Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa anak tidak dengar kata?

    Mengapa anak tidak dengar kata?

    By April 4, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: drobotdean - www.freepik.com

    SETIAP anak-anak mempunyai kerenah masing-masing dan ibu bapa perlu menghadapi perangai mereka dengan bijaksana serta kesabaran yang tinggi dalam proses membesarkan anak-anak.

    Bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mereka mendengar apa yang kita perkatakan dan ia merupakan cabaran besar buat ibu bapa untuk memastikan mereka mengikuti segala arahan.

    Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak-anak tidak mendengar mahu mendengar kata seperti dikongsikan oleh laman web keibubapaan, Verywell Family

    1. Anda terlalu banyak cakap

    Terangkan sesuatu dengan ringkas yang menjurus kepada satu atau dua perkara sahaja merupakan polisi terbaik ketika berkomunikasi dengan kanak-kanak. Menyenaraikan semua tugas yang mereka perlu lakukan, seperti tugasan sebelum bersiap ke sekolah, boleh menyukarkan kanak-kanak untuk ingat semua tugasannya pada hari tersebut.

    Begitu juga, menggunakan kata-kata ‘besar’ dan memberikan penjelasan panjang tentang sesuatu. Sebagai contoh, ‘membebel’ tentang mengapa anda menghukumnya boleh memudahkan mesej itu untuk difahami. Ringkaskan dan spesifikkan pesanan anda kepada anak-anak, itu lebih sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai rentan perhatian yang lebih pendek.

    2. Anak anda fokus kepada perkara lain

    Selalunya, kanak-kanak terlalu memberikan tumpuan kepada perkara yang sedang mereka lakukan seperti menonton rancangan kegemaran atau bermain sehingga tidak mendengar kata anda. Kanak-kanak juga seperti orang dewasa yang ralit dengan aktiviti yang dilakukan sehingga tidak memberi tumpuan perkara yang diberitahu oleh ibu bapa.

    Oleh itu, cuba lihat sisi positif mereka (sedang membina kemahiran untuk memberi tumpuan). Beri anak-anak sedikit masa untuk dia beralih daripada aktiviti tersebut kepada perkara yang anda minta lakukan.

    3. Tidak bersemuka dengan anak-anak

    Dalam sesetengah keadaan, ketika anda sibuk memasak makan malam dan ingin mengingatkan anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menjerit kepada mereka dari dapur, pastinya anak-anak menerima perkara itu sebagai negatif. Sebaiknya, cuba biasakan diri untuk pergi dekat kepada anak-anak dan bercakap secara bersemuka. Peluang untuk anak anda mendengar adalah sangat tinggi jika anda memberi perhatian sepenuhnya apabila meminta mereka buat sesuatu.

    4. Anda mengarah atau merayu?

    Menjadi terlalu garang dan merayu-rayu meminta tolong, kedua-duanya berkemungkinan memberikan kesan yang sama iaitu anak-anak semakin tidak mahu mendengar. Sebaliknya, buat permintaan dengan suara yang menyenangkan, tetapi tegas. Cari garis halus antara mengarah dengan merayu.

    5. Mengkritik

    Adakah anda suka jika sesorang sentiasa mengkiritik dan mahu memberi perhatian kepada apa yang diperkatakan olehnya? Sudah pasti perkara itu tidak akan sama sekali masuk ke dalam otak. Jika anda selalu bersikap negatif, maka anak anda secara semula jadi akan menolak apa yang anda perkatakan.-RELEVAN

    anak didik anak featured ibu bapa
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.