Facebook Twitter
    Trending
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

    1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

    By Zubaidah IbrahimSeptember 16, 2023Updated:September 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEKNOLOGI perubatan moden membawa berita baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang kehilangan pendengaran serius iaitu dengan melakukan implan koklea.

    MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) satu daripada lima individu di seluruh dunia mengalami masalah pendengaran dan angka ini dijangka meningkat kepada satu daripada empat individu pada tahun 2050. 

    Bagaimanapun, teknologi perubatan moden membawa berita baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang kehilangan pendengaran serius iaitu dengan melakukan implan koklea.

    Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT), Otologi, Neurotologi, Bedah Kepala & Leher dan Pangkal Tengkorak di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Shailendra Sivalingam berkata, implan koklea terdiri daripada komponen dalaman dengan elektrod yang dimasukkan ke dalam koklea dan komponen luaran yang bertindak menangkap bunyi dan menghantarkannya kepada implan.

    “Ini melalui koklea yang rosak, mengubah tenaga bunyi menjadi isyarat elektrik yang merangsang saraf pendengaran dan membolehkan individu menerima bunyi.

    “Implan koklea terutamanya pada peringkat bayi atau awal kanak-kanak, memberi manfaat paling banyak kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

    “Kajian menunjukkan bahawa pemasangan implan koklea sebelum usia lima tahun dapat memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pendengaran kanak-kanak dan memberikan kelebihan sepanjang hayat kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

    Tambah beliau, implantasi awal adalah penting terhadap perkembangan pendengaran kanak-kanak kerana keupayaan mereka untuk belajar dan memahami pertuturan akan berkurangan selepas berumur empat hingga lima tahun.

    Oleh itu, pemasangan implan koklea sebelum usia lima tahun membolehkan mereka mendapat pendidikan dan kemahiran sosial yang sepadan dengan rakan sebaya mereka yang boleh mendengar.

     Proses pembedahan dan pemulihan implan koklea

    Proses pembedahan kepada fasa pemulihan dan terapi boleh menjadi panjang dan mencabar, namun ia memberi kesan yang positif terhadap kehidupan seseorang sepanjang hayat.

    Pesakit dan keluarga boleh mendapatkan sokongan daripada pakar terapi di pusat pertuturan dan pendengaran pada peringkat awal didiagnos hilang pendengaran iaitu sewaktu memilih alat bantuan pendengaran yang sesuai untuk kanak-kanak sebelum melakukan implantasi koklea dan semasa proses pemulihan.

    Peranan juruaudiologi dan ahli terapi pertuturan juga penting sepanjang tempoh pemulihan dan terapi pesakit.

    “Apabila pesakit dibenarkan untuk menjalani pembedahan, mereka akan menjalani prosedur pembedahan untuk memasang implan koklea di bawah bius penuh.

    “Pembedahan ini melibatkan penempatan rangkaian elektrod dalaman ke dalam koklea.

    “Selepas pembedahan, pesakit akan mula melakukan pemetaan dengan juruaudiologi selama enam hingga lapan bulan yang mana ahli terapi akan menyesuaikan tetapan pada implan koklea untuk mengoptimumkan pendengaran dan pertuturan pesakit,” terang Shailendra.

    Beliau turut berkongsi kisah seorang wanita muda berusia 30-an yang kehilangan pendengaran secara perlahan-lahan, tetapi setelah menerima implan koklea, wanita itu berupaya pulih dengan cepat.

    Kini wanita itu dapat mendengar dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini seperti mendaki atau berlari di trek. Dia menjadi inspirasi kepada pesakit lain yang sedang mempertimbangkan pembedahan implan koklea.

    Sistem sokongan yang kuat

    Masalah kehilangan pendengaran boleh mencetuskan tekanan emosi kepada ibu bapa dan kanak-kanak yang hilang pendengaran.

    “Apabila mendapat tahu anak mereka memerlukan implan koklea atau mengalami masalah pendengaran yang teruk akan membuatkan ibu bapa terkejut dan tertekan.

    “Biasanya, mereka akan cuba menidakkan perkara tersebut serta berasa takut sehingga menyebabkan rawatan tertangguh.

    “Dalam beberapa kes, apabila kanak-kanak kembali kepada kami, mereka mungkin sudah kehilangan peluang untuk menjalani pemasangan implan koklea yang berjaya,” cerita Shailendra.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui punca dan rawatan sakit tekak

    Selain itu, kumpulan sokongan dan testimoni peribadi dapat membantu ibu bapa dan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan implan koklea.

    Mereka dapat memberikan sokongan emosi, panduan yang praktikal dan berkongsi pengalaman yang pernah dilalui bagi membantu keluarga lain yang menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan cara hidup baru.- RELEVAN

    Previous ArticleCukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran
    Next Article 10 makanan pencetus migrain

    Artikel berkaitan

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.