Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi Malaysia kukuh, BNM kekalkan OPR

    Ekonomi Malaysia kukuh, BNM kekalkan OPR

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INI merupakan kali ketiga BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR sepanjang tahun ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BANK Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

    Menurut bank pusat itu, pada tahap OPR tersebut, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

    Malah, katanya, MPC juga menilai bahawa risiko ketidaseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

    “MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

    “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan pada 6 Jun.

    Ekonomi berkembang sederhana

    Jelas BNM, susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini.

    Katanya, keadaan itu berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan seperti yang dijangka.

    ARTIKEL BERKAITAN: Memahami OPR dan kesan turun naiknya kepada pengguna

    “Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada 2023 akan terus didorong permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

    “Perbelanjaan isi rumah terus disokong keadaan pasaran kerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri. 

    “Ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan. Aktiviti pelaburan akan disokong projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan,” jelasnya.

    Inflasi menurun

    BNM mengunjurkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi separuh kedua 2023 lebih rendah mengikut jangkaan.

    Katanya, inflasi keseluruhan terus menurun berikutan faktor kos yang lebih rendah. Meskipun, inflasi teras juga menjadi sederhana, inflasi tersebut kekal tinggi berbanding purata jangka panjang berikutan faktor permintaan dan kos yang berlarutan.

    “Risiko terhadap prospek inflasi terus sangat dipengaruhi inflasi teras yang berlarutan, perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan,” katanya.

    Corak perubahan OPR

    Setakat tahun ini, peningkatan OPR hanya berlaku sekali, iaitu pada 3 Mei apabila kadarnya dinaikkan 25 mata asas daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus.

    Kadar 3.00 peratus merupakan kadar OPR tertinggi negara sejak Januari 2020.

    Corak perubahan OPR sejak 2022 boleh dilihat dalam jadual di bawah:

    Tarikh Mesyuarat MPC Perubahan OPR (%) Aras OPR baharu (%)
    20 Januari 2022 0 1.75
    3 Mac 2022 0 1.75
    11 Mei 2022 +0.25 2.00
    6 Julai 2022 +0.25 2.25
    September 2022 +0.25 2.50
    November 2022 +0.25 2.75
    19 Januari 2023 0 2.75
    9 Mac 2023 0 2.75
    3 Mei 2023 +0.25 3.00
    6 Julai 2023 0 3.00

    Mesyuarat MPC seterusnya akan berlangsung pada September. – RELEVAN

    Previous ArticleKetahui jenis-jenis influencer: mega, makro, mikro dan nano
    Next Article Calon gagal UPU diberi masa 10 hari buat rayuan, ikuti langkah ini

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.