Facebook Twitter
    Trending
    • Belanjawan 2026: RUU pekerja gig
    • Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan
    • 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    • Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    • Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    • Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    • Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

      October 15, 2025

      Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

      October 15, 2025

      Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

      October 15, 2025

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

      October 11, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selesaikan isu hutang pendidikan sebelum ia menjadi krisis

    Selesaikan isu hutang pendidikan sebelum ia menjadi krisis

    By August 3, 2022Updated:August 4, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HUTANG pendidikan menjadi beban apabila pekerjaan yang diperolehi graduan tidak menawarkan gaji yang wajar. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PINJAMAN pendidikan sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Selain biasiswa yang hanya ditawarkan kepada sebahagian pelajar, pinjaman pendidikan ialah alternatif terbaik untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Secara teori, pinjaman pendidikan ialah hutang yang baik. Ia bermakna, hutang sebegini diambil untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup peminjam. Kita meminjam sejumlah wang untuk mendapatkan pendidikan yang dapat memberikan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik.

    Namun, adakah realitinya sebegitu? 60 peratus graduan bekerja dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah pada 2021, menurut dapatan Kementerian Pengajian Tinggi. Masalah pengangguran dan bekerja bawah kelayakan dalam graduan juga tidak asing di negara ini.

    Dengan tawaran gaji rendah walaupun untuk pekerjaan berkemahiran, hasrat meningkatkan pendapatan graduan melalui pendidikan tidak dapat dicapai. Ini akan menimbulkan krisis kerana graduan telah meminjam untuk mendapatkan pendidikan. Beban hutang terpaksa ditanggung dalam keadaan graduan mempunyai pendapatan yang rendah.

    Gunung hutang

    Naratif yang biasa kita dengar, penghutang pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak melunaskan hutang kerana lalai, tidak menguruskan kewangan dengan betul dan protes (mereka melawan idea pemberian pinjaman pendidikan maka mereka tidak bayar hutang). 

    Label-label negatif ini akan dikuatkan lagi dengan hujah moral dan agama. Paling mudah, anggota masyarakat akan mencemuh, “dah hutang bayar sajalah!”.

    Pandangan ini terlalu simplistik. Penyelidik The Centre, Ooi Kok Hin mendapati, lebih satu pertiga daripada responden dalam tinjauan oleh PTPTN sendiri berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan pada 2019. Dapatan Kok Hin melalui siri penyelidikan Generasi Berhutang juga mendapti, 97 peratus daripada penghutang lalai dalam kajian PTPTN berada dalam kumpulan pendapatan B40.

    Ini menyimpulkan bahawa jangkaan graduan akan membina pendapatan stabil selepas menerima pendidikan tinggi tidak tepat sepenuhnya. Premis ini menjadi asas kepada kitaran pinjaman PTPTN. Apabila premis ini roboh, operasi PTPTN akan bermasalah.

    Setakat 30 September tahun lalu, seramai 539,284 peminjam PTPTN tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman. Jumlah itu meliputi 22.2 peratus peminjam daripada keseluruhan 2,424,009 orang dengan nilai pinjaman berjumlah RM24.6 bilion. Itu tidak termasuk 705,648 peminjam yang membuat bayaran balik namun tidak konsisten.

    PTPTN sendiri, menurut Kok Hin, bermasalah dari segi kemampanan kewangan kerana perbadanan itu meminjam dari institusi kewangan dan bergantung kepada penerbitan sukuk untuk membiayai pinjaman kepada bakal siswazah.

    Pada 2018, jumlah pinjaman PTPTN dari institusi kewangan adalah sebanyak RM18.7 bilion manakala pembiayaan dari penerbitan sukuk sebanyak RM19 bilion, menjadikan jumlah hutang yang dijamin kerajaan adalah sebanyak RM37.7 bilion.

    Krisis hutang pelajar

    Di Amerika Syarikat (AS), seramai kira-kira 44 juta pelajar sedang dibelenggu hutang pendidikan yang berjumlah kira-kira AS$1.7 trilion (RM7.58 trilion). Ia krisis yang dibincangkan secara meluas malah menjadi modal manifesto calon-calon Presiden dalam pilihan raya sebelum ini.

    Jika tiada tindakan berkesan diambil, pakar menjangkakan hutang tersebut akan meningkat sehingga AS$3 trilion (RM13.37 trilion) pada 2035. Jumlah ini telahpun meningkat 144 peratus dalam tempoh 13 tahun (2007 hingga 2020).

    Jumlah peminjam pinjaman pendidikan di Malaysia jauh kurang berbanding AS (jumlah peminjam AS sahaja sudah melebihi populasi Malaysia) namun jika dibiarkan, ia akan turut mencipta krisis di negara ini.

    Isu ini perlu diatasi dari pelbagai sudut. Punca peningkatan pinjaman pendidikan perlu ditangani (di AS, peningkatan yuran tuisyen adalah antara punca, di Malaysia juga hampir sama kerana pertumbuhan institusi pengajian tinggi swasta meningkatkan jumlah pinjaman pendidikan). Begitu juga masalah tawaran gaji rendah untuk graduan.

    Usaha mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk graduan perlu dipesatkan. Masih ramai graduan kita yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan kerana pelbagai faktor. Malah, ada bidang pengajian yang sangat popular tetapi peluang pekerjaannya terhad dan bergaji rendah.

    Contoh paling jelas ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan, kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan pilihan pertama paling tinggi dalam permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) Lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2021/2022. Namun, gaji yang ditawarkan dalam bidang kerja ini rendah dan sukar dapatkan penempatan. – RELEVAN

    featured hutang hutang pendidikan kewangan

    Artikel berkaitan

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    October 16, 2025

    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    October 16, 2025

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025
    Artikel Terkini

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    October 16, 2025

    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    October 16, 2025

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.