Facebook Twitter
    Trending
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MyMall platform digital bantu usahawan

    MyMall platform digital bantu usahawan

    By December 7, 2022Updated:December 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ERA pendigitalan yang berkembang pesat pada hari ini banyak membantu usahawan untuk memasarkan produk-produk mereka dengan mudah dan cepat, sekali gus melonjakkan lagi jualan.

    Menyedari kepentingan pendigitalan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan platform MyMall pada April tahun lalu.

    Inisiatif yang diperkenalkan oleh kementerian itu adalah untuk memastikan pembangunan ekosistem keusahawanan yang inklusif dan terbuka kepada sesiapa sahaja.

    Berbeza dengan penyedia platform lain, MyMall tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi kepada usahawan dan mereka juga memperoleh keuntungan penuh daripada hasil jualan tersebut.

    MyMall menggabungkan empat platform e-dagang iaitu ODELA, Pybli, Angsana Virtual Mall dan Warongku.

    Melalui penggabungan itu, pengguna yang terdiri daripada usahawan dan pembeli lebih mudah untuk mencapai perkhidmatan e-dagang di bawah kementerian berkenaan.

    Ketua Komunikasi Korporat KUSKOP, Suriani Abdul Rahman berkata, MyMall merupakan platform yang menghimpunkan semua agensi di bawah kementerian itu dalam satu perkhidmatan.

    “Semua usahawan dijemput mendaftar di bawah MyMall yang memberi banyak kelebihan kepada mereka termasuklah diberi keutamaan untuk memohon geran dan pembiayaan perniagaan.

    “Semua usahawan boleh menyertai MyMall kerana tiada kriteria tertentu yang ditetapkan dan ia juga percuma. Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh layari laman webnya di www.mymallmalaysia.my.

    “Kami kini dalam proses membangunkan aplikasi dan juga menambah beberapa ciri baharu yang dijangka siap pada Februari 2023,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

    MyMall menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti spa kecantikan, pelamin, pakaian dan makanan.

    Jelas Suriani lagi, penubuhan MyMall bertujuan untuk membantu memudahkan rakyat menjalankan perniagaan terutamanya usahawan informal yang mana di sini menawarkan banyak manfaat kepada mereka seperti bantuan geran pinjaman.

    “Kami juga menyasarkan usahawan muda yang bergiat aktif dalam perusahaan secara digital.

    “Oleh itu, MyMall hadir tepat pada masanya bagi menyediakan platform berkesan kepada mereka,” ujarnya.

    EWON

    Sementara itu, kementerian tersebut juga akan terus memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan pendigitalan di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

    Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu selaras dengan agenda yang dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.

    Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) itu memberitahu, Anwar meminta jemaah menteri memberikan tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam agenda Perjanjian Malaysia (MA63).

    “Saya percaya itu menjadi sebahagian daripada fokus kementerian, bukan hanya koperasi, tetapi PKS berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perdagangan digital di Sabah dan Sarawak diperkasakan lagi oleh kementerian ini,” katanya kepada pemberita pada hari pertama bertugas di pejabat kementerian tersebut Isnin lalu.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026
    Artikel Terkini

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.