Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berpijak pada realiti: Isu-isu graduan PhD dalam pasaran pekerjaan

    Berpijak pada realiti: Isu-isu graduan PhD dalam pasaran pekerjaan

    By May 4, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEMPUNYAI ijazah PhD tidak menjamin jalan mudah dalam pasaran pekerjaan. - IMEJ JANAAN BING IMAGE CREATOR

    IJAZAH Doktor Falsafah (PhD) merupakan pencapaian akademik tertinggi yang boleh dicapai seseorang.

    Menjadi impian mereka yang bergelut dalam bidang akademik untuk mencapai tahap ijazah ini. Namun, jalannya bukan mudah.

    Untuk menggenggam ijazah itu, calonnya perlu kuat iltizam, bijak mengurus masa dan kerja serta perlu sedia mengorbankan sebahagian aspek kehidupannya.

    Calon PhD perlu luang banyak masa demi penyelidikannya. Untuk memperoleh ijazah itu secepat mungkin, peluang memperoleh pendapatan sendiri pada usia muda perlu dikorbankan.

    Usia awal dewasanya penuh dengan buku, jurnal dan penyelidikan.

    Namun, adakah pengorbanannya kelak akan mendapat balasan setimpal apabila mereka melangkah masuk ke pasaran pekerjaan dengan regalia PhD?

    Persoalan ini yang cuba diteroka penyelidik dan pelatih Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Mohd. Amirul Rafiq Abu Rahim dan Umi Maisarah Kamis dalam artikel Mengatasi Salah Tanggap dan Memahami Peluang Pekerjaan Graduan PhD. 

    Penawaran graduan

    Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2015 menyasarkan untuk melahirkan 60,000 graduan PhD menjelang 2023.

    Namun, antara 2015 hingga 2021, jumlah kumulatif graduan PhD yang dihasilkan adalah sebanyak 17,379 orang. Masih jauh berbanding jangkaan pelan tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

    Walau bagaimanapun, jumlah graduan PhD yang dilahirkan meningkat dari masa ke masa. Berbanding 1,247 orang pada 2010, jumlah itu meningkat kira-kira tiga kali ganda pada 2020, iaitu sebanyak 4,560 graduan.

    Jumlah graduan PhD di bawah 35 tahun juga meningkat daripada 34 peratus pada 2010 kepada 46 peratus pada 2020. Majoriti daripada graduan ini merupakan wanita (65 peratus).

    Peluang pekerjaan

    Data-data yang dibentangkan di atas membawa kita kepada satu persoalan: adakah graduan PhD boleh mendapat peluang yang setimpal dalam pasaran pekerjaan?

    Kita ekstrak data lagi. Pertama, tentang kadar gaji.

    Semakin ramai graduan PhD menerima gaji di bawah RM3,000. Daripada 8.1 peratus pada 2010, ia meningkat kepada 18.4 peratus pada 2020.

    Kadar gaji yang hampir sama dengan pekerja dalam kelulusan lain ini tidak berbaloi untuk graduan PhD.

    DARI sudut penawaran: kita kurang menghasilkan graduan PhD. Dari sudut permintaan: kita kurang menyediakan pekerjaan yang sepadan untuk graduan PhD. – GAMBAR HIASAN/GUL ISIK (Pexels)

    Penawaran yang semakin banyak juga mendorong kadar pengangguran yang lebih tinggi. Sebanyak 15.5 peratus graduan PhD berumur bawah 35 tahun menganggur pada 2020, lebih tinggi berbanding 6.5 peratus pada 2010.

    Statistik juga secara konsisten menunjukkan majoriti graduan dalam kumpulan umur ini  mempunyai pekerjaan pertama dan kedua selepas graduasi.

    Seperti graduan pada tahap pendidikan lain, graduan muda PhD juga menghadapi masalah ketidakpadanan kerja, walaupun peratusannya agak rendah.

    Yang pasti, jumlahnya meningkat. Daripada 17.4 peratus pada 2018, ia meningkat kepada 20.7 peratus pada 2020.

    Jangkaan kelayakan akademik yang lebih tinggi membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan baik tidak sepenuhnya betul.

    Hakikatnya, graduan PhD, terutamanya graduan muda, turut dibelenggu isu pengangguran, ketidaksepadanan pekerjaan dan gaji yang rendah.

    Ke hadapan

    Ada beberapa isu perlu dilunaskan berkenaan kedudukan graduan PhD dalam pasaran pekerjaan.

    Pertama, jumlah penawaran graduan masih rendah. Berbanding negara lain, Malaysia menghasilkan graduan PhD yang sedikit dan lemah dari segi kualiti.

    Pada 2013, Malaysia hanya melahirkan 87 tenaga kerja berkelayakan PhD bagi setiap sejuta penduduk.  Kita ketinggalan berbanding Singapura (254), Australia (247) dan United Kingdom (295).

    ARTIKEL BERKAITAN: 60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    Malaysia juga tidak berjaya melahirkan bilangan penyelidik terkemuka (highly cited researchers) yang mencukupi; hanya 18 yang tersenarai pada 2022. Singapura ada 106, United Kingdom ada 579 dan China ada 1,169.

    Jika kita bersedia melahirkan lebih ramai graduan PhD yang berkualiti, permintaan dari pasaran pekerjaan juga perlu meningkat, terutamanya dalam bidang akademik.

    Malangnya, peluang pekerjaan dalam bidang akademik, terutamanya di universiti awam sangat terhad dan kompetitif.

    Jika dalam bidang akademik sudah kompetitif, bidang lain juga tidak memihak kepada graduan PhD.

    Disebabkan fokus kajian PhD tempatan lebih banyak ke arah kajian asas dan gunaan, tidak banyak produk inovasi yang boleh dipasarkan.

    Malah, budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga tidak mekar dalam sektor perusahaan di Malaysia yang didominasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Sektor ini lebih tertumpu kepada kemahiran rendah dan separa rendah.

    Dilema PhD

    Iklim pasaran pekerjaan di Malaysia tidak sepenuhnya subur untuk graduan PhD. Bagi mereka yang tidak merancang kerjaya dengan baik, apa yang menanti ialah kehampaan dan kekesalan.

    Graduan PhD perlu lebih realistik dalam mengatur kerjaya mereka. Stereotaip graduan PhD hanya tahu teori, tiada pengalaman praktikal dalam pekerjaan perlu diatasi dengan cermat dan cerdas.

    Seperti kata Nora, Malaysia berada di persimpangan dilema dalam isu kebolehpasaran graduan PhD.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa ramai graduan bekerja di luar bidang?

    Peluang pekerjaan yang terhad dan tidak setimpal boleh menyebabkan ramai pelajar menolak untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD.

    Tanpa graduan PhD yang cukup juga, negara bakal ketinggalan dari sudut inovasi dan penyelidikan.

    Kita mahu maju dan melahirkan graduan PhD juga prasyarat untuk negara maju. Namun, kaki kita dibelenggu kerana pasaran pekerjaan yang tidak subur untuk graduan PhD.

    Maaf, artikel ini tidak menawarkan penyelesaian, sekadar bentangan maklumat dan data untuk kita sama-sama fikirkan jalan ke hadapan dalam isu graduan PhD. – RELEVAN

    Previous ArticleKenali Wes Anderson dan seni visualnya yang unik
    Next Article Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.