Facebook Twitter
    Trending
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Geriatrik: Merawat dan menjaga warga emas secara holistik

    Geriatrik: Merawat dan menjaga warga emas secara holistik

    By Zubaidah IbrahimJune 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERUBATAN Geriatrik merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang sangat khusus dan unik, ia menyediakan penjagaan yang komprehensif dan secara individual untuk golongan berusia.

    PADA asasnya, jika ingin menyembuhkan sesuatu penyakit kita perlulah mencari punca kesakitan dan merawat simptom yang berlaku.

    Walau bagaimanapun, apabila melibatkan keadaan kesihatan golongan warga emas yang  lebih lemah, rawatan yang diperlukan bukan sekadar membawa mereka berjumpa dengan doktor.

    Mereka sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih terperinci daripada pakar geriatrik yang bukan sahaja akan melihat masalah perubatan mereka, tetapi juga memberi prihatin kepada fungsi fizikal, intelek, kesejahteraan emosi dan sokongan sosial.

    Apabila populasi dunia semakin meningkat usianya, penjagaan geriatrik merupakan aspek penting dalam fasiliti penjagaan kesihatan.

    Menurut Pakar Perunding Geriatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway,  Dr. Teh Hoon Lang, pakar geriatrik bukan sahaja berperanan untuk mendiagnosis isu perubatan yang berbangkit, tetapi juga memahami pesakit secara menyeluruh.

    DR. HOON LANG

    “Sesetengah masalah dalam kalangan pesakit yang lebih tua mungkin tidak dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan biasa, tetapi ‘sentuhan’ daripada pakar geriatrik boleh membuka hati mereka.

    “Sentuhan manusia sangat penting dalam amalan perubatan. Ia adalah sesuatu yang kita masih perlukan walaupun dengan kemajuan teknologi,” katanya.

    Merungkai makna geriatrik

    Perubatan Geriatrik merupakan satu  perkhidmatan kesihatan yang sangat khusus dan unik, ia menyediakan penjagaan yang komprehensif dan secara individual untuk golongan berusia.

    Pakar geriatrik mahir dalam mengenal pasti keadaan kesihatan yang berkait dengan usia, gangguan fungsi, kemerosotan kognitif dan isu psikososial yang biasanya terjadi kepada warga emas.

    Contohnya, kerap memendam rasa kerana kebanyakan mereka tidak begitu terbuka tentang kesedihan, kebimbangan atau penyakit yang dialami.

    Dengan pemeriksaan menyeluruh, pakar penjagaan geriatrik boleh merancang pelan penjagaan peribadi yang sesuai dengan keperluan khusus individu untuk membuatkan mereka berasa yakin dan selesa.

    Sebagai contoh, apabila pesakit warga emas jatuh, pakar geriatrik dilatih bukan sahaja untuk memulihkan tulang yang patah akibat daripada kejatuhan tersebut, tetapi juga mengenal pasti punca pesakit jatuh kerana terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkannya.

    “Mungkin pesakit mengalami masalah penglihatan atau mungkin juga kakinya tiada rangsangan yang membuatkan dia tidak dapat berjalan dengan betul. Pesakit juga mungkin jatuh disebabkan masalah jantung yang tidak diketahui.

    “Sebagai pakar geriatrik, kami akan cuba untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian menguatkan tulang mereka.

    “Sekiranya pesakit didapati mengalami osteoporosis, kami akan merawatnya supaya mengurangkan risiko patah tulang pada masa hadapan, tetapi yang paling penting kami akan cuba mengembalikan fungsi pesakit sebaik mungkin,” terangnya.

    Selain rawatan perubatan dan penyembuhan fizikal akibat kecederaan, penjagaan geriatrik juga mengiktiraf kepentingan intervensi gaya hidup dalam menggalakkan proses penuaan yang sihat.

    Beberapa intervensi ini tidak terhad kepada program senaman, kaunseling pemakanan, rangsangan kognitif, penglibatan sosial dan pengurusan ubat-ubatan.

    “Warga emas sering menghadapi masalah yang dikenali sebagai geriatrik giants dan ia merangkumi lima keadaan iaitu Intellectual Impairment (kemerosotan intelek), Instability (tidak stabil dan senang jatuh), Immobility (kesukaran untuk bergerak), Incontinence (tidak boleh kawal kencing atau berak) dan Iatrogenic (sebarang kesan samping akibat daripada rawatan yang diberikan kepada pesakit)

    “Oleh itu, pakar geriatrik biasanya bekerja dengan tenaga pakar pelbagai disiplin antaranya pakar perubatan, jururawat, pegawai pemulihan fizikal, pegawai pemulihan  cara kerja, pegawai farmasi dan adakalanya pekerja sosial.

    “Pendekatan kolaboratif sedemikian dapat memastikan semua aspek kesihatan golongan warga emas dapat dikenal pasti sekali gus, membuahkan hasil rawatan yang lebih berkesan dan komprehensif,” ujar Dr. Hoon Lang RELEVAN

    Previous ArticlePetua menjaga kesihatan mulut di rumah
    Next Article Lupus sisa perubatan dengan bertanggungjawab, lindungi alam sekitar

    Artikel berkaitan

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.