Zubaidah Ibrahim

Angka jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 259 kes semalam berbanding 255 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,326 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 390 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,992,776 kes. Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,951 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,599 kes dengan 9,268 kes…

Read More

KEHADIRAN seekor kucing jantan berona oren telah membawa sinar dalam hidup James Bowen yang mana ketika itu dia merupakan seorang gelandangan dan juga bertarung dengan ketagihan dadah. Pertemuan Bowen dengan kucing jalanan yang diberi nama Bob pada tahun 2007 telah mengubah kompas hidup jejaka tersebut dan mengangkatnya ke titik teratas sehingga ke karpet merah. Ketika pertama kali melihat Bob, hati Bowen tersentuh dengan keadaan kucing tersebut yang terbiar dan cedera lantas dia mengambil keputusan untuk menjaga serta merawatnya. Bermula detik itu, Bob menemani Bowen sepanjang masa termasuk ketika lelaki itu bermain muzik di jalanan dan menjaja majalah The Big Issue…

Read More

USIA emas sepatutnya menjadi masa terbaik untuk berehat, beribadah, meluangkan masa bersama keluarga tercinta, bercuti dan melakukan apa jua hobi yang diminati. Namun, perkara itu hanya menjadi angan-angan apabila ada yang terpaksa bekerja keras selepas bersara untuk menyara hidup dan juga melunaskan hutang piutang sehinggakan tiada istilah waktu rehat. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pada umur 30 tahun rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM29,000 dalam akaun KWSP. KWSP juga mengumumkan kenaikan simpanan minimum yang dicadangkan adalah sebanyak RM228,000 untuk ahlinya menjelang umur 55 tahun, berbanding jumlah minimum yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM196,800. “Simpanan asas merujuk kepada jumlah yang…

Read More

JIKA dahulu, pelajaran dijadikan jambatan untuk berjaya. Seseorang yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi berpeluang memegang jawatan besar dan ditawarkan gaji lumayan. Oleh itu, masing-masing berlumba-lumba meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana percaya hanya pelajaran dapat mengubah nasib diri dan keluarga. Namun itu dulu, kini persepsi orang telah berubah. Belajar tidak perlu tinggi untuk berjaya, mungkin Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah cukup. Malah, ada yang gagal SPM juga bergelar jutawan. Selain itu, ada juga jutawan-jutawan muda yang kongsikan kisah kejayaan mereka di media sosial dengan menunjukkan kekayaan luar biasa dan bergaya bersama kereta mewah walaupun tidak habis belajar. ARTIKEL BERKAITAN:…

Read More

Artis muda dari Nigeria Alex Peter Idoko menggunakan api, pisau cukur dan kertas pasir untuk mencipta potret realistik yang kelihatan seperti foto berwarna sepia (campuran rona coklat and abu-abu). Pyrography (lukisan dengan api) adalah bentuk seni unik yang melibatkan hiasan kanvas kayu dengan kesan terbakar yang terhasil daripada nyalaan api terkawal atau alat yang dipanaskan. Ia adalah seni yang tidak boleh ‘dimaafkan’ dan sangat sukar untuk diperbaiki atau disembunyikan jika berlaku kesilapan kerana sifat api yang merosakkan. ARTIKEL BERKAITAN: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia – Relevan Walau bagaimanapun, ada sesetengah artis dapat mengawal medium luar biasa itu…

Read More

UMUM mengetahui kebaikan kolagen untuk kecantikan kulit, kuku dan rambut sehingga ia menjadi produk kecantikan yang cukup laris di pasaran. Walaupun ia memberi banyak manfaat, tetapi tidak semua semua orang boleh mengamalkannya. Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menerusi perkongsian di Facebook miliknya menasihatkan mereka dengan kondisi tertentu seperti hamil, menyusukan anak dan mengambil ubatan sintetik dari hospital agar mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Dalam masa yang sama, beliau juga kongsikan tip memilih produk kolagen dan cara mengamalkannya untuk mendapatkan hasil terbaik. 1. Ambil bersama vitamin C Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang…

Read More

BAU yang dikeluarkan oleh badan berupaya membentuk isyarat kimia yang berkembang untuk komunikasi, terutamanya dalam kebanyakan spesies. Anjing mempunyai deria bau yang luar biasa apatah lagi sejarah rapat haiwan itu dengan manusia dan penggunaannya untuk menyokong psikologi manusia seperti kebimbangan, serangan panik dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Sehubungan itu, ia mencetuskan idea untuk pasukan penyelidik mengkaji keupayaan anjing untuk merasakan isyarat kimia (bau badan) orang yang tertekan dan bertindak balas kepada keadaan psikologi pemiliknya. Penyelidikan terbaru itu diterbitkan dalam jurnal akses terbuka PLOS ONE oleh Clara Wilson dari Queen’s University Belfast, United Kingdom bersama rakan sekerjanya. Para penyelidik mengumpul…

Read More

PEMBANDARAN telah meningkatkan kepadatan penduduk dan menyebabkan kesukaran mendapatkan makanan segar di beberapa kawasan bandar terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Penduduk bandar di Malaysia diunjurkan meningkat daripada 34.3 peratus (%) pada tahun 1971 kepada 77.2% pada tahun 2020. Bekalan makanan juga terganggu ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh serta bencana buatan manusia (seperti perang dan wabak). Contohnya, apabila Covid-19 merebak ke seluruh dunia, ia menyebabkan pengehadan drastik dalam mobiliti, transit dan logistik. Sekali gus, mengganggu rantaian bekalan makanan untuk sampai kepada orang ramai di pelbagai lokasi dan akhirnya berpotensi harga menjadi semakin mahal. Pensyarah di Pusat Pengajian Biosains, Fakulti…

Read More

KES baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan sebanyak 258 kes semalam berbanding 236 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,035,871 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 309 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,989,435 kes. Sebanyak dua kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,940 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,870kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,496 kes dengan 9,109 kes…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 236 kes semalam berbanding 172 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,035,613 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 312 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,989,126 kes. Sebanyak dua kematian dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,938 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,869 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,549 kes dengan 9,133 kes atau…

Read More