Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta : Kenali lima planet kerdil dalam sistem suria kita, termasuk Pluto

    Fakta Semesta : Kenali lima planet kerdil dalam sistem suria kita, termasuk Pluto

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 13, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEPERTI yang kita tahu, sistem suria meliputi lapan planet iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun.  Tahukah anda sistem suria kita juga mempunyai planet kerdil?

    Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), planet secara amnya perlu mengelilingi matahari. Saiz sesuatu planet itu juga perlu cukup besar untuk mempunyai graviti yang mencukupi bagi membentuknya menjadi sebuah sfera.  

    Selain itu, planet juga perlu mempunyai saiz dan graviti yang besar supaya mampu membersihkan mana-mana objek lain yang seakan dengannya yang menjadi penghalang untuk planet tersebut mengelilingi matahari. 

    Apabila sesebuah planet itu tidak mencukupi kriteria yang disebut di atas, ia akan tergolong di dalam planet kerdil.

    Besar kemungkinan, terdapat ribuan planet kerdil yang belum dijumpai.  Setakat penemuan para saintis, terdapat lima buah planet kerdil dalam sistem suria kita iaitu Pluto, Ceres, Eris, Haumea dan Makemake.

    Relevan berkongsi beberapa fakta menarik tentang kelima-lima planet kerdil ini untuk anda kenali dengan lebih lanjut.

    • Pluto

    Suatu ketika dahulu, Pluto pernah memegang tempat sebagai salah satu planet utama yang terakhir dalam sistem suria tetapi telah digugurkan taraf.  Sekumpulan saintis yang dikenali sebagai Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) bersependapat untuk membuat definisi ‘planet’ yang lebih spesifik, dan Pluto tidak lagi memenuhi ciri-ciri planet. 

    Menurut IAU, Pluto diturunkan taraf menjadi planet kerdil kerana ia tidak ‘membersihkan’ kawasan sekelilingnya daripada objek lain. Ini bermakna Pluto masih mempunyai banyak asteroid dan batuan angkasa yang lain di kelilingnya.

    Pluto lebih kecil daripada bulan Bumi. Ia mempunyai lebar kira-kira 2,380 kilometer (km) dan mempunyai glasier berbentuk hati dan digambarkan sebesar Texas dan Oklahoma. Planet kerdil yang menarik ini mempunyai langit biru, bulan, gunung setinggi Rockies, dan salji. Namun, salji yang turun di planet ini berwarna merah.

    Pluto mempunyai lima bulan, berbanding bumi yang mempunyai hanya satu bulan.  Bulan Pluto yang terbesar iaitu Charon, sangat besar sehingga Pluto dan Charon mengorbit antara satu sama lain dan kelihatan seakan sedang menari di angkasa.

    • Ceres

    Planet kerdil Ceres merupakan objek terbesar di lingkaran asteroid yang berkedudukan di antara Marikh dan Musytari.  Pada awalnya, Ceres digelar sebagai asteroid bertahun lamanya kerana Ceres jauh lebih besar dan sangat berbeza daripada batu-batu di sekelilingnya.

    Akhirnya, pada 2006, saintis mengklasifikasikan Ceres sebagai planet kerdil.  Walaupun Ceres merangkumi 25 peratus daripada jumlah jisim lingkaran asteroid, Pluto masih 14 kali ganda lebih besar.

    Ceres mengambil masa yang lama untuk membuat satu pusingan penuh mengelilingi matahari iaitu selama 1,682 hari Bumi, atau 4.6 tahun Bumi.  Setiap 9 jam, Ceres melengkapkan satu putaran mengelilingi paksinya, berbanding bumi yang mengambil 24 jam untuk melengkapkan satu putaran.

    • Eris

    Eris mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan Pluto iaitu kira-kira 1,163 km.  Namun, jarak Eris dengan matahari tiga kali lebih jauh berbanding Pluto.  

    Eris mengambil 557 tahun Bumi untuk membuat satu perjalanan mengelilingi matahari dan melengkapkan satu putaran setiap 25.9 jam, menjadikan panjang harinya seakan dengan bumi.

    Eris mempunyai bulan yang sangat kecil dipanggil Dysnomia. Dysnomia mempunyai orbit yang hampir bulat dan putarannya berlangsung kira-kira 16 hari.  Dysnomia dan bulan-bulan kecil lain di sekeliling planet dan planet kerdil membolehkan ahli astronomi mengira jisim badan induk. Dysnomia memainkan peranan dalam menentukan sama ada Pluto dan Eris setanding antara satu sama lain atau tidak.

    Kebiasaannya, planet kerdil terletak jauh daripada matahari.  Jarak jauh Eris dengan matahari menyebabkan atmosferanya runtuh dan membeku sehingga lerai, jatuh ke permukaan seakan salji.  Semakin dekat pusingan Eris dengan matahari, atmosfera mula mencair dan tidak lagi membeku.

    • Haumea

    Haumea mempunyai saiz yang seakan sama dengan Pluto. Mempunyai jarak purata 4,010,000,000 batu (6,452,000,000 km), Haumea adalah 43 unit astronomi dari Matahari. Satu unit astronomi bersamaan jarak dari matahari ke Bumi. Dari jarak ini, cahaya matahari mengambil masa 6 jam untuk bergerak dari matahari ke Haumea.

    Haumea mengambil masa 285 tahun Bumi untuk membuat satu perjalanan mengelilingi matahari kerana jaraknya yang sangat jauh daripada matahari. Semasa Haumea mengorbit matahari, ia melengkapkan satu putaran setiap 4 jam, menjadikannya salah satu objek besar yang paling cepat berputar dalam sistem suria kita.

    Putaran pantas telah mencacatkan bentuk Haumea sehingga kelihatan seakan bola sepak. Ada kemungkinan sebuah objek besar melanggar Haumea berbilion tahun yang lalu dan meningkatkan kelajuan putarannya dan mencipta bulan-bulan di sekelilingnya.

    • Makemake

    Makemake, bersaiz lebih kecil sedikit berbanding Pluto, merupakan objek kedua paling terang dalam Kuiper Belt seperti yang dilihat dari bumi, manakala Pluto adalah yang paling terang. Ia mengambil masa kira-kira 305 tahun bumi untuk planet kerdil ini membuat satu perjalanan mengelilingi Matahari.

    Ukuran radius Makemake adalah kira-kira 444 batu (715 km).  Jika hendak dibandingkan, bumi seakan sebesar nikel manakala Makemake akan menjadi sebesar biji sawi.

    Dengan jarak purata 4,253,000,000 batu (6,847,000,000 kilometer), Makemake adalah 45.8 unit astronomi dari Matahari. Dari jarak ini, cahaya matahari mengambil masa kira-kira 6 jam 20 minit untuk sampai ke Makemake.

    Makemake mengambil masa 305 tahun bumi untuk membuat satu perjalanan mengelilingi Matahari. Apabila Makemake mengorbit Matahari, ia melengkapkan satu putaran setiap 22.5 jam, menjadikan panjang harinya serupa dengan Bumi dan Marikh.

    Setiap penemuan dan penerokaan angkasa ini hanyalah sebahagian daripada angkasa lepas yang sangat luas dan membatasi akal fikiran manusia.  Sama ada planet, asteroid dan objek di angkasa yang lain mengambil masa bertahun lamanya untuk ditemui dan dikaji sebelum didedahkan kepada dunia. – RELEVAN

    Fakta Semesta featured pendidikan

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.