Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Risiko kabut otak selepas sembuh Covid-19

    Risiko kabut otak selepas sembuh Covid-19

    By January 25, 2022Updated:February 6, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    JANGKITAN Covid-19 tidak boleh dipandang remeh kerana ia bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan gejala berlanjutan walaupun telah disahkan sembuh.

    Perkara itu secara tidak langsung mengganggu kehidupan seharian bekas pesakit Covid-19 dan juga memberi kesan kepada prestasi kerja mereka apabila gejala tersebut terjadi.

    Menurut pensyarah di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof. Dr. Moy Foong Ming, pesakit Covid-19 lazimnya mengambil masa dua hingga enam minggu untuk pulih.

    Pun begitu, terdapat sebilangan pesakit yang masih mengalami gejala berlanjutan setelah sembuh.

    Keadaan kesihatan berlanjutan lebih tiga bulan yang dikenali sebagai sindrom Long Covid itu turut membawa gejala tertentu antaranya kelesuan, keletihan, kesukaran bernafas dan brain fog atau kabut otak.

    Secara amnya, gejala ini digambarkan sebagai pengalaman individu yang mengalami lemah daya ingatan, kesukaran menumpukan perhatian dan pemikiran.

    Moy menerangkan, gejala kabut otak juga termasuk kesukaran mencari perkataan, kesukaran dalam pertuturan, aliran pemikiran serta perbualan yang kerap terganggu.

    Situasi sebegini mempengaruhi produktiviti kerja terutamanya bagi mereka yang bertugas di sektor pendidikan. Gejala kabut otak juga kadangkala bertindih dengan gejala-gejala lain seperti keresahan dan kemurungan,” ujarnya.

    Terangnya lagi, buat masa ini, punca sebenar masalah tersebut masih belum diketahui, namun penyelidik telah mengenal pasti beberapa kemungkinan.

    Antara kemungkinan itu merangkumi, kekurangan oksigen disebabkan oleh kerosakan paru-paru, keradangan yang mempengaruhi sel otak, gangguan autoimun yang menyebabkan sistem imun menyerang sel yang sihat di dalam badan dan kekurangan aliran darah ekoran pembengkakan saluran darah kecil di otak.

    “Berdasarkan penemuan awal daripada kajian tinjauan yang kami lakukan dalam kalangan pemandiri Covid-19, lebih daripada 50 peratus responden melaporkan pengalaman gejala kabut otak sehingga enam minggu selepas mereka sembuh.

    “Lebih 20 peratus pula mengalaminya sehingga 12 minggu manakala 10 peratus lagi selama enam bulan,” terangnya.

    Tambahnya, pada masa ini, masih tidak jelas mengapa hanya sesetengah orang yang mengalami kabut otak.

    Hasil kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami jangkitan Covid-19 bergejala teruk iaitu kategori empat dan lima lebih cenderung dikaitkan dengan kabut otak berbanding pesakit bergejala ringan.

    Keadaan yang serupa juga dilaporkan di negara-negara lain, namun kajian yang lebih mendalam serta menyeluruh diperlukan bagi memahami dengan lebih jelas kesan Long Covid serta kabut otak ini.- Kosmo!

    covid-19 kabut otak Long Covid
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.