Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak cium haiwan peliharaan, ada risiko dijangkiti penyakit bawaan haiwan

    Elak cium haiwan peliharaan, ada risiko dijangkiti penyakit bawaan haiwan

    By Umi FatehahOctober 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APABILA mencium haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, kita berisiko untuk dijangkiti penyakit bawaan haiwan. - GAMBAR HIASAN ANDREW S/UNSPLASH

    HUBUNGAN keakraban manusia dengan haiwan peliharaan tidak dapat direnggangkan. Kasih sayang yang terjalin sudah ibarat hubungan ibu dan anak. Haiwan peliharaan itu juga sudah menjadi teman bermain, tidur dan makan.

    Disebabkan rasa kasih sayang itu juga, kita sebagai manusia cenderung untuk mencium mereka. Tetapi sebenarnya, apabila mencium haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, kita berisiko untuk dijangkiti penyakit bawaan haiwan.

    Lebih-lebih lagi untuk wanita hamil yang mempunyai sistem imun lemah dan lebih cenderung untuk dijangkiti. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui risiko dalam membela haiwan peliharaan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi mencegah jangkitan.

    Apakah penyakit yang boleh menjadi bawaan haiwan peliharaan?

    Menurut The Guardian, penyakit berjangkit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia dipanggil zoonotik atau zoonosis. Lebih daripada 70 patogen haiwan peliharaan diketahui mempunyai potensi untuk menjangkiti manusia.

    Ada kalanya, haiwan peliharaan yang mempunyai patogen zoonosis mungkin kelihatan sakit. Tetapi selalunya haiwan-haiwan peliharaan tidak menunjukkan simptom. Hal ini membuatkan anda lebih mudah untuk dijangkiti kerana tidak mengesyaki haiwan kesayangan mempunyai banyak kuman.

    Zoonosis boleh disebar secara langsung daripada haiwan peliharaan kepada manusia melalui air liur, cecair badan dan najis. Sebaran juga boleh berlaku secara tidak langsung melalui sentuhan pada benda-benda seperti tempat tidur, tanah, makanan atau air yang tercemar.

    Kajian mencadangkan penyebaran penyakit daripada haiwan zoonosis adalah rendah. Walau bagaimanapun, bilangan sebenar jangkitan mungkin dipandang remeh kerana kebanyakan zoonosis tidak dapat dikenal pasti dengan jelas.

    Kucing dan anjing

    Anjing dan kucing adalah pelaku terbesar jangkitan zoonosis disebabkan virus, bakteria, kulat dan parasit yang wujud semula jadi dalam hidup dan persekitaran mereka. Di kawasan endemik di Afrika dan Asia, anjing adalah sumber utama rabies yang disebarkan melalui air liur.

    Anjing juga biasanya membawa bakteria capnocytophaga dalam mulut dan air liur mereka yang boleh disebarkan kepada orang ramai melalui sentuhan atau gigitan. 

    Sebilangan besar orang tidak akan sakit tetapi bakteria ini kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah, mengakibatkan penyakit yang teruk dan berpotensi menyebabkan kematian. 

    Zoonosis yang berkaitan dengan kucing termasuk beberapa penyakit yang disebarkan melalui laluan najis ke mulut seperti giardiasis, campylobacteriosis, salmonellosis dan toksoplasmosis. 

    Ini bermakna, adalah penting untuk mencuci tangan atau menggunakan sarung tangan setiap kali mengendalikan bekas najis kucing. Kucing juga kadangkala boleh menjangkiti manusia melalui gigitan dan cakaran. 

    Kedua-dua anjing dan kucing juga merupakan haiwan yang paling banyak mempunyai  methicillin-resistant bacterium Staphylococcus aureus (MRSA) melalui kontak rapat dengan haiwan peliharaan yang dikenal pasti sebagai faktor risiko penting untuk jangkitan zoonosis.

    MRSA ialah sekumpulan bakteria gram-positif yang berbeza secara genetik daripada strain Staphylococcus aureus. MRSA merupakan punca kepada beberapa jangkitan yang sukar dirawat pada manusia. Ia menyebabkan lebih 100,000 kematian disebabkan rintangan antimikrob pada 2019. – RELEVAN

    Previous ArticleBuah hibrid: Separuh tembikai merah, separuh tembikai susu
    Next Article Apa itu mata malas dan simptom-simptomnya

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.