terdapat ramai pihak dan individu yang sedia membantu. Pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat penasihat kewangan. Mereka boleh menawarkan panduan mengawal perbelanjaan dan membuat rancangan untuk membayar hutang anda pada masa hadapan. – RELEVAN

    featured hutang kad kredit kewangan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.