PERALIHAN dari pekerjaan lama ke pekerjaan baharu dan berjuta-juta graduan memasuki pasaran kerja setiap tahun membuatkan platform mencari kerja semakin berkembang pesat. Sama ada anda sedang mencari pekerjaan pertama atau ingin menukar tempat kerja baharu, adalah penting untuk mengetahui cara dan di mana untuk mencari kerja yang diimpikan. Sehubungan itu, Relevan kongsikan beberapa laman web yang anda boleh manfaatkan dalam usaha untuk mencari kerja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan dan berfungsi untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan…
Umi Fatehah
SABAN hari, semakin ramai individu yang mula cakna tentang ilmu kewangan peribadi. Bermula dengan menerapkan amalan menabung, menguruskan perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan sehingga menceburi dunia pelaburan. Topik pelaburan tidak lekang dibincang di media sosial kerana semakin ramai individu berminat untuk melabur. Hal ini kerana pelaburan juga salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif. Seiring dengan peningkatan minat melabur dalam kalangan masyarakat, kes penipuan pelaburan turut meningkat. Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam sebuah kenyataan pada Mac lalu mengingatkan orang ramai mengenai peningkatan mendadak penipuan pelaburan yang dipromosikan dalam aplikasi Telegram. Pihak yang menjalankan penipuan pelaburan mencari mangsa yang baru menapak dalam…
SITUASI ekonomi negara kini secara tidak langsung menambah kebimbangan rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan. Rata-rata keluhan yang didengari masyarakat apabila ditanya keadaan kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Gaji pekerjaan utama masing-masing bagaikan tidak mencukupi untuk membiaya segala komitmen dan hutang. Namun, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan di samping menjalankan tanggungjawab untuk pekerjaan utama. Salah satunya ialah menjana pendapatan pasif. Pendapatan pasif merujuk kepada sejenis pendapatan yang diperoleh dengan tenaga kerja yang minimum dan kebiasaannya dilakukan pada waktu lapang. Dengan pendapatan pasif, wang akan sentiasa mengalir masuk ketika anda meneruskan pekerjaan utama. Jika anda…