Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama parti MUDA

    Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama parti MUDA

    By Zubaidah IbrahimNovember 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUDA ditubuhkan pada 17 September 2020 yang diketuai oleh Syed Saddiq sebagai Presiden.-GAMBAR OLEH FARIZ RUSADIO/UTUSAN

    BERTITIK tolak daripada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kerjasama antara parti komponen akibat langkah Sheraton telah mengilhamkan penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) pada 17 September 2020.

    MUDA diilhamkan sebagai motor politik yang tegas menjangkaui pergelutan personaliti pemimpin, sebaliknya berteraskan kepada gerakan dan politik gabungan yang prorakyat serta berbasis luas.

    Sejarah penubuhan

    MUDA berpacu di atas landasan kepelbagaian ras, kesederhanaan, berpandukan dasar sosial, propembaharuan dan bergerak berakarkan komuniti di ruangan lapangan. 

    Kesedaran yang membawa kepada asal usul penubuhan MUDA boleh disumberkan kepada sekurang-kurangnya dua arus utama. Walaupun berbeza dan bercirikan dinamiknya yang sendiri, masing-masing arus berkenaan saling berkait dan berhubungan ahli serta wacananya. 

    Arus pertama melibatkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan lingkungannya yang menjalankan gerak libat urus dan mobilisasi yang melibatkan sebuah gabungan besar iaitu budayawan dan seniman, usahawan muda, pembuat dasar, aktivis NGO, yayasan sosial, bekas pegawai kementerian serta badan pemikir dan kajian.

    Arus kedua melibatkan NGO dan kelompok sosial kaum muda, kolektif aktivis dan belia, selain kesatuan serta persatuan mahasiswa. Dua arus utama ini berserta sokongan kolektif dan gerakan kaum muda yang lain kemudiannya bertemu dan berhimpun di sebuah perkumpulan dipanggil Rundingan Muda Malaysia pada 31 Ogos 2020 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

    Sejak dari perhimpunan bersejarah itu, MUDA telah berkembang sebagai gerakan politik merentasi seluruh negeri di Malaysia dengan keahlian penyokong sekitar 44,000 orang. 

    MUDA menongkah arus sebagai gerakan politik kemudaan yang menjalankan hubungan politik dan elektoral, kerja kemasyarakatan di lapangan dan menyuarakan isu-isu sosial seiring dengan keberpihakkan kepada rakyat dan tumpuannya kepada kesaksamaan ekonomi, masyarakat inklusif, pembangunan lestari dan permerkasaan institusi awam. 

    Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, MUDA membentuk kerjasama politik dengan PH.

    MUDA menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen pada PRU-15, termasuklah di Muar yang kini diwakili Syed Saddiq.

    Prinsip asas

    Syed Saddiq berkata, objektif utama parti itu ialah untuk memberi nilai tambah kepada pembangkang pada PRU15 dan bukan hanya untuk memenangi kerusi semata-mata.

    Penubuhan MUDA berasaskan lima tonggak utama iaitu:

    1. Perwakilan demokratik

    Masyarakat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuat keputusan dalam negara dan pembangunan dasar. Ia termasuk golongan belia, wanita, orang asli dan warga minoriti.

    Proses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan supaya suara dan idea yang baharu dapat menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia dan MUDA adalah wadah utama dalam memimpin perjuangan ini.

    2. Keadilan ekonomi

    Pembentukan sistem pengagihan semula kekayaan yang saksama untuk setiap lapisan dan sektor masyarakat di Malaysia. Pelaksanaan jaringan keselamatan sosial yang rentas etnik, agama, geografi dan lokasi, termasuk hak dan bantuan kebajikan untuk golongan miskin serta terpinggir dalam masyarakat.

    3. Politik baharu

    Politik baharu mementingkan nilai dan praktik demokratik, membangunkan demokrasi akar umbi bagi memberdayakan komuniti dan ahli dalam parti. Bertumpu kepada isu-isu yang terdekat, menghasilkan penyelesaian, rencana gerak kerja yang lebih relevan, berguna kepada keadaan dan daerah setempat.

    4. Martabat manusia

    Kemajuan dan ketamadunan, bersama teras dan kompas moral sebuah masyarakat bergantung kepada cara ahli-ahlinya menjaga dan memberi perhatian terhadap nilai kemanusiaan untuk seluruh warganya termasuk komuniti-komuniti yang paling terpinggir dan memerlukan, secara sosial serta sejarahnya didiskriminasi.

    5. Parti untuk semua rakyat Malaysia

    Politik nilai yang rentas etnik, agama, geografi dan lingkungan umur adalah masa depan negara Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, kepercayaan, budaya dan fahaman.

    Kepelbagaian ini adalah keadaan yang seharusnya diraikan dan dipertahankan dan bukan dianggap sebagai beban dan sumber serta percikan untuk memecah-belahkan masyarakat Malaysia.

    Tokoh utama

    MUDA diketuai oleh Syed Saddiq sebagai Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Amira Aisya Abd. Aziz dan Amir Hadi selaku Setiausaha Agung.

    Naib Presiden MUDA pula digalas oleh empat individu iaitu Dr. Teo Lee Ken, Dr. Thanussha, Shahrizal Denci, Zaidel Baharuddin dan Radzi Tajuddin.

    Antara tokoh-tokoh dalam Parti MUDA ialah:

    •   Luqman Long (Ketua Penerangan MUDA)
    •   Shairy Hanapiah (Ketua Turus MUDA)
    •   Beatrice Chin
    •   Afiqah Zulkifli
    •   Ismail Nasaruddin
    •   Lim Wei Jiet
    •   Warence Mudin
    •   Dian Lee Cheng Ling
    •   Khairi Zulfadhli
    •   Aisyah Hanah
    •   Dr Mathen Nair
    •   Ainie Haziqah
    •   Faezrah Rizalman
    •  Mutalib Uthman (Saufy Nizar Abdul Rahman)

    -RELEVAN

    Previous Article1,749 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article 5 orang terkaya di Malaysia 2022

    Artikel berkaitan

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026
    Artikel Terkini

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.