Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 1)

    Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 1)

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 1, 2022Updated:March 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEPANJANG minggu lalu, Relevan membangkitkan beberapa isu berkenaan graduan pendidikan yang menuntut penempatan. Antara isu yang dibangkitkan termasuk nilai ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), gaji sektor swasta yang rendah, keciciran graduan dalam pengambilan sekali ambil Kementerian Pendidikan dan dilema graduan pendidikan Muzik.

    Isu penempatan graduan pendidikan bukan isu baharu. Utusan Malaysia membangkitkan isu tersebut sejak 2018 dan sekali lagi pada 2020. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa masalah sebenar penempatan graduan pendidikan?

    Suatu masa dahulu, guru menjadi kerjaya pilihan ramai kerana jaminan penempatan. Berjaya menjejakkan kaki ke maktab perguruan atau universiti awam yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sudah dikira hampir pasti menjadi guru. Para pelajar sejak di universiti lagi sudah dibiasakan dengan panggilan “cikgu”.

    Namun, itu bukan keadaannya sekarang. Pemegang ISMP tidak lagi dijamin penempatan sebagai guru sebaliknya perlu bersaing untuk mendapatkan tempat mengikut kekosongan jawatan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Pasaran terbuka

    Para graduan perlu membuat permohonan untuk jawatan guru dan menunggu panggilan temu duga. Selepas lulus temu duga, barulah graduan diberikan penempatan mengikut kekosongan yang ada.

    Mod pasaran terbuka (open market) ini sudah lama dilaksanakan dan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menapis kualiti guru dalam kalangan graduan pendidikan.

    Perkara ini dinyatakan secara tidak langsung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 melalui Anjakan 4: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan yang menggariskan hasrat Kementerian Pendidikan untuk mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru.

    Anjakan tersebut menetapkan supaya guru-guru yang dilantik adalah dalam kalangan graduan 30 peratus paling cemerlang. Ini bagi memastikan guru-guru yang dilantik adalah yang terbaik, sekali gus menjadi sebahagian daripada strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah.

    Dasar pasaran terbuka dilihat cantik di atas kertas. Ia membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara dan serasi dengan kehendak pasaran pekerjaan masa ini yang lebih fleksibel. Bidang pengajian tidak lagi menjadi keutamaan dalam menentukan jenis pekerjaan.

    Dengan pasaran terbuka, pelajar pendidikan juga didedahkan dengan kemahiran mencari pekerjaan di sektor swasta. Ia membolehkan pelajar mencuba bidang lain selepas tamat pengajian sekiranya merasakan bidang pendidikan tidak serasi dengan jiwa mereka.

    Hapus stigma

    Namun, secara realiti, dasar pasaran terbuka datang dengan beberapa masalah yang masih tidak diselesaikan sepenuhnya sehingga hari ini. Perkara ini menyebabkan berlaku lambakan graduan pendidikan yang menunggu penempatan. Walaupun data rasmi tidak pernah dikeluarkan, dipercayai terdapat ribuan graduan pendidikan masih belum menerima penempatan dan isunya lebih serius melibatkan beberapa opsyen seperti PAKK dan Pendidikan Muzik.

    Walaupun dasar pasaran terbuka mempersiap pelajar untuk bekerja dalam sektor swasta, urusannya bukanlah semudah yang dikata. Terdapat stigma dalam kalangan syarikat swasta yang takut mengambil graduan pendidikan bekerja kerana kemungkinan calon tersebut meninggalkan pekerjaan sejurus mendapat panggilan penempatan.

    Perkara ini banyak dikongsikan graduan pendidikan yang sering gagal mendapat pekerjaan di sektor swasta yang setaraf dengan kelulusan mereka, termasuk dalam bidang pendidikan. Ini menyebabkan graduan terpaksa bekerja menggunakan kelulusan lebih rendah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang turut menetapkan gaji rendah.

    Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan komitmen bayaran balik pinjaman pendidikan, graduan terus mengharapkan penempatan sebagai guru. 

    Ini merupakan asas masalah penempatan graduan pendidikan. Walaupun dasar dirangka dengan baik dan mempunyai matlamat yang murni, realitinya berbeza. Ini juga sebab mengapa graduan pendidikan terus berjuang untuk penempatan walaupun kerap disyarahkan kepada mereka tentang ijazah yang tidak menjamin penempatan.

    Nantikan bahagian selanjutnya analisis masalah penempatan graduan pendidikan di portal Relevan yang akan dikemas kini tidak lama lagi. Baca bahagian kedua di sini. – RELEVAN

    Previous Article4,446 jawatan tetap KKM dibuka
    Next Article 25,548 kes baharu, 78 kematian semalam

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.