Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Otak mengecut, keupayaan mental merosot akibat Covid-19

    Otak mengecut, keupayaan mental merosot akibat Covid-19

    By April 20, 2022Updated:April 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Freepik

    RISIKO Long Covid yang menyerang bekas pesakit Covid-19 sudah diketahui ramai. Antara gejala yang sering dikaitkan dengan sindrom Long Covid ialah kabut otak (brain fog).

    Daripada kira-kira 80 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) yang pernah dijangkiti Covid-19, kira-kira satu perempat mengalami kabut otak. Gejala ini lebih berisiko menyerang bekas pesakit Covid-19 yang mengalami gejala berat. Kajian mendapati, bekas pesakit yang menerima rawatan di hospital adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami gejala kecacatan fikiran seperti kabut otak.

    Namun, imbasan otak terhadap bekas pesakit Covid-19 kini mendapati, pesakit dengan gejala sederhana juga boleh mengalami perubahan fizikal pada otaknya akibat Long Covid. Gejala tersebut mengakibatkan bahagian tertentu pada otak mengecut, menyebabkan perubahan fizikal yang bersamaan dengan penuaan selama 10 tahun.

    “Terdapat bukti kecederaan neurologik (selepas Covid-19) yang berterusan,” kata ahli neurologi Sekolah Perubatan Universiti Feinberg Barat Laut, Ayush Batra. “Kami melihat bukti biologi dan biokimianya, kami melihat bukti radiografiknya dan yang paling penting, pesakit mengadu tentang simptom mereka.

    “Ia mempengaruhi kualiti hidup dan fungsi harian mereka,” katanya.

    Kesan Covid-19 kepada otak

    Antara bukti terkukuh bahawa Covid-19 boleh menyebabkan kerosakan neurologi datang dari kajian beberapa penyelidik daru United Kingdom (UK) yang memerhati perubahan pada otak pesakit sebelum dan selepas mereka dijangkiti Covid-19.

    Kajian tersebut mengumpulkan 785 peserta berumur antara 51 sehingga 81 tahun yang telah membuat imbasan otak sebelum pandemik bermula lagi. Ia meruapakan sebahagian daripada projek BioBank UK.

    Ujian dan rekod kesihatan menunjukkan 401 daripada peserta tersebut telah dijangkiti Covid-19. Kebanyakannya mempunyai gejala sederhana dengan hanya 15 daripada 401 peserta tersebut dirawat di hospital.

    Hasil kajian mendapati selepas empat setengah bulan dijangkiti Covid-19 dengan gejala sederhana, pesakit telah kehilangan, secara purata, antara 0.2 hingga dua peratus isipadu otak mereka dan mempunyai jirim kelabu (gray matter) yang lebih nipis berbanding individu sihat lain.

    Sebagai perbandingan, orang dewasa yang lebih tua kehilangan 0.2 hingga 0.3 peratus setiap tahun dalam hipokampus mereka – bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan.

    Pada bahagian berkaitan bau, pesakit Covid-19 mempunyai 0.7 peratus lebih kerosakan tisu berbanding individu sihat lain.

    Kemerosotan upaya mental

    Prestasi peserta yang dijangkiti wabak itu dalam ujian kognitif juga merosot dengan lebih cepat berbanding sebelum dijangkiti. Mereka mengambil lapan hingga 12 peratus lebih masa dalam dua ujian yang mengukur perhatian, kemampuan pemeriksaan visual dan kepantasan memproses. 

    Ahli neurologi dari Universiti Oxford yang mengetuai kajian tersebut, Gwenaelle Douaud berkata, pengurangan kemampuan mental itu boleh dikaitkan dengan kehilangan jirim kelabu pada bahagian tertentu otak pesakit.

    Secara keseluruhannya, kajian secara konsisten menunjukkan pesakit Covid-19 mendapat markah yang rendah dalam ujian perhatian, ingatan dan fungsi eksekutif berbanding individu sihat.

    Ahli neurologi Hospital Universiti Paris Lariboisiere, Jacques Hugon berkata, tidak dapat dipastikan sama ada otak pesakit akan pulih dengan sendiri atau pesakit akan pulih walaupun dengan rehabilitasi kognitif.

    “Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam otak pesakit,” katanya. Mengulas kemungkinan kerosakan akibat Covid-19 akan membawa kepada kecelaruan neurodegeneratif yang pelbagai, Hugon tidak dapat memberi kepastian.

    “Namun, ada risiko dan kita perlu memerhatikan (pesakit) dengan sangat berhati-hati dalam beberapa tahun ini,” katanya. – RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Even mild COVID-19 can cause your brain to shrink” oleh Luca Locatelli yang disiarkan di nationalgeographic.com pada 15 April 2022.

    Previous ArticleBerpuasa waktu terbaik untuk bersenam, ketahui manfaat dan cara melakukannya
    Next Article 6,069 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, 16 kematian

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.