Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bibir hitam kerana merokok? Tip ini dapat mencantikkan kembali bibir

    Bibir hitam kerana merokok? Tip ini dapat mencantikkan kembali bibir

    By Umi FatehahNovember 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bibir hitam kerana merokok? Tip ini dapat mencantikkan kembali bibir. - Gambar Hiasan Sajjad Zabihi/Unsplash

    BUKAN semua orang dilahirkan dengan bibir merah bak delima. Ada yang secara semula jadi dilahirkan dengan bibir yang pucat atau mempunyai pigmentasi yang menyebabkan bibir kelihatan seakan kehitaman. 

    Ini semua perkara biasa yang mungkin tidak memberi kesan kepada kesihatan. 

    Tetapi, bibir yang kelihatan seakan-akan lebam ini sering dikait rapat dengan perokok. 

    Perasan atau tidak, para perokok tegar mempunyai bibir dan gusi yang seakan lebam? Menurut Healthline, keadaan ini dipanggil sebagai smoker’s lips atau bibir perokok.

    Kebiasaannya, bibir akan mula kelihatan semakin gelap selepas berbulan atau bertahun menghisap rokok atau produk tembakau lain. 

    Pada peringkat awal, anda mungkin hanya akan perasan bibir mula menunjukkan peningkatan garisan halus atau kedutan. Lama-kelamaan, bibir akan menjadi semakin gelap. 

    Dalam situasi lain, sesetengah perokok tegar akan mengalami kulit kendur dan berkedut di sekeliling kawasan mulut mereka.

    Bagaimana tembakau boleh menyebabkan kehitaman pada bibir?

    Nikotin menyebabkan saluran darah mengecut dan mengurangkan aliran darah. Situasi ini menyebabkan kulit kekurangan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk kekal kelihatan sihat dan anjal.

    Selain itu, pendedahan kepada tar dan nikotin juga boleh meningkatkan jumlah melanin yang menyebabkan bibir dan gusi menjadi gelap serta pigmentasi yang tidak sekata. Ia mungkin kelihatan bertompok ungu, coklat gelap atau hitam.

    Bahan kimia dalam rokok juga mempunyai kesan negatif pada kulit. Sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau. 

    Nikotin menyebabkan saluran darah mengecut dan mengurangkan aliran darah. – Gambar Hiasan Mathew Macquarrie/Unsplash

    Bayangkan, dalam sehari berapa batang rokok anda hisap? Berapa ribu pula bahan kimia yang mencemar badan?

    Bahan kimia berpotensi untuk merosakkan kolagen dan elastin, iaitu dua protein yang membantu mengekalkan keanjalan dan struktur kulit. Tanpa kolagen dan elastin yang mencukupi, gentian kulit anda menjadi lemah sehingga kelihatan kendur dan berkedut.

    Apabila menghisap rokok, anda akan memuncungkan bibir bukan? Kegiatan memuncungkan bibir berulang kali dan haba yang dihasilkan oleh pembakaran rokok juga boleh mengakibatkan smoker’s lips.

    Apakah caranya untuk mengurangkan kehitaman pada bibir?

    Jawapan yang paling jelas semestinya ialah dengan berhenti merokok. Namun, untuk berhenti merokok, ia tidak semudah yang kita katakan. Jadi, bagi perokok yang ingin mengurangkan kehitaman pada bibir boleh mencuba alternatif lain seperti berikut.

    • Eksfoliasi

    Kulit bibir adalah halus dan harus dirawat dengan berhati-hati. Anda boleh membuat eksfoliasi dengan menggunakan bahan yang boleh didapatkan di rumah. 

    Campurkan garam kasar atau gula dengan minyak badam atau minyak kelapa dan urut perlahan-lahan campuran itu pada bibir. Ataupun, anda boleh dapatkan skrub bibir siap sedia (ready-made) yang terdapat di pasaran.

    Gunakan pelembap atau salap bibir selepas setiap rawatan. Jangan lupa, pelindung matahari bukan sahaja perlu disapu pada kulit, bibir kita juga memerlukan perlindungan daripada matahari untuk mencegah pigmentasi yang lebih serius.

    • Lip mask

    Penggunaan lip mask dapat mengelakkan daripada bibir kering dan merekah. Ia juga akan membantu bibir kelihatan lebih sihat dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garisan halus pada bibir dan sekitar kawasan mulut.

    • Rawatan laser

    Sekiranya rawatan yang disebutkan di atas tidak dapat mengurangkan pigmentasi, cuba untuk dapatkan rawatan laser. Rawatan ini akan dilakukan secara profesional oleh pakar dermatologi atau pakar bedah plastik.

    Rawatan ini boleh memulihkan bibir yang kehitaman kepada warna semula jadi dengan menyasarkan bintik-bintik gelap, membuang melanin berlebihan, merangsang pengeluaran kolagen dan memadamkan kedutan di sekitar kawasan mulut.

    Tidak perlu diingatkan lagi tentang bahaya merokok kerana kita semua tahu betapa bahayanya rokok kepada kesihatan. 

    Merokok bukan sahaja meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser malah, akan menjejaskan penampilan. – RELEVAN

    bibir featured kesihatan merokok rawatan
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.