Zubaidah Ibrahim

TIDAK ada orang yang pernah cukup dengan gaji yang diterima walaupun mencecah puluhan ribu mahupun ratusan ribu sebulan. Bak kata pepatah: besar periuk, besarlah keraknya. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barangan naik mencanak sehingga duit terasa cepat menyusut. Gaji yang rendah sudah semestinya terasa sempit untuk menjalani hidup yang semakin ‘keras’ pada ketika ini. Banyak keluhan yang kita dengar bukan sahaja daripada mereka yang berkeluarga, tetapi juga orang bujang. Awal bulan poket sudah kering. ARTIKEL BERKAITAN: Teruskan gaji progresif tetapi jangan tinggalkan gaji minimum Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan kadar gaji kehidupan…

Read More

Antara soalan popular yang ditanyakan ketika temu duga ialah “mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?” Soalan itu kedengaran ringkas tetapi tanpa persediaan boleh membuat anda sukar untuk menjawabnya tepat dan tergagap-gagap tidak yakin. Jika tersilap jawab, akan mendedahkan kelemahan anda dan memberi persepsi negatif penemu duga terhadap anda. Oleh itu, Relevan perincikan 5 jawapan untuk anda menjawab tersebut dengan selamat menurut money.usnews.   Saya boleh menyelesaikan masalah Anda perlu menjawab kebimbangan utama majikan. Beritahu yang anda adalah penyelesai masalah. Jika anda melihat sesuatu yang anda boleh membantu syarikat membetulkan sesuatu masalah itu, maka anda benar-benar boleh memberi kesan positif. Tindak…

Read More

FARMASI sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Di situlah tempat mendapatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan dan juga barangan penjagaan diri. Dalam kajian pada 2021, rakyat Malaysia dilaporkan pergi ke farmasi komuniti secara purata sebanyak 31 kali setahun. Setelah bertahun lamanya, para pengguna sudah semakin sedar mengenai peranan ahli farmasi. Ini berkemungkinan didorong oleh pandemik Covid-19 apabila orang ramai mendapatkan bantuan ahli farmasi mengenai panduan penggunaan alat untuk melawan virus tersebut. Realitinya, masyarakat kurang sedar kewujudan ahli farmasi. Merekalah hentian pertama yang boleh dipercayai untuk nasihat perubatan dan kesihatan am. Sehubungan itu, bersempena dengan Sambutan Hari Farmasi Sedunia pada 25 September ini,…

Read More

MENURUT Yayasan Penyelidikan Migrain, makanan yang mencetuskan migrain hanya boleh terjadi apabila digabungkan dengan pencetus lain dan sesetengah keadaan itu hanya memberi kesan kepada segelintir individu sahaja. Walaupun begitu, terdapat beberapa makanan yang mencetuskan migrain hampir kepada semua orang seperti dikongsikan oleh healthline. Jom sama-sama kita kenal pasti jenis-jenis makanan yang boleh mencetuskan migrain bagi mencegah sakit kepala berulang. Kafein Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala. Tetapi menurut Yayasan Migrain Amerika, kafein sebenarnya boleh membantu menghentikan serangan migrain yang akan datang. Ia juga boleh menawarkan kelegaan sakit kepala dengan pengambilan kafein sekali-sekala. Makanan dan minuman yang mengandungi…

Read More

MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) satu daripada lima individu di seluruh dunia mengalami masalah pendengaran dan angka ini dijangka meningkat kepada satu daripada empat individu pada tahun 2050.  Bagaimanapun, teknologi perubatan moden membawa berita baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang kehilangan pendengaran serius iaitu dengan melakukan implan koklea. Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT), Otologi, Neurotologi, Bedah Kepala & Leher dan Pangkal Tengkorak di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Shailendra Sivalingam berkata, implan koklea terdiri daripada komponen dalaman dengan elektrod yang dimasukkan ke dalam koklea dan komponen luaran yang bertindak menangkap bunyi dan menghantarkannya kepada implan. “Ini melalui koklea yang…

Read More

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada syarikat yang terpaksa mengambil keputusan untuk memberhentikan sebahagian pekerja mereka bagi mengecilkan kos operasi. Berita pemberhentian kerja ini sangat menggerunkan malah ada yang diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam. Tiba-tiba dunia terasa gelap. Pastinya semua orang berasa sedih apabila diberhentikan kerja kerana mereka kehilangan sumber pendapatan namun apakan daya jika rezeki di situ telah ternoktah. Jangan berputus asa mencari untuk pekerjaan baharu. Sehubungan itu, Relevan kongsikan 5 cara untuk anda berdepan dengan masalah pemberhentian kerja agar lebih bersedia seperti disarankan oleh LinkedIn. Luahkan perasaan dan dapatkan sokongan emosi Tarik nafas dan cuba tenangkan…

Read More

SEBANYAK 90 peratus (%) rakyat Malaysia berisiko kehilangan data dengan menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan mental mereka. Satu pertiga daripada mereka melakukannya dengan menggunakan aplikasi kesihatan mental. Sembilan daripada 10 menggunakan aplikasi kesihatan mental percuma yang tidak terjamin untuk menyimpan maklumat paling sensitif seperti perasaan, pemikiran, dan tabiat mereka. Syarikat keselamatan siber NordVPN menjalankan kajian terhadap hampir 13,000 individu dari 13 negara untuk menentukan bagaimana individu menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan mental mereka. Mereka mendapati bahawa 90% rakyat Malaysia menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan emosi mereka. Satu pertiga (31%) individu di Malaysia melakukannya dengan menggunakan telefon pintar mereka untuk bersenam…

Read More

INSTITUT Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerbitkan modul perintis nanosains dan nanoteknologi khusus yang disesuaikan bagi subjek Kimia di sekolah menengah untuk meningkatkan pemahaman dalam menyampaikan topik nanoteknologi. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk TS. Dr. Mohd Nor Azman Hassan berkata, pada tahun 2021 terdapat silibus yang menyentuh bidang nanoteknologi telah dimuatkan di dalam buku teks menengah atas iaitu bagi subjek Kimia Tingkatan 5. “Oleh yang demikian, ION2 UPM sebagai peneraju di dalam bidang nano mengorak langkah terkehadapan untuk menyebarkan, memindahkan dan memastikan ilmu berkenaan nanosains dan nanoteknologi dapat disampaikan secara tepat…

Read More

TELUR adalah makanan popular dan berkhasiat tinggi yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, protein dan lemak. Oleh kerana harganya mampu milik dan mudah didapati, ramai yang menjadikannya makanan setiap hari. Di samping menyediakan pelbagai khasiat penting untuk kesihata tubuh badan. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot. Kajian ke atas 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot. Ini kerana, kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot. ARTIKEL BERKAITAN: Cara masak telur dengan betul tanpa menghilangkan nutrisinya, ini tip dikongsikan oleh…

Read More

SELEPAS menamatkan pengajian, langkah seterusnya adalah memburu peluang pekerjaan. Macam-macam pekerjaan telah dipohon mengikut kelayakan masing-masing dan gaji yang dirasakan setimpal. Bergelar graduan baharu dan kurang berpengalaman dalam dunia pekerjaan menyebabkan kebanyakan mereka sanggup menerima tawaran gaji lebih rendah. Ada yang merasakan tidak layak untuk menerima gaji lebih tinggi kerana tidak mempunyai pengalaman kerja. Ada juga majikan yang mengambil kesempatan di atas keadaan tersebut dengan menawarkan gaji yang tidak setimpal. Usah risau, di sini Relevan mencadangkan 5 cara untuk graduan baharu membuat rundingan gaji dengan bakal majikan sebelum menerima tawaran kerja seperti dikongsikan di Prosple. Siapkan diri dengan maklumat Penting…

Read More