Facebook Twitter
    Trending
    • Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan
    • Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan
    • Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya
    • Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta
    • Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?
    • Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini
    • RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri
    • RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025

      Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini

      August 4, 2025

      RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

      July 31, 2025

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025
    • Pendidikan

      Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya

      August 6, 2025

      Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta

      August 6, 2025

      RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

      August 1, 2025

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025
    • Kerjaya

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II

    Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II

    By Umi FatehahSeptember 9, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HARI ini, dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II di usia 96 tahun. - Gambar oleh AFP

    HARI ini, dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II di usia 96 tahun. Berita pemergian Ratu Elizabeth II disahkan oleh Istana Buckingham di Istana Balmoral, Scotland. Sebelum menghembus nafas yang terakhir, baginda dipantau oleh doktor atas kebimbangan terhadap keadaan kesihatannya.

    Ratu Elizabeth II atau nama penuhnya, Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan pada 21 April 1926 di London dan merupakan anak pertama kepada Duke of York, Albert (yang kemudian dikenali sebagai Raja George VI) dan Lady Elizabeth Bowes-Lyon.

    Mendiang merupakan pemerintah kedua yang mempunyai sejarah pemerintahan paling lama iaitu selama 70 tahun selepas raja Perancis, Louis XIV. Sejarah menunjukkan Ratu Elizabeth II mula menaiki takhta seawal umur 25 tahun pada 6 Februari 1952 selepas kemangkatan ayahnya.

    Elizabeth II merupakan permaisuri dan ketua negara bagi 15 negara lain dalam Jagat Komanwel (Commonwealth Realms) yang terbentang dari Fiji, Australia dan New Zealand ke Bahamas serta Kanada. Kesemua negara-negara ini pernah menjadi sebahagian daripada bekas empayar British. 

    Jagat Komanwel merujuk kepada negara-negara berdaulat yang pernah dijajah Britain. Negara-negara ini memilih untuk berada di bawah naungan Raja Britain sebagai ketua negara.

    Baginda juga merupakan ketua Negara-Negara Komanwel yang mempunyai 54 negara anggota selama tujuh dekad. Apabila dikira secara keseluruhan, kira-kira 2.1 bilion orang iaitu satu pertiga daripada penduduk dunia berada di bawah naungan Elizabeth II.

    Sejarah awal

    Britannica dan BBC menyatakan Elizabeth II dan adiknya, Margaret Rose menerima pendidikan di rumah oleh tutor peribadi. Kursus akademik yang diterima ialah termasuk pembelajaran bahasa Perancis, matematik dan sejarah serta tarian, nyanyian dan pelajaran seni. 

    Walaupun tidak bersekolah seperti anak-anak yang lain, Elizabeth II terbukti mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa dan gemar membuat kajian terperinci tentang sejarah perlembagaan.

    Sebuah persatuan Pandu Puteri khas di Istana Buckingham Pertama telah ditubuhkan supaya baginda boleh bergaul dengan gadis sebayanya untuk kemahiran bersosial.

    Pada masa kelahirannya, kebanyakan orang tidak mempunyai harapan yang tinggi kepada Elizabeth II untuk menjadi ratu Britain. Elizabeth II, yang juga dipanggil sebagai Lilibet dalam kalangan keluarganya, menikmati dekad pertama dalam hidup dengan semua keistimewaan menjadi kerabat diraja tanpa tekanan dan harapan untuk menjadi pewaris takhta.

    Sejak kecil lagi, Elizabeth II dikatakan telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berkepimpinan. 

    Sebelum Ratu Elizabeth II dan suaminya, Putera Philip memerintah monarki British, kedua-duanya bertemu di Kolej Tentera Laut Diraja Britannia pada 1939 apabila Philip yang ketika itu seorang kadet berusia 18 tahun diperkenalkan kepada Puteri Elizabeth,13, semasa lawatan keluarga diraja Britain ke kolej tersebut. 

    Pada tahun yang sama, hubungan mereka semakin akrab dan akhirnya berkahwin pada 20 November 1947, di hadapan 2,000 tetamu di Westminster Abbey. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Putera Charles pada 14 November 1948 dan anak kedua, Puteri Anne pada tahun 1950.

    Penaklukan takhta

    Pada musim panas 1951 kesihatan Raja George VI semakin merosot dan menyebabkan Elizabeth II terpaksa mewakilinya ke Trooping the Color dan pada pelbagai majlis negeri yang lain. 

    Pada 7 Oktober, Elizabeth II dan suaminya memulakan lawatan ke Kanada dan Washington D.C. Selepas menyambut Krismas di England, pasangan tersebut berangkat pada Januari 1952 untuk lawatan ke Australia dan New Zealand. 

    Akan tetapi dalam perjalanan lawatan tersebut, mereka menerima berita tentang kematian Raja George VI pada 6 Februari 1952 dan langsung pulang ke England.

    Pertabalannya pada Jun 1953 telah disiarkan di televisyen dan berjuta-juta orang berkumpul di sekitar set television kebanyakannya buat kali pertama untuk menonton Ratu Elizabeth II mengangkat sumpahnya.

    Walaupun pertabalannya mendapat tentangan daripada Perdana Menteri Winston Churchill, Elizabeth II tetap berjaya menaiki takhta dan bergelar Ratu Britain.

    Perang Dunia Kedua telah membantu mempercepat berakhirnya Empayar Britain dan pada masa ratu baru memulakan lawatan panjang Komanwel pada November 1953, banyak negara bekas jajahan British telah mencapai kemerdekaan.

    Elizabeth terkenal dengan mementingkan kesederhanaan dalam urusan kehakiman dan di dalam mahkamah. Baginda juga dikatakan mengambil berat berkaitan pentadbiran kerajaan, selain daripada menjalankan tugas tradisi sebagai pemerintah. – RELEVAN

     

    elizabeth featured ratu
    Artikel Terkini

    Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

    August 8, 2025

    Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

    August 7, 2025

    Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya

    August 6, 2025

    Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta

    August 6, 2025

    Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

    August 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.