Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 khasiat super tauge, pasti ramai yang terkejut

    5 khasiat super tauge, pasti ramai yang terkejut

    By December 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROTEIN dan peptida dalam tauge juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser. - Foto Makafood/ Pexels

    TAUGE enak dihidangkan dalam pelbagai cara sama ada digoreng, dijadikan ulam mahupun diletakkan di dalam sup. Ia banyak di jual di kedai dan harga juga tidak terlalu mahal, tetapi khasiatnya sangat super!

    Walaupun mempunyai khasiat yang luar biasa, tidak semua orang gemar makan tauge sehingga ada yang sanggup mengasingkan satu persatu supaya tidak bercampur dengan makanan.

    Teruskan membaca kerana anda pasti tidak akan menolak tauge selepas ini. Tidak perlu sayur mahal atau suplemen mahal yang penting anda bijak memilih pemakanan sihat tanpa kos tinggi.

    Berikut Relevan kongsikan lima manfaat tauge untuk kesihatan menurut WebMD:

    1. Sokongan tekanan darah

    Tauge boleh membantu mencegah dan merawat tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi.

    Terima kasih kepada blok protein yang dipanggil peptida. Peptida dihasilkan dalam kepekatan tinggi apabila benih bercambah. Perkara itu dibuktikan dalam kajian yang menunjukkan tekanan darah berkurang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 makanan ini boleh jadi racun jika dipanaskan semula

    1. Cegah kanser

    Protein dan peptida dalam tauge juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa nutrien ini boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser, termasuk yang berkaitan dengan kanser payudara, leukemia dan kanser sistem pencernaan.

    1. Kesihatan penghadaman

    Tauge adalah sumber serat makanan tidak larut yang membantu penghadaman. Ia bergerak dengan pantas melalui sistem pencernaan, mengambil dan membawa bahan buangan itu pergi.

    Serat membantu membersihkan kolon. Ia berfungsi hampir seperti berus skrub dalaman. Mempunyai serat tidak larut yang mencukupi dalam diet anda adalah penting untuk mengelakkan sembelit.

    1. Kesihatan mata

    Oleh kerana tauge mempunyai tahap antioksidan yang tinggi, ia boleh membantu melindungi anda daripada mengalami masalah mata yang biasa terjadi, termasuklah degenerasi makula (AMD) yang berkaitan dengan usia.

    AMD ialah punca utama kehilangan penglihatan dalam kalangan orang dewasa yang berumur 55 tahun ke atas. Antioksidan boleh membantu mengurangkan risiko anda menghidapi AMD.

    Tauge juga tinggi dengan vitamin C yang boleh membantu mencegah katarak.

    Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil tahap vitamin C yang tinggi selama 10 tahun atau lebih mempunyai risiko yang berkurangan untuk pembedahan katarak.

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 makanan merangsang kecerdasan otak, mudah disediakan

    1. Kesihatan jantung

    Tauge boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung anda secara keseluruhan dengan mengimbangi kolesterol.

    Kajian menunjukkan bahawa tauge boleh membantu mengurangkan kolesterol ‘jahat’ Low-density Lipoprotein (LDL) yang menyebabkan pembentukan plak penyumbatan arteri. Tauge juga boleh meningkatkan tahap kolesterol ‘baik’ High-density lipoprotein (HDL) yang membantu membersihkan lemak daripada darah.

    Kajian juga menunjukkan bahawa tauge boleh menurunkan lemak darah lain yang dikenali sebagai Triglycerides.

    Triglycerides boleh menyebabkan penyakit jantung jika ia terkumpul dalam kepekatan yang cukup tinggi.

    –   RELEVAN

    featured makanan sihat super tauge
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.