ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 867 kes berbanding 1,315 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,010,634 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,313 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,955,150 kes. Sebanyak 10 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,763 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,831 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 18,721 kes dengan 17,408…
Zubaidah Ibrahim
ERA pendigitalan yang berkembang pesat pada hari ini banyak membantu usahawan untuk memasarkan produk-produk mereka dengan mudah dan cepat, sekali gus melonjakkan lagi jualan. Menyedari kepentingan pendigitalan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan platform MyMall pada April tahun lalu. Inisiatif yang diperkenalkan oleh kementerian itu adalah untuk memastikan pembangunan ekosistem keusahawanan yang inklusif dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Berbeza dengan penyedia platform lain, MyMall tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi kepada usahawan dan mereka juga memperoleh keuntungan penuh daripada hasil jualan tersebut. MyMall menggabungkan empat platform e-dagang iaitu ODELA, Pybli, Angsana Virtual Mall dan Warongku. Melalui penggabungan itu,…
BERBEZA dengan sakit fizikal, gangguan emosi kurang diberi perhatian, mungkin kerana ia tidak terzahir dengan jelas dan hanya mereka yang melalui sahaja memahami situasi tersebut. Pada malam Jumaat lalu, pelakon jelita, Maya Karin mengalami serangan panik atau panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka. Kejadian itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri dan ada juga yang membuat carian mengenai serangan panik kerana tidak jelas mengenai situasi tersebut. Di samping itu, mereka juga menyuarakan kekeliruan antara serangan panik dan gangguan kebimbangan melampau…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,421 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,375 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,996,964 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,826 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,9936,207 kes. Sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,704 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,813 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,053 kes…
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan mpox sebagai nama baharu bagi wabak cacar monyet atau monkeypox bermula Isnin lalu. Menurut organisasi itu, kedua-dua nama tersebut akan digunakan serentak selama satu tahun manakala monkeypox bakal ditamatkan secara berperingkat. Nama monkeypox telah digunakan sejak tahun 1970 iaitu lebih sedekad selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet dalam kurungan. “Cacar monyet mungkin tidak bermula pada monyet, puncanya masih tidak diketahui, malah virus itu juga boleh ditemui dalam beberapa jenis haiwan lain. ARTIKEL BERKAITAN: Cacar monyet darurat global, lelaki gay paling berisiko – Relevan “Nama tersebut dicipta sebelum WHO menerbitkan amalan terbaik…
KEINDAHAN dunia lautan yang terbentang luas beserta keunikan ‘penduduk’ di dalamnya akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dan membangkitkan kerinduan mendalam. Itu yang dirasai oleh Irwan Ismail, 43, ketika pertama kali menyelam skuba sehingga dia mengambil keputusan untuk ‘bersama’ dengan laut dan berkongsi ilmu selaman skuba. Cerita Irwan, pada mulanya dia mencuba aktiviti selaman skuba sekadar hobi dan mengambil keputusan menyelam buat pertama kali di Pulau Mabul, Sabah bagi merasai sendiri keindahan di dasar laut. “Saya banyak melihat dokumentari yang menceritakan tentang apa yang ada di dasar laut, lantas ia menguatkan lagi keinginan untuk mencuba menyelam skuba. “Minat terhadap lautan…
DEMAM bola sepak kembali lagi apabila tanggal 20 November lalu membuka tirai Piala Dunia Qatar 2022 yang menyaksikan pertarungan hebat pasukan terkemuka dunia. Menonton perlawanan bola sepak cukup sinonim dengan sesi makanan ringan sehingga lewat malam bersama keluarga, kawan mahupun pencinta bola sepak. Ketua Nutrisi SEA di Mondelēz International, Lim Chain Yin berkata, menurut satu kajian, kita cenderung makan secara berlebihan apabila kurang memberi perhatian, bosan atau tertekan. “Semasa musim Piala Dunia ini, kita pasti asyik bersorak untuk pasukan kegemaran, namun jangan lupa memberi perhatian kepada pemakanan yang diambil. “Hakikatnya, snek bukanlah sesuatu yang buruk, namun cara anda menikmatinya adalah…
SETIAP negara di dunia menjalankan pemerintahan yang berbeza dengan berpegang kepada falsafah dan prinsip tersendiri dalam pentadbiran. Misalnya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memerlukan rakyat memilih tampuk pemerintahan setiap lima tahun. Berikut Relevan menghuraikan 10 jenis pemerintahan di dunia seperti yang dikongsikan oleh TheBestSchools. 1. Demokrasi Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang membolehkan rakyat memilih kepimpinan. Matlamat utama adalah untuk mentadbir melalui perwakilan yang adil dan mencegah penyalahgunaan kuasa. Hasilnya ialah sistem yang memerlukan wacana, perdebatan dan kompromi untuk memenuhi bilangan kepentingan awam seluas mungkin yang membawa kepada pemerintahan majoriti. Demokrasi menyokong pilihan raya yang adil dan bebas, penyertaan sivik,…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,898 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 3,024 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,984,272 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,789 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,920,616 kes. Sebanyak empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,648 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,008 kes dengan…
ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,024 kes semalam berbanding 2,877 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,981,374 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,969 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,917,827 kes. Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,644 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,903…