PERNAHKAH anda terfikir, kenapa waktu malam kita rasa mengantuk dan apabila pagi kita rasa segar? Semuanya kerana kelenjar pineal! Walaupun saiznya kecil macam kacang, kelenjar dalam otak ini berkuasa untuk mengawal tidur dan bangun kita. Apa itu kelenjar pineal? Kelenjar pineal terletak di tengah otak dan bertanggungjawab mengeluarkan melatonin iaitu hormon yang buat kita rasa mengantuk pada waktu malam dan segar di siang hari. Kelenjar ini ibaratnya seperti suis lampu. Melatonin akan ‘dihidupkan’ apabila persekitaran menjadi gelap dan ‘dimatikan’ jika cerah. Adakah kelenjar ini penting? Bayangkan kalau kelenjar pineal rosak atau tak berfungsi dengan baik. Kita mungkin susah tidur malam…
Umi Fatehah
“ADUH, malasnya nak pergi kerja esok.” “Hari Isnin lagi? Cepatnya hujung minggu berlalu.” “Kenapa aku masih di sini? Bos tak pernah hargai usaha aku.” “Kalau berhenti kerja, cukupkah simpanan untuk terus hidup?” Pernah tak ayat-ayat di atas terlintas di fikiran? Atau mungkin anda kerap mengeluh setiap kali bangun pagi, rasa berat nak ke pejabat? Hakikatnya, kita semua pernah lalui saat-saat kerja terasa membebankan. Tetapi, adakah perasaan itu normal dan hanya fasa sementara atau sebenarnya tanda-tanda anda patut berhenti kerja? Berhenti kerja bukan keputusan mudah. Ia bukan sekadar meninggalkan meja pejabat dan ucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja. Ia melibatkan kewangan,…
RAMAI anak muda hari ini berdepan kehidupan yang semakin mencabar. Dalam usaha mencapai kejayaan, mereka sering menemui halangan yang melemahkan semangat dan menimbulkan rasa putus asa. Masalah ini bukan sekadar berpunca daripada sikap peribadi atau kurang disiplin diri tetapi lebih kepada tekanan sosial, ekonomi dan psikologi dalam era ini. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar tekanan mental dalam kalangan generasi muda telah meningkat lebih daripada 25 peratus sejak tahun 2020. Ini menunjukkan bahawa masalah ini bukan bersifat individu semata-mata tetapi melibatkan faktor lain yang lebih besar. Ketidakseimbangan antara usaha dan ganjaran Dalam dunia ideal, setiap usaha keras sepatutnya membuahkan…
DALAM artikel sebelum ini, Relevan membincangkan bagaimana media sosial telah menjadi platform utama untuk mencari pengiktirafan dan penerimaan sosial. Pengguna sering kali mengaitkan nilai diri mereka dengan jumlah tanda suka, komen dan perkongsian yang diterima, sehingga menjadikan validasi digital sebagai satu keperluan emosi. Fenomena ini bukan sahaja memberi kepuasan sementara tetapi juga mendorong ketagihan yang sukar dikawal. Namun, apabila pergantungan kepada validasi dalam talian semakin ketara, ia boleh memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan mental. Hal ini kerana pengguna cenderung membandingkan kehidupan mereka dengan gambaran sempurna yang dipaparkan dalam talian. Menyedari implikasi ini, adalah penting untuk memahami bagaimana…
MEDIA sosial sepatutnya menjadi ruang untuk berhubung dan membuat perkongsian. Namun, dalam dunia digital hari ini, ia telah berubah menjadi medan mengukur nilai diri berdasarkan jumlah tanda suka, tontonan dan komen yang diterima. Fenomena ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia hasil reka bentuk algoritma yang sengaja dibangunkan untuk membuat pengguna terus terikat dengan setiap platform. Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj menekankan bahawa ketagihan terhadap validasi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan golongan muda. Media sosial dan ketagihan validasi “Media sosial direka dengan algoritma yang menggalakkan interaksi dan keterlibatan pengguna, sekali gus menjadikannya…
DI Malaysia, perbincangan mengenai gaji sering menjadi topik hangat terutamanya dalam kalangan pekerja muda. Ramai yang merasakan gaji yang diterima tidak setimpal dengan beban kerja yang ditanggung. Persoalannya, adakah gaji di Malaysia benar-benar tidak mencukupi atau cara kita mengurus kewangan yang menjadi punca? Gaji vs. kos sara hidup Menurut laporan terkini, kos sara hidup di bandar utama Malaysia semakin meningkat. Harga rumah, sewa, makanan, pengangkutan dan perkhidmatan asas semuanya naik. Namun, purata gaji tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun berlaku kenaikan barang. Ramai pekerja, terutamanya golongan muda sering mengadu sukar untuk menabung atau memiliki rumah sendiri walaupun bekerja sepenuh masa. Sebagai…
SUDDEN Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa. Ia merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang jelas. SIDS biasanya berlaku ketika bayi sedang tidur. Walaupun ia jarang berlaku, SIDS adalah punca utama kematian dalam kalangan bayi berusia antara satu bulan hingga satu tahun. Namun, apakah sebenarnya SIDS? Mengapa ia berlaku dan bagaimana ibu bapa boleh mengurangkan risiko ini? Apa Itu SIDS? SIDS adalah kematian mendadak dan tidak dijangka bagi bayi yang kelihatan sihat, selalunya ketika mereka sedang tidur. Walaupun punca sebenar SIDS masih tidak diketahui, pakar percaya ia…
DALAM kehidupan moden, ramai antara kita cenderung mengumpul pelbagai barang dan harta sama ada dalam bentuk pakaian, perabot, gajet atau wang simpanan yang tidak digunakan. Namun, Islam mengingatkan bahawa setiap harta yang dimiliki akan dipersoalkan kelak. Adakah barang-barang tersebut digunakan dengan baik atau sekadar disimpan tanpa manfaat? Harta: Nikmat atau ujian? Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 20: اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ…
MENJAGA kulit wajah bukan sekadar mencuci dan memakai pelembap. Apabila usia mencecah 25 tahun ke atas, kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, tona tidak sekata dan kulit tidak lagi anjal seperti dahulu. Salah satu bahan aktif yang sering disarankan oleh pakar dermatologi untuk menangani masalah ini ialah dengan pemakaian retinol. Tetapi apakah sebenarnya retinol dan mengapa ia begitu penting dalam rutin penjagaan kulit apabila usia semakin meningkat? Mari kita fahami manfaat retinol serta cara penggunaannya yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Apa itu retinol? Retinol ialah sejenis retinoid iaitu derivatif vitamin A yang terkenal dengan keberkesanannya dalam…
PERNAHKAH anda mengalami situasi begini – selepas bertungkus-lumus menyiapkan tugasan atau menghadapi peperiksaan yang sukar, tiba-tiba timbul keinginan untuk membeli sesuatu sebagai ganjaran? Mungkin sepasang kasut baharu, makanan yang mahal atau gajet terkini. Hati pun berdetik “Tidak mengapa, ini hadiah untuk diri sendiri.” Tetapi, adakah kita benar-benar menghargai diri atau sekadar mencari alasan untuk berbelanja tanpa kawalan? Memberi ganjaran kepada diri sendiri sebenarnya sesuatu yang baik. Ia boleh menjadi dorongan untuk terus berusaha dan sebagai penghargaan atas kerja keras. Namun, jika setiap kejayaan kecil dijadikan alasan untuk berbelanja, itu bukan lagi penghargaan tetapi satu bentuk pembaziran. Jika anda sering membeli…