Facebook Twitter
    Trending
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pembangunan sistem pembetungan negara demi pemuliharaan sumber air

    Pembangunan sistem pembetungan negara demi pemuliharaan sumber air

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 2, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LRK PANTAI 2 yang kini lebih moden sealiran dengan pembangunan negara. - GAMBAR IHSAN IWK

    SEMEMANGNYA, sejak peradaban manusia paling awal, air kumbahan dibuang ke saluran pengairan yang terdekat. Ia memanfaatkan pencairan dan pengoksidaan semula jadi sebagai rawatan.

    Idea ‘rawatan semula jadi’ ini tidak salah kerana banyak bahan cemar dapat dikeluarkan melalui prosesnya. Namun, kadar pertumbuhan penduduk dan peningkatan pencemaran dalam air buangan menjadikan pendekatan ini tidak lagi sesuai untuk kehidupan moden.

    Malah, ia boleh mendatangkan bahaya kepada manusia dengan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun, demam kepialu dan Hepatitis A yang disebabkan pencemaran daripada air sisa kumbahan.

    Sehubungan itu, pembangunan pesat sistem pembetungan negara telah menjadi perhatian penting bagi Malaysia. Ia bertujuan memisahkan air kumbahan dari sumber air minuman demi melindungi kesihatan awam dan memelihara alam sekitar.

    Sejarah pembetungan

    Malaysia telah melalui beberapa fasa dalam sejarah perkembangan sistem pembetungan.

    Seawal tahun 1800-an, Akta Perbadanan Perbandaran 1835 telah dibangunkan di bawah Lembaga Kebersihan yang berfungsi mengawal pembinaan, pembaikan, pembersihan, perparitan, pengairan dan lain-lain.

    Beberapa enakmen turut diperkenalkan setelah tertubuhnya Jabatan Perancangan Bandar sekitar 1921 yang kemudiannya ditukar kepada Lembaga Bandaran pada 1946.

    Berikutan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia pada 1963, sistem pembetungan seperti tangki septik individu, tangki septik komunal, tangki imhoff, kolam pengoksidaan dan sistem pembetungan bersambung telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

    Sistem ini diharapkan dapat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesihatan masyarakat pada ketika itu.

    Namun, pengurusan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada waktu itu tidak menyeluruh. Peningkatan jumlah penduduk pula menyumbang kepada tahap pencemaran sungai dan sistem perparitan serta memberi kesan negatif terhadap kualiti persekitaran.

    Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang khas, iaitu Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) yang telah diluluskan Parlimen pada Jun 1993.

    Akta 508 memberi mandat kepada kerajaan Persekutuan untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan mengawal pembangunan, pengurusan serta peraturan pengurusan kumbahan di seluruh negara.

    Sehubungan itu, dalam usaha memantapkan sistem pembetungan negara, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1994 bagi menyediakan perkhidmatan pembetungan untuk 86 kawasan PBT kecuali di negeri Kelantan, kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang serta Sabah dan Sarawak.

    SISTEM oksidasi terbuka di LRK Pantai 2 sekitar tahun 1984. – GAMBAR IHSAN IWK

    Lebih moden

    Selaras dengan arus pembangunan negara, loji-loji rawatan kumbahan moden telah dibangunkan. Loji-loji ini dapat merawat air kumbahan dengan lebih cekap untuk menampung pertambahan penduduk yang kian meningkat saban tahun.

    Salah satu loji moden yang dikendalikan IWK ialah Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Pantai 2 yang dibangunkan di atas tapak berkeluasan 17 ekar. Sebelum ini, loji berkenaan menggunakan sistem kolam oksidasi terbuka yang hanya boleh menampung 877,000 penduduk setara (PE).

    Kini, LRK Pantai 2 telah dinaik taraf dan merupakan loji terbesar di rantau Asia Pasifik. Ia juga merupakan loji rawatan kumbahan bawah tanah pertama di Malaysia yang mampu merawat kumbahan bagi 1.423 juta PE.

    Loji ini dibina dengan kos sebanyak RM983 juta dan dibiayai sepenuhnya kerajaan Malaysia.

    Yang menariknya, loji ini turut dilengkapi beberapa inisiatif teknologi hijau seperti penggunaan jana kuasa biogas dan papan solar bagi menghasilkan tenaga elektrik, penggunaan semula air bioefluen dan penggunaan peralatan penjimatan tenaga.

    Pada bahagian atas loji ini juga dibangunkan sebuah kawasan rekreasi setempat, iaitu IWK Eco Park @ Pantai Dalam yang meliputi keluasan sebanyak 12 hektar serta dilengkapi dengan kemudahan yang dibuka kepada orang awam.

    Ia termasuk kawasan rekreasi, dewan komuniti, gelanggang badminton, futsal dan trek jogging.

    Perluas operasi

    Setelah beroperasi melebihi 28 tahun, IWK juga telah meluaskan kawasan operasinya ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

    IWK kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 29 juta PE dan bertanggungjawab memastikan 7,347 loji rawatan kumbahan, 1,398 stesen pam kumbahan dan 22,820 kilometer saluran paip pembetungan awam bawah tanah berfungsi dengan baik demi kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

    Malah, IWK juga telah meningkatkan inisiatif “waste-to-wealth” secara amalan holistik bagi menjadikan bioproduk dari proses rawatan kumbahan sebagai sumber kekayaan baharu, selain meneruskan aktiviti teras perniagaannya.

    Ini kerana IWK komited memperkasa prinsip ekonomi kitaran menerusi penggunaan semula produk sampingan, khususnya bioefluen, biopepejal dan biogas.

    Beberapa usaha yang sedang dijalankan adalah seperti penghasilan air pulih guna daripada efluen terawat serta penghasilan tenaga dibaharui dan baja untuk tanaman bukan makanan daripada bio pepejal. – RELEVAN

    Previous ArticleKeistimewaan lirik dan peribadi Loloq
    Next Article 2,375 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.