Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

    Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

    By March 10, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENULISAN cover letter perlu ringkas dan tepat untuk menarik perhatian majikan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SELAIN resume, surat pengiring (cover letter) juga merupakan elemen penting dalam permohonan kerja.

    Surat pengiring merupakan dokumen bertulis yang biasa dihantar bersama dengan permohonan kerja atau resume. 

    Dokumen ini ditulis dengan ringkas, ditujukan kepada pegawai yang terlibat dengan pengambilan kerja dan menggariskan kelebihan pemohon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.

    Walaupun surat pengiring ditulis dengan ringkas dan padat, ia boleh menjadi faktor penentu kejayaan permohonan kerja seseorang. 

    Surat pengiring yang baik memberikan tanggapan pertama yang baik untuk pemohon, sekali gus membuka peluang yang lebih besar untuk dipanggil ke peringkat temu duga. Begitu juga dengan surat pengiring yang lemah, peluang pemohon tipis kerana gagal menarik perhatian majikan pada peringkat awal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard 

    Pusat Kerjaya dan Sumber Akademik Harvard Extension School menyenaraikan 10 peraturan utama dalam penulisan surat pengiring. Relevan bawakan kepada anda satu-persatu.

    • Tuju pada individu spesifik

    Alamatkan surat anda kepada individu yang spesifik. Dapatkan maklumat individu tersebut dari iklan kekosongan jawatan atau laman web syarikat. Individu tersebut mungkin penyelaras pengambilan, pengurus sumber manusia atau pengurus syarikat. Jika tiada maklumat, tujukan surat tersebut kepada jabatan yang spesifik.

    • Susun mengikut keadaan

    Jangan gunakan templat yang sama untuk semua surat pengiring. Setiap permohonan mempunyai situasi dan keperluan yang spesifik. Buat kajian sebelum menulis.

    • Satu muka

    Pastikan surat anda ringkas dan padat. Panjang surat tidak perlu lebih daripada satu muka. Gunakan ayat yang tepat dan berfakta, jangan guna ayat berbunga-bunga.

    • Beri contoh

    Apabila menyenaraikan kemahiran dan kelayakan, berikan contoh yang boleh menyokong kedua-duanya. Ini membantu majikan mengesan kelebihan yang anda ada.

    • Baca semula

    Selesai menulis, baca semula surat anda. Letakkan diri anda sebagai pembaca kemudian nilai, adakah kandungan surat itu mampu meyakinkan majikan untuk memilih anda sebagai pekerja?

    • Saya, saya, saya, saya

    Kurangkan penggunaan kata ganti nama diri pertama. Terlalu banyak “saya” buat orang jelik dan ayat anda menjadi mendatar. 

    • Kata kerja

    Anggap surat pengiring seperti alat pemasaran diri anda. Anda sedang mengiklankan diri sendiri. Dalam penulisan pemasaran, penggunaan kata kerja perbuatan sangat penting. Kata kerja seperti “menyelesaikan”, “mengoperasikan” dan “merancang” memberikan gambaran yang jelas tentang tugas anda di tempat kerja lama.

    • Semak format

    Pastikan surat anda dihantar dengan kemas, sebaiknya dalam format PDF. Ketika menukar dokumen kepada PDF, pastikan semua format surat ditukar dengan tepat. Format yang tidak kemas memberikan tanggapan yang buruk tentang hasil kerja anda.

    • Deskripsi kerja

    Rujuk deskripsi kerja yang disediakan majikan untuk mengetahui kemahiran atau pengalaman yang diperlukan untuk memohon jawatan tersebut. Hubungkan kelayakan dan kebolehan anda dengan deskripsi tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Deskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah

    • Muka taip dan saiz

    Gunakan muka taip (font) dan saiz huruf yang sama untuk surat pengiring dan resume anda. Ini menunjukkan anda seorang yang kemas, antara ciri yang disukai majikan.

    Empat bahagian

    Untuk menerangkan cara penulisan surat pengiring seperti saranan Harvard, Relevan akan memecahkan panduan tersebut kepada empat bahagian seperti berikut:

    • Alamat

    Mulakan surat anda dengan tarikh surat tersebut ditulis. Jajarkan tarikh ke sebelah kiri surat.

    Kemudian, langkau satu baris dan tulis alamat. Mulakan dengan nama penerima, kemudian jawatannya, nama syarikat, nama bangunan dan jalan dan diakhiri dengan poskod, nama bandar serta negeri. Ikuti contoh di bawah:

    10 Mac 2023

     

    Azim Rahman

    Pengurus Sumber Manusia

    Primewin Consultation Sdn. Bhd.

    200, Jalan Clonlee

    73100 Johol, Negeri Sembilan

    • Perenggan pembuka

    Di bawah alamat, letakkan sebaris kata aluan untuk penerima. Letakkan nama individu yang dituju secara spesifik dan gunakan titik bertindih.

    Dalam perenggan pembuka, tulis secara jelas tujuan surat tersebut, namakan jawatan atau jenis pekerjaan yang mahu dipohon dan jika berkaitan, beritahu dari mana anda dapat tahu tentang tawaran jawatan tersebut. 

    Letakkan juga kemahiran dan kepakaran utama yang melayakkan anda untuk jawatan tersebut.

    • Perenggan tengah

    Letakkan contoh sokongan untuk menunjukkan anda mempunyai kemahiran dan kepakaran utama yang diperlukan dalam jawatan yang dipohon. Perkara sama seperti dalam perenggan pertama tapi jangan mengulang, terutamanya mengulang keseluruhan resume anda. 

    Jelaskan mengapa anda berminat untuk bekerja dengan majikan tersebut dan sebab anda mahu memasuki bidang yang dipohon.

    Pastikan nada penulisan anda yakin dan ingat, penulisan anda dalam surat ini juga akan dinilai sebagai contoh penulisan anda. Tarik perhatian majikan dengan menulis secara ringkas tetapi padat.

    • Perenggan penutup

    Tekankan kembali minat anda terhadap jawatan yang dipohon dan keterujaan anda untuk menyumbangkan kemahiran kepada syarikat. 

    Ucapkan terima kasih kepada individu yang membaca surat tersebut atas kesudian mempertimbangkan permohonan anda dan tutup perenggan dengan maklumat emel serta nombor telefon untuk dihubungi.

    Tutup surat dengan nama anda.

    Panduan penulisan yang diterangkan ini boleh difahami dengan lebih baik melalui gambar ini:

    Contoh surat pengiring

    Berikut merupakan contoh surat pengiring yang baik menurut Harvard (contoh adalah dalam bahasa Inggeris):

     

    -RELEVAN

    Previous ArticleFilet ikan salmon berasaskan tumbuhan, sama seperti salmon sebenar
    Next Article 251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.