Facebook Twitter
    Trending
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Reformasi struktur perlukan keberanian, jangan tunduk pada populariti – Rafizi

    Reformasi struktur perlukan keberanian, jangan tunduk pada populariti – Rafizi

    By October 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENURUT Rafizi, ramai ahli politik lebih suka mengambil jalan selamat bagi mengekalkan kuasa masing-masing. - GAMBAR UTUSAN

    SIKAP ahli politik yang tiada keberanian untuk mengambil langkah tidak popular adalah punca ekonomi Malaysia berada pada kedudukannya sekarang.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ahli politik lebih suka ambil jalan selamat bagi memastikan mereka kekal di puncak kuasa selama mungkin.

    Contohnya, pengenalan subsidi pukal untuk mengekalkan harga barang pada tahap rendah secara buatan (artificial) dan terus menambah subsidi apabila rakyat marah.

    “Kita tidak mahu ambil jalan yang lebih sukar tetapi perlu seperti membina pangkalan data kebangsaan, mengambil risiko dengan memperkenalkan sistem subsidi bersasar dan melihat perkiraan yang berbeza, iaitu gaji.

    “Akhirnya, ini kerajaan pertama yang meletakkan komitmen kepada reformasi struktur sekali dalam satu generasi, berisiko secara politik dan sukar ini.

    “Ia akan menguji keberanian dan ketahanan kami tapi saya yakin yang kami akan terus konsisten sehingga akhir,” katanya dalam ucapan untuk pelancaran Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) pada 10 Oktober.

    Tegas Rafizi, kerajaan tidak seharusnya membiarkan ketidakpastian dan ketidakpopularan menghalang pembentukan polisi yang kuat. 

    Kata beliau, reformasi yang telah ditetapkan kerajaan ketika ini dipacu oleh pandangan progresif bahawa kita tidak lagi boleh bergantung kepada struktur bergaji rendah dan bernilai rendah yang dibebani asas subsidi pukal dan hasil rendah.

    “Kita perlu menstrukturkan semula sistem ekonomi untuk menjadi lebih selari dengan negara-negara berpendapatan tinggi dan mencipta bidang pertumbuhan baharu untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

    “Untuk negara dengan hasil yang rendah dan kadar kemiskinan serta ketaksaksamaan yang berulang-ulang, model subsidi dan bantuan sosial pukal adalah terlalu regresif. Model subsidi pukal memakan bajet perbelanjaan sosial yang sudah sedia terhad.

    “Pada masa sama, program bantuan sosial yang luas sering diterima oleh isi rumah berpendapatan tinggi yang tidak memerlukannya dan mereka mencairkan nilai program sebegini untuk yang memerlukan,” katanya.

    Menurut Rafizi, pada 2024, kerajaan akan memperkenalkan sistem subsidi bersasar yang akan membantu mengosongkan ruang fiskal yang sangat diperlukan untuk kerajaan, sementara turut mengurangkan kemiskinan dan ketaksaksamaan.

    Kata beliau, dengan mengarahkan barang subsidi berharga tinggi kepada bantuan sosial yang lebih luas, tanpa kos tambahan, ia boleh mengurangkan kemiskinan sebanyak 2.0 kepada 5.6 mata, menurut simulasi Bank Dunia.

    “Pemindahan terus juga dijangka empat kali lebih efektif secara kos dalam mengurangkan ketaksaksamaan berbanding subsidi.

    “Hanya melalui ini kadar kemiskinan dan ketaksaksamaan yang tidak berubah (atau meningkat) sepanjang 10 tahun lalu akhirnya boleh menurun semula,” katanya.

    Sementara itu, berkaitan gaji, kerajaan sedar kepentingan untuk menangani isu gaji yang rendah.

    Kata Rafizi, ketika gaji median hanya RM11 lebih tinggi daripada garis kemiskinan (RM2,589 sebulan) dan separuh pekerja Malaysia bergaji hanya sedikit lebih daripada gaji minimum, kerajaan tidak boleh lagi mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

    “Meninggalkan kepada pasaran untuk membuat pembetulan sendiri mungkin memburukkan lagi kedua-dua ketaksaksamaan dan nisbah pampasan pekerja.

    “Hari ini, indeks Gini untuk ketaksaksamaan pendapatan adalah lebih teruk daripada kebanyakan negara di Asia Tenggara, negara yang baru beralih kepada pendapatan tinggi dan negara-negara OECD.

    “Nisbah pampasan pekerja turut jatuh untuk dua tahun yang lalu, meletakkan kita di belakang negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina,” katanya.

    Untuk itu, kata Rafizi, kerajaan telah memberikan komitmen untuk melaksanakan dasar gaji progresif yang bersifat sukarela, berasaskan insentif dan berkaitan produktiviti. – RELEVAN

    featured kewangan Rafizi Ramli reformasi
    Artikel Terkini

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    June 5, 2025

    Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

    June 4, 2025

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    June 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.