Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kumbang paling cantik di bumi dengan kilauan memukau

    Kumbang paling cantik di bumi dengan kilauan memukau

    By Zubaidah IbrahimSeptember 7, 2022Updated:September 8, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KUMBANG Chrysina limbata seperti kepingan perhiasan bergerak. - Foto oleh Oddity Central.

    SEPERTI kepingan barang perhiasan bergerak, kumbang Chrysina limbata atau C. Limbata cukup istimewa dengan warna perak berkilau sehingga mampu memukau setiap mata yang memandangnya.

    Mempunyai ukuran badan antara 25 hingga 35 milimeter panjang, C. Limbata merupakan spesies kumbang yang berasal dari hutan hujan tropika Amerika Tengah, Costa Rica.

    Selain itu, kumbang C. Limbata juga banyak di dapati di Mexico dan mempunyai habitat terutamanya di banjaran gunung setinggi 600 meter dari paras laut.

    C. Limbata adalah salah satu spesies serangga yang paling cantik di bumi dengan kilauan cahaya perak lantas menjadikannya cukup popular dalam kalangan pengumpul kumbang.

    Menurut Wikipedia, pada tahun 2007 National Geographic Magazine melaporkan bahawa kumbang tersebut dijual pada harga AS$500 (RM2,250) seekor.

    MEMPUNYAI ukuran badan antara 25 hingga 35 milimeter panjang, C. Limbata merupakan spesies kumbang yang berasal dari hutan hujan tropika Amerika Tengah, Costa Rica. – Foto oleh Michael Farmer

    Seperti semua jenis kumbang, C. Limbata melalui proses metamorfosis. Kitaran hidup bermula apabila kumbang betina bertelur (larva), kemudian menjadi pupa berbentuk C dan seterusnya menjadi kumbang dewasa.

    Kumbang ini bertelur di dalam tanah atau dalam bahan yang mereput, larva akan makan akar tumbuhan atau bahan reput.

    Sementara itu, Ahli fizik, William E. Vargas percaya bahawa warna perak pada kumbang tersebut mungkin bertindak seperti air, ia muncul sebagai titik terang kepada pemangsa.

    Sehubungan itu, biasan cahaya perak itu bukan sahaja menjadikan serangga itu unik dan cantik, tetapi sebagai perisai untuk menipu pemangsa.

    Baru-baru ini, nama serangga itu menjadi bualan di media sosial apabila satu set gambar disiarkan oleh seorang lelaki dari Costa Rica.

    Semasa bersiar-siar di kawasan kediamannya, Michael Farmer melihat sesuatu yang berkilau pada daun pokok jambu batu.

    KEHILANGAN habitat merupakan ancaman utama kumbang ini. – Foto oleh Michael Farmer

    Ia berkilauan di bawah sinar matahari seperti kepingan logam yang digilap, tetapi ketika Farmer menghampirinya, dia menyedari bahawa logam itu masih hidup dan merangkak di atas daun.

    “Saya kagum dengan keindahannya,  saya tidak pernah melihat perkara seperti itu, ia seperti cermin.

    “Pantulan sempurna dari kumbang itu benar-benar salah satu perkara paling indah yang pernah saya lihat.” katanya kepada The Dodo.

    Selepas merakam beberapa keping gambar kumbang itu dengan menggunakan telefonnya, Farmer meletakkan kumbang tersebut kembali pada daun pokok jambu batu dan ia dengan pantas terbang.

    Dia berharap untuk melihat kumbang C. Limbata yang lain tidak lama lagi, tetapi malangnya bilangan serangga itu semakin berkurangan disebabkan oleh kehilangan habitat.- RELEVAN

    Previous ArticleTerapkan 7 amalan ini untuk menjalani hari tua yang bahagia dan sihat
    Next Article Mengapa orang percaya pada teori konspirasi?

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.