Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cat groomer bukan sekadar mandi, cantikkan kucing

    Cat groomer bukan sekadar mandi, cantikkan kucing

    By Zubaidah IbrahimNovember 2, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TUGAS pendandan kucing bukan sekadar memastikan kucing berada dalam keadaan kemas dan cantik tetapi merangkumi keseluruhan aspek penjagaan kucing.

    KUCING bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi sudah dianggap sebagai keluarga dan teman paling rapat yang sangat memahami perasaan pemiliknya bahkan ia menjadi terapi untuk meredakan tekanan.

    Oleh itu, sebagai pemilik kucing, sudah pasti kita mahu ia berada dalam keadaan terbaik sama ada dari aspek kesihatan, kecantikan dan penampilan yang menarik.

    Semua itu dapat direalisasikan dengan bantuan daripada pendandan kucing profesional atau professional cat groomer yang sangat terlatih mengendalikan haiwan itu.

    Kesihatan dan kecantikan

    Mungkin kerjaya ini agak kurang dikenali berbanding kerjaya profesional yang lain tetapi besar peranannya dalam memastikan kucing kesayangan kita sentiasa terjaga dan sihat.

    Menurut pendandan kucing profesional, Anas Mursyidi Abu Mansor, 35, atau lebih dikenali sebagai Anas, tugasnya bukan sekadar memastikan kucing berada dalam keadaan kemas dan cantik tetapi merangkumi keseluruhan aspek penjagaan kucing.

    “Terdapat dua bahagian penting dalam dandanan kucing iaitu penjagaan kesihatan dan kecantikan.

    “Kucing merupakan perumah kepada bakteria dan parasit serta terdedah kepada kekotoran hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh badannya.

    “Disebabkan itu, bulu menjadi kotor dan bergumpal, maka kucing berbulu panjang serta lebat perlu diberi lebih perhatian dalam penjagaannya,” kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.

    Tambah Anas, pemilik perlu memastikan rutin dandanan itu dilakukan secara konsisten demi kesihatan kucing secara keseluruhan seperti mencuci tahi telinga, memotong kuku, memandikan dan menyikat bulu.

    Bagi kucing berbulu panjang hendaklah dimandikan dua minggu sekali dan bulunya disikat setiap hari manakala kucing berbulu pendek perlu dimandikan sebulan sekali.

    Di samping dandanan biasa, kucing juga memerlukan dandanan secara intensif dengan jarak satu hingga tiga bulan sekali bergantung kepada keadaan kucing, jenis baka dan tekstur bulu.

    Syampu dan perapi khas

    Menerangkan rutin asas dandanan kucing, anak sulung daripada lima beradik itu memberitahu, langkah pertama dia akan memeriksa terlebih dahulu keadaan bulu, tahap kesihatan kulit dan kesihatan luaran.

    “Saya akan membuatnya bertenang dan berasa selamat sebelum memulakan dandanan kerana kebanyakan kucing akan bertindak agresif dengan orang yang baru dikenali.

    “Pradandanan akan dimulakan dengan memotong kuku, mencuci telinga, menyikat bulu, membuang bulu bergumpal dan merapikan bulu (menggunting).

    “Selepas itu, kucing akan dimandikan dengan syampu dan perapi khas mengikut jenis bulu serta keadaannya,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran itu.

    Jelasnya, mandian syampu dilakukan beberapa peringkat dan mengikut jenis bulu untuk membersihkan, merawat, memberi tekstur kepada bulu, memelihara kulit dan bulu kucing.

    Sebagai contoh, untuk kucing Bengal memerlukan syampu yang boleh membuatkan bulunya berkilau dan bersinar.

    Kebanyakan kucing yang didandan oleh Anas mempunyai masalah kulit dan bulu berminyak. Itu adalah perkara biasa kerana badan kucing secara semula jadi akan menghasilkan minyak atau lipid protein untuk melembapkan kulit

    Minyak yang dikeluarkan oleh kulit secara berlebihan itu bukan sahaja mengandungi lipid protein malah sel-sel kulit mati serta cairan hormon yang akan menyebabkan bulu mudah bergumpal dan menyakiti kulit kucing jika tidak dicuci sehingga menjadi punca jangkitan kulit yang lebih teruk.

    Justeru, untuk bergelar pendandan kucing memerlukan latihan profesional bagi menyelesaikan masalah tersebut dan tidak boleh dilakukan semberono.

    Sijil dandanan

    Anas memiliki sijil Professional Advance Cat Grooming (PCGA) dan International Pet Trim Scissoring Certificate (ISFC).

    Di Malaysia kerjaya ini masih baharu dan tidak ramai yang menawarkan perkhidmatan sebegini.

    Anas mula serius menawarkan perkhidmatan dandan kucing pada 2020.

    Ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

    “Pada awalnya, dandanan kucing ini saya lakukan secara percuma sebagai terapi untuk meredakan anxiety telah dialam sejak enam tahun lalu.

    “Pakar psikiatri menyarankan saya supaya menyibukkan diri. Masa yang terlalu banyak di rumah ketika PKP memberi idea kepada saya untuk menawarkan perkhidmatan dandanan kucing,” kata pengurus kilang itu.- RELEVAN

    Previous ArticlePanduan terbaik penjagaan kulit untuk kekal jelita
    Next Article Dandan kucing di pasar jadi lebih cantik, kenangan paling manis

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.