PERUBAHAN, terutamanya ke arah yang lebih baik bukanlah mudah untuk dilakukan. Kita semua mempunyai tabiat buruk sendiri yang sukar untuk dihentikan walau berkali-kali mencuba. Bagaimanapun, kita semua tahu bahawa perubahan tidak akan berlaku sekelip mata. Sedangkan kucing dan anjing yang mempunyai otak bersaiz lebih kecil juga perlukan masa untuk dilatih, apatah lagi manusia yang banyak perangai dan ragamnya. Menurut BJ Fogg dalam tulisannya di Medium, ketiadaan motivasi atau disiplin bukanlah punca utama manusia sukar mengubah tabiat masing-masing. Cara kita mendidik diri untuk berubah yang perlu ditekankan. Katanya, manusia cuma perlukan tiga komponen penting untuk berubah, iaitu motivasi (motivation), kemampuan (ability)…
Zahra Mohamad Zhahir
PADA pagi 4 Februari 1974, seorang pelajar bernama Patty Hearst diculik dari pangsapurinya di Berkeley, California oleh satu kumpulan pelampau yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Symbionese (SLA). Pada ketika itu, SLA sedang mencetuskan perang gerila terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS). Sebelum menculik Hearst, mereka melakukan jenayah besar dengan menembak dua orang pegawai yang bekerja di sebuah sekolah di Oakland. SLA tahu Hearst datang dari sebuah keluarga yang kaya raya dan berpengaruh. Sebagai harga untuk membebaskan Hearst, SLA meminta agar bapanya, Randolph Hearst mendermakan makanan berjumlah AS$70 (RM328) kepada semua orang yang memerlukan di Santa Rosa hingga Los Angeles. …
“ORANG yang membujang sehingga ke hari tua selalunya lebih sunyi, tidak gembira.” Namun, benarkah begitu? Semua orang ingin hidup berpasangan. Ramai juga yang memasang cita-cita untuk berkahwin dan berkeluarga. Namun, bukan semua orang bertuah dalam pencarian cinta. Situasinya seakan-akan sama seperti pencarian teman membuat tugasan (assignment) di universiti. Jika pensyarah minta kita buat kumpulan berdua, pasti akan ada seorang manusia malang yang tidak ada pasangan. Kebarangkaliannya rendah tetapi akan ada antara kita yang akan membujang sampai ke tua. Kadangkala mereka bukanlah tidak menarik atau bermasalah, cuma tuah tidak menyebelahi dalam perkara-perkara berkaitan cinta. Pada pandangan orang lain, mereka nampak sunyi…
SIAPA yang tidak suka makan coklat, bukan? Coklat, terutamanya coklat gelap dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Sebenarnya, coklat bukanlah makanan yang baharu dicipta. Manusia sudah makan coklat sejak tahun 1,500 sebelum masihi lagi. Masyarakat pertama yang menukarkan biji koko kepada coklat adalah orang Olmec yang berasal dari Amerika Latin. Mereka minum air coklat semasa mengadakan ritual dan menggunakannya sebagai ubat-ubatan. Beberapa ratus tahun kemudian, orang Mayan menggunakan campuran biji koko, cili, jagung kisar dan air untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka. Minuman itu dipanggil ‘xocolatl’ yang bermaksud air yang pahit. Pada 1847, syarikat coklat dari British, J.S. Fry…
BERJALAN cergas, juga dikenali sebagai brisk walk merupakan satu bentuk senaman yang semakin popular dalam media sosial. Hanya dengan berjalan kaki beberapa kali seminggu, individu yang berjalan cergas dapat menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan stres. Senaman berjalan cergas sangat sesuai untuk mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan. Malah, ia juga adalah senaman yang disarankan untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan aktiviti fizikal atau sudah berusia. Aktiviti lain seperti berjoging atau berlari boleh mendatangkan tekanan pada kawasan lutut dan mungkin boleh membawa kecederaan. Bagi pemula, senaman berjalan cergas lebih sesuai kerana ia mempunyai risiko kecederaan…
MARIE Curie atau nama sebenarnya Maria Salomea Sklodowska merupakan saintis yang berasal dari Warsaw, Poland. Beliau lahir pada 7 November 1867 ketika Poland masih lagi di bawah jajahan Empayar Rusia. Curie bukannya datang dari keluarga yang biasa-biasa – ayah dan ibunya berasal daripada keluarga bangsawan. Bagaimanapun, kuasa politik milik keluarga tersebut telah terlucut setelah Poland ditawan Empayar Rusia. Datuk Curie merupakan seorang guru besar. Dia percaya pendidikan adalah hak semua orang, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Ayah Curie pula merupakan seorang profesor dalam bidang fizik. Ibunya pernah belajar di Sekolah Jalan Freta, satu-satunya sekolah perempuan di Warsaw pada waktu itu. …
ADAKAH anda ingin berhenti kerja? Jika ya, pasti anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sebelum menghantar surat berhenti. Tidak kisahlah bila anda ingin berhenti – bulan depan atau dua bulan lagi – penting untuk anda mempunyai perancangan bagi memastikan kestabilan kewangan diri terus terjaga. Ada banyak sebab seseorang memilih untuk berhenti kerja. Jika kerja sedia ada tidak lagi membuatkan anda rasa gembira, tidak salah jika anda ingin berhenti untuk mencuba perkara baharu. Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan tujuh perkara yang perlu dilakukan sebelum anda berhenti kerja. 1. Fikir semasak-masaknya Sebelum menghantar surat berhenti kerja, pastikan anda sudah berfikir…
BARU-BARU ini, gempar di aplikasi X apabila seorang wanita meminta agar orang ramai memanggilnya sebagai puan dan bukannya kakak walaupun ketika berkomunikasi secara tidak formal. Menurut wanita tersebut, penggunaan panggilan tersebut tidak manis dan boleh disalah erti sebagai ‘kurang ajar’. Bagaimanapun, hantaran wanita tersebut telah mendapat tentangan daripada orang ramai. Menurut para netizen, kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa menggunakan panggilan tidak formal dalam perbualan harian. Namun, itu tidak bermaksud panggilan tersebut menunjukkan rasa tidak hormat. Perkara tersebut terus menjadi pendebatan orang ramai sehinggalah mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook. Lihat situasi terlebih dahulu Menurut hantaran PHM, sudah…
SIAPA sangka, permainan video terkenal, Tetris dapat mengurangkan risiko kecelaruan stres pascatrauma (PTSD) dalam kalangan individu yang berhadapan situasi traumatik. Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Karolinska Institutet dengan kerjasama Universiti Oxford itu mendapati, bermain Tetris selama 10 hingga 25 minit selepas kejadian traumatik mampu ‘menghalang’ memori buruk daripada terbentuk. Namun, apakah sains di sebaliknya? Bagaimana permainan video ringkas seperti Tetris dapat membantu pesakit mengurangkan risiko PTSD? Apakah Tetris? Tetris ialah permainan video yang dicipta di Kesatuan Soviet pada 1984 oleh jurutera perisian, Alexey Pajitnov. Permainan tersebut diinspirasikan daripada Pentaminoes yang mempunyai cara permainan seakan-akan sama dengan Tetris. Dalam Tetris,…
MASALAH jerawat dalam kalangan remaja bukanlah satu perkara di luar kebiasaan. Perubahan hormon, pendedahan terhadap cuaca panas dan juga stres yang melampau boleh menyebabkan kulit menjadi bermasalah. Bukan semua orang akan mengalami masalah kulit sewaktu remaja. Tidak dinafikan, ada yang lahir dengan kulit yang sihat. Namun, ada pula yang kurang bernasib baik dan mula mengalami masalah kulit ketika menginjak remaja. Jerawat boleh mendatangkan rasa rendah diri. Ia boleh menyebabkan penghidapnya rasa malu dan gelisah. Malah, menurut Persatuan Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AS), remaja yang mempunyai masalah jerawat takut untuk berhadapan dengan orang lain kerana merasakan diri mereka tidak cantik. Namun,…