Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    By February 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMASA muda tubuh banyak menghasilkan kolagen, sementara apabila berumur tubuh mengalami lebih banyak kerosakan kolagen.- GAMBAR HIASAN/FP_ATKWO/FREEPIK

    UMUM mengetahui kebaikan kolagen untuk kecantikan kulit, kuku dan rambut sehingga ia menjadi produk kecantikan yang cukup laris di pasaran. Walaupun ia memberi banyak manfaat, tetapi tidak semua semua orang boleh mengamalkannya.

    Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menerusi perkongsian di Facebook miliknya menasihatkan mereka dengan kondisi tertentu seperti hamil, menyusukan anak dan mengambil ubatan sintetik dari hospital agar mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

    Dalam masa yang sama, beliau juga kongsikan tip memilih produk kolagen dan cara mengamalkannya untuk mendapatkan hasil terbaik.

    1. Ambil bersama vitamin C

    Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast dan meningkatkan penghasilan kolagen.

    Oleh itu, vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit anjal dan kelihatan lebih muda.

    Selain itu vitamin C mempunyai sifat antioksidan yang melindungi DNA sel-sel kulit dari serangan elemen radikal bebas.

    Ambil vitamin C antara 500mg hingga1000mg untuk mendapatkan kesan yang baik. Maksimum dos vitamin C adalah 2000mg sehari.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda – Relevan

    2. Boleh diambil bila-bila masa

    Kolagen boleh diambil bila-bila masa walaupun ada beberapa saranan untuk diambil pada waktu-waktu tertentu. 

    Jika kita ambil pada waktu pagi (perut kosong) ia akan menyerap dengan lebih baik. Jika diambil pada waktu malam, ia dikatakan dapat membaiki tisu dengan lebih baik. Terserah kepada anda mahu mengambilnya pada bila-bila masa.

    Kolagen yang dimakan akan dihuraikan kepada asid amino. Dalam tubuh, asid amino ini digunakan untuk menghasilkan kolagen. Tidak semua asid amino yang kita makan dapat menghasilkan kolagen. Jadi, dengan mengambil suplemen kolagen, diharapkan asid amino ini telah sedia untuk dijadikan kolagen.

    3. Pilih kolagen jenis I dan III untuk kebaikan kulit

    Terdapat pelbagai jenis kolagen (sekurang-kurangnya 28 jenis kolagen) dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri. 

    Untuk kulit pilihlah kolagen jenis I dan III, kebanyakannya dari sumber haiwan seperti lembu, kerbau atau kambing. Ada juga dari sumber ikan seperti pada kulit dan sisik ikan talapia.

    Kolagen jenis I terdapat banyak pada kulit, juga bahagian dalam tubuh seperti sendi, tulang dan tendon.

    Kolagen jenis III lebih khusus pada kulit yang menyebabkan kekenyalan (elasticity) kulit. Dalam banyak kajian menunjukkan penghasilan kolagen jenis III ini semakin berkurangan dengan banyak (berbanding kolagen jenis I) apabila kita semakin berusia.

    Tidak hairanlah bila memasuki umur 50-an terdapat banyak perubahan pada keanjalan kulit apabila garis kedutan jelas kelihatan.

    4. Mula menjaga kesihatan kulit apabila masuk umur 35 tahun

    Tahap kolagen dalam tubuh mula berkurangan pada usia 30-an. Faktor genetik, pemakanan, kehamilan, stres, tidak cukup rehat dan pencemaran akan menyebabkan kulit muka akan kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

    Penghasilan kolagen yang berkurangan ini bermula seawal umur 30an dan menurun 1% pada setiap tahun.

    Tubuh kita akan mengalami keseimbangan antara penghasilan dan kerosakan kolagen. Semasa muda tubuh lebih menghasilkan kolagen, sementara apabila berumur tubuh mengalami lebih banyak kerosakan kolagen.

    Pengambilan kolagen dari makanan atau suplemen tidak membantu ketika kulit yang sudah mengalami kerosakan teruk seperti terlalu berkedut. Oleh itu, penjagaan kulit harus bermula sejak muda, ketika kerosakan belum terlalu banyak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bibir hitam kerana merokok? Tip ini dapat mencantikkan kembali bibir – Relevan

    5. Beri perhatian pada kesihatan kulit apabila memasuki fasa menopaus

    Dalam kajian menunjukkan seorang wanita mengalami kedutaan kulit yang ketara sebanyak 30% apabila memasuki lima tahun fasa menopaus dan mengalami kekurangan penghasilan kolagen sebanyak 2 % setiap tahun selepas itu.

    Ini akan menyebabkan kulit lebih berkedut, rongga kulit bertambah besar dan kedutaan bertambah dalam.

    Jika kita seorang yang sangat menjaga penampilan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kolagen dan mungkin suplemen kolagen yang sesuai dapat membantu mengurangkan kedutan pada kulit.

    6. Kandungan kolagen

    Pastikan bahan yang ada dalam suplemen kolagen ini tidak mengandungi pewarna, perasa sintetik, gluten dan bahan yang mungkin kita mengalami alahan.

    Untuk perasa cuba pilih dari tumbuhan seperti stevia dan monk fruit. Perhatikan jika terdapat dakwaan berlebihan seperti menyembuhkan penyakit tertentu. Oleh kerana sumber kolagen ini dari haiwan, pastikan ia sumber yang halal.

    7. Suplemen kolagen bukanlah produk magis

    Kulit adalah sistem yang kompleks. Kolagen sudah tentu struktur asas kulit yang penting tetapi, kadangkala ia memerlukan elemen elastin, ceramide, hyaluronic acid dan antioksida seperti vitamin C dan vitamin E untuk membaiki serta menjaga kesihatan kulit.

    Tanpa elemen-elemen ini, kulit mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.- RELEVAN

    cantik featured kolagen kulit

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.