JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,749 kes semalam berbanding 2,234 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,950,566 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,564 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,869,969 kes.
Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,554 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,777 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,784 kes dengan 26,829 kes atau 93.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,866 kes atau 6.5% pesakit dirawat di hospital, 35 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 54 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN