Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenang Langkah Sheraton

    Mengenang Langkah Sheraton

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 2, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LANGKAH Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 mengubah paradigma politik negara.

    ANTARA peristiwa politik terpenting yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini ialah Langkah Sheraton. Ia merujuk kepada peristiwa perpindahan kem politik oleh ahli Parlimen dan parti politik sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN).

    Langkah Sheraton bermula apabila 11 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas, selain keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk keluar dari gabungan PH. 

    Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pula secara rasmi menamatkan pemerintahan kerajaan PH.

    Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 menamatkan pemerintahan PH selepas gabungan itu mencipta sejarah dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

    Peristiwa awal

    Sebelum berlakunya Langkah Sheraton, terdapat beberapa isu yang mengganggu kestabilan PH sebagai kerajaan. Pertama, isu peralihan kuasa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beberapa hari sebelum peristiwa tersebut, Mesyuarat Majlis Presiden PH dikatakan membincangkan perkara tersebut dan konsensus mesyuarat memutuskan bahawa kuasa untuk meletak jawatan diletakkan sepenuhnya kepada Dr. Mahathir.

    Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut pada 21 Februari 2020, Dr. Mahathir berkata, peralihan kuasa kepada Anwar akan dilaksanakan selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan berlangsung pada November tahun tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    Kedua, PH juga mengalami isu persepsi apabila beberapa parti dalam gabungan itu dilihat bersikap ekstrem terhadap kaum tertentu. 

    Seperti yang didedahkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, perkara tersebut pernah dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Presiden. Antara cadangan yang disebutkan ialah keperluan untuk mengikis imej parti DAP sebagai anti-Melayu dan Bersatu sebagai anti-Cina.

    Imej PH sebagai kerajaan juga merosot disebabkan kontroversi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 

    Arkitek penggulingan

    ABDUL HADI AWANG

    Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengakui bahawa beliau antara individu yang memulakan Langkah Sheraton. Ia bertujuan menjatuhkan kerajaan PH yang didakwa sedang berusaha menghapuskan hak keistimewaan Melayu.

    Antara lain, ia berpunca daripada hasrat beberapa pihak dalam PH untuk meratifikasi ICERD. Hasrat tersebut ditentang sehingga mencetuskan protes besar-besaran oleh rakyat pada 8 Disember 2018.

    Menurut Chin Tong pula, usaha menggulingkan kerajaan PH dijalankan beberapa pemimpin dari parti UMNO, PKR dan Bersatu sejak Oktober 2019.

    Perhimpunan di Hotel Sheraton

    Pada hari Ahad, 23 Februari 2020, desas-desus pembentukan kerajaan baharu mula bertiup. Ia dikuatkan dengan beberapa mesyuarat yang diadakan parti-parti politik, termasuk Bersatu dan UMNO.

    Pemimpin PKR dalam kem yang dipimpin Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali pula dilihat berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

    Pada sebelah petang, pemimpin politik seperti Muhyiddin; Azmin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Abdul Hadi; Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat berada di Istana Negara.

    PEMIMPIN-pemimpin politik dilihat berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada malam 23 Februari 2020.

    Kehadiran mereka dipercayai untuk memaklumkan perkembangan politik terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

    Belum ada apa-apa perkembangan rasmi berkenaan pertukaran kerajaan tetapi kebanyakan pemimpin yang dikatakan terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan PH dilihat berada di Hotel Sheraton pada sebelah malam. Ini termasuk Muhyiddin, Azmin dan Ahmad Zahid.

    Kerajaan tumbang

    Pada 24 Februari 2020, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu mengeluarkan kenyataan bahawa parti tersebut telah mengambil keputusan untuk keluar dari PH. Pada hari yang sama, Dr. Mahathir turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memaklumkan keputusan parti tersebut untuk memecat Azmin dan Zuraida Kamaruddin.

    Peletakan jawatan Dr. Mahathir menandakan kerajaan PH yang terbentuk sejak Mei 2018 telah terguling. Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan kegelisahan dalam kalangan ahli politik.

    Dr. Mahathir walau bagaimanapun dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim selepas peletakan jawatannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

    MUHYIDDIN (kiri) menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas Dr. Mahathir meletakkan jawatan dan kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan melalui Langkah Sheraton. – GAMBAR BERNAMA

    Keesokan harinya, sidang akhbar oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja mengumumkan bahawa kesemua 222 ahli Parlimen kecuali Dr. Mahathir akan ditemu bual secara peribadi oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Kesemua 221 ahli Parlimen dibahagikan kepada dua kumpulan dan ditemu bual pada 25 dan 26 Februari. Dalam temu bual tersebut, mereka diminta menzahirkan Perdana Menteri pilihan masing-masing.

    Penentuan PM Ke-8

    Selepas temu bual kesemua ahli Parlimen selesai, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu yang memperoleh majoriti jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8. Sehu

    Sehubungan itu, satu persidangan khas Dewan Rakyat dijadualkan pada 2 Mac 2020 untuk memberikan peluang kepada ahli Dewan Rakyat memilih calon Perdana Menteri mereka dalam persidangan tersebut.

    Bagaimanapun, sebelum persidangan tersebut berlangsung, Muhyiddin telah sah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020.

    Dalam kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Muhyiddin dipilih selepas Yang di-Pertuan Agong menerima representasi daripada semua ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat bebas.

    Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 menamatkan salah satu episod celaru politik negara. Gabungan politik yang diketuai Muhyiddin, Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan. – RELEVAN

    Previous ArticleWajarkah pendidikan seks diaplikasikan dalam sistem pendidikan Malaysia?
    Next Article 3,969 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.