Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

    Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

    By May 4, 2023Updated:May 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEMBELI rumah itu besar komitmennya untuk anak muda kewangannya belum stabil. - GAMBAR RELEVAN

    ADA rakan datang ke rumah, beraya. Sudah lewat malam tapi dia rakan rapat, datang tengah malam pun tetap akan dijamu biskut dengan teh o panas.

    Bual kami panjang sampai hari berganti. Dari perkembangan baharu, kekasih yang tidak wujud sehingga perancangan-perancangan hidup.

    Satu soalan terbit dari mulutnya yang berisi mazola: “bila nak beli rumah?”

    ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu

    Mungkin tahun ini kami menjengah usia 30-an, maka pencapaian kewangan konvensional sebegini akan dibincangkan.

    Sebelum menjawab soalannya, ada statistik berlari-lari dalam fikiran.

    Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), purata harga rumah di Malaysia pada 2020 ialah RM429,877.

    Pada harga itu, saya perlu membayar kira-kira RM1,650 sebulan.

    Kalau melihat pada harga rumah lazim di Kuala Lumpur, ia antara RM300,000 hingga RM500,000. Mahu lebih kemudahan dan keselesaan, perlulah bersedia bayar lebih tinggi.

    Dengan tahap gaji dan segala komitmen lain, jumlah itu besar bagi saya. Banyak yang perlu dikorbankan untuk membeli sebuah rumah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang

    Saya juga fikir, mahu beli rumah di mana? Sebab saya belum tentu mahu menetap terus di Kuala Lumpur.

    Bagaimana kalau saya tersalah pilih lokasi? Bagaimana kalau saya perlu bekerja di negeri lain?

    Bagaimana kalau saya jatuh cinta dengan gadis Terengganu, lalu jatuh cinta juga kepada suasana damai di negeri itu?

    Syaitan membisik was-was yang kuat pada saya bila sampai pada hal membeli rumah. Hati berbolak-balik, tiada ketetapan.

    Jadi saya gigit sekeping semperit dan jawab soalan rakan saya.

    “Kita ini nak cari bini pun belum tetap hati, apatah lagi nak beli rumah,” lalu disambut gelak besar rakan saya itu.

    Jenaka yang biasa-biasa tetapi disambut bahak ketawa, itulah rakan yang sebenar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu

    Ada orang boleh beli rumah dengan mudah, sama ada kerana kemampuan kewangan atau ketetapan hati.

    Tapi komitmen itu besar, walaupun tidak sebesar komitmen mahu berbini. Tak semua orang sanggup menampung komitmen itu. Saya salah seorangnya.

    Sebab itu, ada yang lebih selesa menyewa berbanding membeli rumah. Lebih-lebih lagi yang bujang, lebih jimat kalau menyewa bilik saja.

    Hal membeli rumah sudah tidak seringkas dahulu. Semakin banyak faktor perlu difikirkan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa?

    Jadi, kalau ada rakan, saudara atau kenalan yang masih belum ada rumah, cukuplah dengan berkongsi nasihat serta panduan. Tak perlu sampai menghakimi kehidupan mereka.

    Buat macam rakan saya. Dia tanya, saya jawab, kami gelak.

    Kami tinggalkan persoalan pencapaian kewangan konvensional dan beralih topik kepada hal lain, seperti ketoksikan Twitter, perancangan reunion sekolah dan keunggulan Mael XPDC sebagai vokalis kugiran rock.

    Setelah rakan saya pulang menjelang dinihari, saya buka aplikasi perbankan dan melangsaikan bayaran sewa bilik bulan ini.

    Sebelum tidur, hati saya tergetus berkali-kali, “aku perlu mula serius mencari bini.” – RELEVAN

    Previous ArticleBerpijak pada realiti: Isu-isu graduan PhD dalam pasaran pekerjaan
    Next Article Badan seorang lelaki dipenuhi telur cacing pita, ramai panik

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.