Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara selamatkan diri daripada budaya hustle

    5 cara selamatkan diri daripada budaya hustle

    By Umi FatehahAugust 15, 2023Updated:August 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 cara selamatkan diri daripada budaya hustle. - GAMBAR HIASAN VANESSA GARCIA/PEXELS

    BUDAYA hustle demi hasil sangat memenatkan dan membebankan, tetapi ia popular atas sebab tertentu. Kebanyakan kita percaya bahawa kita mempunyai kawalan ke atas kejayaan diri sendiri. 

    Ada juga yang berpendapat bekerja terlalu keras adalah cara terbaik untuk berasa anda mempunyai kawalan ke atas diri sendiri. Namun, hakikatnya ia merisikokan kesihatan mental dan fizikal.

    Jika anda sudah bersedia untuk meninggalkan dunia hustle, berikut ialah lima cara untuk mula mengutamakan semula penjagaan diri.

    1. Tetapkan sempadan

    Menetapkan sempadan boleh menjadi menakutkan. Kemungkinan besar, bos atau rakan sekerja akan mula berasa tidak selesa apabila anda mula mengatakan tidak pada permintaan mereka. Walau bagaimanapun, cara ini sebenarnya akan melindungi diri anda sendiri daripada terus dipijak.

    Mulakan dengan apa-apa tugasan yang melelahkan dan menggunakan tenaga yang paling banyak atau mula kurangkan melakukan tugasan di luar tanggungjawab. 

    1. Fokus pada prioriti

    Prinsip Pareto menegaskan bahawa setiap 80 peratus kesan kepada apa-apa keputusan berpunca daripada 20 peratus punca. Prinsip ini menjelaskan hubungan antara input dan output. 

    Jadi, tanyakan pada diri anda sama ada adakah anda perlu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan? Mungkin anda akan lebih mengetahui tugasan manakah yang memainkan peranan besar terhadap prestasi kerjaya dan fokuskan pada tugasan tersebut. 

    Dengan cara ini, anda boleh mengambil masa dan tidak perlu tergesa-gesa menyelesaikan tugasan yang kurang penting.

    1. Rehat

    Apa yang telah dijadualkan akan tetap selesai (hanya jika anda sudah menjadualkan semua tugasan). Justeru itu, jangan lupa untuk berehat. Bagaimana anda sudah menjadualkan setiap tugasan, begitu juga apa yang perlu dilakukan untuk berehat. Ambil cuti selama beberapa hari untuk mengurangkan stres dan rehatkan mental serta fizikal. 

    Jika anda sudah mula menunjukkan simptom keletihan (burnout), lebih baik anda cepat-cepat kosongkan jadual dan berehat. Keletihan tidak akan membawa ke mana-mana selain peningkatan tahap tekanan dan penurunan prestasi kerja.

    1. Tentukan definisi kejayaan anda sendiri

    Budaya hustle mempromosikan versi kejayaannya yang tersendiri dan ia biasanya bermatlamatkan materialistik. Walaupun sebenarnya ia tidak menjadi masalah, tetapi bukan semua orang mempunyai impian untuk memiliki rumah agam atau memandu kereta sukan.

    Fikirkan tentang perkara yang penting kepada anda: adakah anda benar-benar mahu bekerja 60 jam setiap minggu? Atau adakah anda lebih suka membuat kenangan bersama rakan dan keluarga anda?

    1. Dapatkan bantuan

    Kadang-kadang budaya bekerja terlalu keras ini tidak dapat dielakkan. Jika anda berasa buntu, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan daripada pakar seperti pakar psikiatri atau ahli terapi. Mereka akan dapat membantu merancang tindakan yang akan mengutamakan kesejahteraan anda.

    Anda juga mungkin perlu menyingkirkan beberapa tugasan. Bolehkah anda meminta bos menambah staf baharu dalam pasukan? Budaya ini terlalu menekankan sikap berdikari, tetapi kejayaan sebenar memerlukan anda belajar cara meminta bantuan dan bekerja dalam pasukan. – RELEVAN

    Previous ArticleKetoksikan budaya hustle demi hasil
    Next Article Kenapa ketiak berbau? Orang Korea paling kurang gen bau

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.