Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 orang terkaya di Malaysia 2022

    5 orang terkaya di Malaysia 2022

    By Umi FatehahNovember 15, 2022Updated:November 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 orang terkaya di Malaysia 2022

    PANDEMIK Covid-19 telah meninggalkan kesan besar terhadap pertumbuhan ekonomi seluruh dunia. Malah Malaysia juga turut terkesan dengan ekonomi yang merudum pada tahun 2020 dek penularan wabak itu. 

    Apabila ekonomi berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan, maka kewangan seseorang individu juga turut akan terkesan. 

    Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan yang masih berada dalam status golongan yang sangat kaya walaupun berhadapan kerugian.  

    Seperti di negara-negara maju dan membangun yang lain, Malaysia juga mempunyai beberapa individu yang diiktiraf paling kaya dalam negara. 

    Berikut, Relevan senaraikan 5 individu yang diiktiraf sebagai paling kaya dalam Malaysia, seperti yang dikongsikan oleh majalah Forbes pada 8 Jun 2022.

    1. Robert Kuok
    Robert Kuok. – Gambar ihsan BERNAMA

    Robert Kuok Hock Nien, atau lebih dikenali sebagai Robert Kuok merupakan seorang tokoh perniagaan dan pelabur yang dilahirkan di Malaysia. Nilai bersih kekayaan Kuok setakat 15 November ialah AS$10.2 bilion, bersamaan RM46.7 bilion.

    Kekayaan Robert kebanyakannya daripada syarikat milikan beliau sendiri iaitu Kuok Group, syarikat peneraju dalam bidang hartanah, logistik, hospitaliti, makanan, perniagaan tani dan maritim.

    Salah satu perniagaan di bawah syarikatnya yang terkenal ialah hotel mewah terkemuka, Shangri-La. Kumpulan Shangri-La telah diasaskan pada tahun 1971 dengan pembukaan cawangan pertama hotel tersebut di Singapura. 

    Kini, hotel itu mempunyai lebih 100 cawangan hotel di 76 destinasi iaitu di Australia, Kanada, Eropah, Fiji, China, Timur Tengah serta di Asia Tenggara.

    1. Quek Leng Chan
    Quek Leng Chan. – Gambar Kosmo

    Quek Leng Chan ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Co. (Malaysia) yang operasinya berfokuskan sektor   kewangan, makanan dan hartanah. 

    Nilai bersih kekayaan Quek setakat 15 November adalah sebanyak AS$9.7 bilion bersamaan RM44.4 bilion.

    Quek membina kekayaannya daripada sektor perbankan dan hartanah. Selain itu, beliau juga mewarisi sebahagian daripada kekayaan daripada bapanya, salah seorang daripada tiga saudara lelaki yang memulakan kumpulan perbankan pada tahun 1920-an.

    1. Koon Poh Keong dan saudaranya
    Koon Poh Keong

    Pada 1986, Koon Poh Keong dan empat saudaranya memulakan perniagaan logam yang kini dipanggil Press Metal Aluminium Holdings. Adik-beradik ini memulakan syarikat mereka di sebuah kilang yang disewa di Puchong, Selangor.

    Mereka mengumpulkan AS$50,000 iaitu RM229,375 untuk memulakan syarikat penyemperitan aluminium ketika Malaysia mengalami kemelesetan.

    Kini, Press Metal ialah pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara dan bersaing dengan Rio Tinto, Rusal Rusia dan Aluminium Corp. China.

    Nilai bersih kekayaan Poh Keong dan saudaranya setakat 15 November ialah AS$6.2 bilion iaitu bersamaan RM28.4 bilion.

    1. Teh Hong Piaw
    Teh Hong Piow. – Gambar ihsan Forbes

    Teh Hong Piaw telah menjadi pengerusi kepada salah satu syarikat perbankan Malaysia yang terbesar, Public Bank selama lebih dua dekad sebelum meletakkan jawatan pada 2019. Beliau menubuhkan Public Bank pada tahun 1996.

    Nilai bersih kekayaan Teh setakat 15 November ialah AS$5.2 bilion iaitu bersamaan RM23.7 bilion.

    Selain Malaysia, bank itu memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pelanggan di negara-negara seperti Kemboja, China, Hong Kong, Sri Lanka dan Vietnam.

    Teh masih mempunyai kepentingan yang besar dalam bank serta dalam perniagaan insurans tersenarai dan LPI Capital, di mana beliau adalah pengerusi bukan eksekutif.

    1. Ananda Krishnan
    Ananda Krishnan. – Gambar Utusan

    Tatparanandam Ananda Krishnan atau lebih dikenali sebagai Ananda Krishnan, merupakan graduan Harvard Business School dan bekas pedagang minyak. 

    Beliau mempunyai pelbagai pegangan saham syarikat, antaranya dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings dan penyedia perkhidmatan medan minyak Bumi Armada.

    Nilai bersih kekayaan Ananda Krishnan setakat 15 November ialah AS$4.7 bilion iaitu bersamaan RM21.3 bilion. – RELEVAN

    featured kaya orang kaya
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.