Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 2, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MAJORITI graduan menerima gaji di bawah paras RM2,000 pada 2021. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    TANGGA gaji yang rendah untuk graduan dengan kelulusan ijazah sering diperkatakan ketika ini. Ia juga dispekulasikan sebagai antara sebab lebih ramai lepasan SPM memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hanya menambah hutang sedangkan gaji tidak seberapa, luah mereka.

    Benarkah gaji untuk graduan baharu rendah? Artikel dari Khazanah Research Institute (KRI) mengesahkan hal itu apabila didapati kira-kira 60 peratus graduan baharu menerima gaji pada paras RM2,000 dan ke bawah pada 2021.

    Bukan itu sahaja, artikel Memahami Statistik Kebolehpasaran Graduan oleh Hawati Abdul Hamid yang dimuatkan dalam siri artikel KRI Views juga membongkar empat statistik lain berkaitan kebolehpasaran graduan melalui data yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk tempoh 2018 hingga 2021.

    Relevan mudahkan pembacaan anda dengan menyenaraikan lima statistik utama dari artikel yang diterbitkan pada 18 April ini. Sama-sama kita rungkai dilema graduan melalui statistik-statistik ini.

    • Kebolehpasaran graduan meningkat pada 2021

    Walaupun dibelenggu pandemik Covid-19, prestasi kebolehpasaran graduan pada 2021 meningkat kepada 85.5 peratus berbanding 84.4 peratus pada 2020. Peningkatan 1.1 peratus ini bagaimanapun belum dapat menandingi kadar kebolehpasaran graduan sebelum pandemik, iaitu 86.2 peratus pada 2019.

    Kadar kebolehpasaran graduan diukur berdasarkan tiga jenis status graduan, iaitu graduan yang bekerja, graduan yang melanjutkan pelajaran atau mengikuti latihan peningkatan kemahiran dan graduan yang sedang menunggu penempatan pekerjaan. Jumlah graduan dari ketiga-tiga status ini dinisbahkan dengan jumlah keseluruhan graduan, membentuk kadar kebolehpasaran graduan.

    • Kebolehpasaran graduan TVET sentiasa lebih tinggi berbanding bukan TVET

    Dalam keempat-empat tahun kajian (2018 hingga 2021), prestasi kebolehpasaran graduan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sentiasa mengatasi graduan bukan TVET. Perbezaannya lebih jelas sebelum pandemik apabila 93.5 peratus graduan TVET pada 2019 dan 87.8 peratus pada 2018 dikira sebagai ‘boleh pasar’. Ia lebih tinggi berbanding graduan bukan TVET dengan hanya 82.5 peratus pada 2019 dan 76.6 peratus pada 2018.

    • 61.6% graduan dapat kerja dalam tempoh kurang setahun

    Jika diperincikan dapatan kebolehpasaran graduan, kita boleh melihat bahawa daripada 85.5 peratus graduan yang dikategorikan boleh pasar pada 2021, hanya 61.6 peratus mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun selepas graduasi. Selebihnya terbahagi kepada graduan yang menunggu penempatan pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan melanjutkan pengajian.

    Data graduan yang tidak bekerja juga mempunyai pecahannya sendiri. Pada 2021, daripada 14.5 peratus graduan tidak bekerja, 73.2 peratus menyatakan mereka sedang mencari pekerjaan, 7.5 peratus sedang bercuti/melancong, 6.8 peratus menunggu tawaran melanjutkan pengajian, 4.3 peratus ada tanggungjawab keluarga dan 2.1 peratus lagi memilih untuk tak bekerja.

    • 37.2% graduan bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah

    Walaupun kira-kira 61.6 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun selepas graduasi, tidak semua mereka mempunyai pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan pendidikan. Pada 2021, 37.2 peratus graduan bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah. Jumlah ini meningkat berbanding 34.7 peratus pada 2020.

    • 60% graduan bekerja dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah

    Selain berlaku ketidaksepadanan pekerjaan dengan kelulusan pendidikan, majoriti graduan baharu juga tidak menerima pendapatan yang bermaruah. Seramai 60 peratus pada 2021 menerima pendapatan RM2,000 dan ke bawah; 12 peratus berpendapatan bawah RM1,000, 28 peratus antara RM1,000 hingga RM1,500 dan 20 peratus lagi RM1,500 hingga RM2,000.

    Untuk konteks, pada 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan gaji yang diperlukan untuk menjalani kehidupan wajar di Kuala Lumpur bagi seorang dewasa bujang ialah RM2,700 sebulan. Menurut graf bersumberkan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah, hanya kira-kira 28 peratus graduan yang mencapai gaji kehidupan wajar tersebut. 

    Kesimpulan

    Menurut Hawati, Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2006 mengumpulkan pelbagai maklumat berharga seperti proses pencarian kerja, pengalaman semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian serta pengetahuan yang diperolehi. Namun, ia pastilah belum cukup untuk mengungkapkan secara spesifik masalah graduan memasuki pasaran pekerjaan.

    Kata beliau, isu pengangguran graduan, ketidaksepadanan pekerjaan dengan pendidikan serta tahap dan pertumbuhan gaji yang rendah banyak berkait dengan struktur ekonomi negara yang dikatakan masih terperangkap dalam model ekonomi bernilai rendah.

    Walau bagaimanapun, dengan data melalui kajian tersebut, kita dapat mengenal pasti beberapa masalah yang perlu diselesaikan pihak berwajib. Kita pastinya tidak mahu generasi muda terus tidak berminat untuk melanjutkan pengajian kerana kesukaran mendapatkan pekerjaan dan tawaran gaji yang rendah. – RELEVAN

    Previous Article8 kes kematian dilaporkan semalam, 2 BID
    Next Article Kes sembuh Covid-19 mengatasi kes baharu semalam

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.