DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia. Perdana Menteri berkata, kerangka baharu tersebut akan menjadi wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. “Kita telah terperangkap dalam kitaran ekonomi yang berbahaya iaitu kos sara hidup tinggi, gaji rendah, keuntungan rendah dan kurang nilai daya saing. “Faedah pertumbuhan perlu diagih secara seimbang dan gaji atau upah rakyat mesti setimpal dengan hasil kerja mereka. Purata gaji dan upah tenaga kerja dalam negara juga masih rendah iaitu sekitar 35 peratus,” jelas beliau.…
Umi Fatehah
PELBAGAI program serta inisiatif telah dibentangkan dalam pembentangan Ekonomi MADANI bagi menjamin kualiti kehidupan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pembaharuan fiskal diperlukan, kerajaan menjamin tidak akan sekali-kali mengabaikan nasib rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan akan terus menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Berikut diperincikan setiap bentuk bantuan demi kesejahteraan hidup rakyat yang dibentangkan dalam Ekonomi MADANI pada hari ini. Bantuan e-tunai Melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Bilangan penerima yang…
DALAM artikel sebelum ini, Relevan kongsikan definisi apakah yang dimaksudkan dengan trauma generasi. Secara ringkasnya, trauma ini boleh diwarisi melalui asid deoksiribonukleik (DNA). Tetapi, ia juga boleh berlaku melalui pengalaman secara langsung. Sama ada pesakit menjadi saksi kepada apa sahaja bentuk keganasan atau hidup dalam persekitaran di mana keganasan adalah ancaman berterusan, ia boleh menyebabkan rantaian trauma generasi berlaku. Cara trauma generasi dikenal pasti Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders Edisi Kelima (DSM-5), tiada diagnosis khusus untuk mengenal pasti trauma generasi. Namun, trauma ini mendapat perhatian dan tidak dipandang ringan oleh pakar. DSM-5 ialah standard yang digunakan…
KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan lebih daripada 70 peratus orang akan mengalami peristiwa traumatik pada satu ketika dalam hidup. Terdapat pelbagai jenis trauma yang disenaraikan oleh pakar. Salah satu trauma yang kurang dibincangkan namun berpotensi memberi kesan negatif yang mendalam kepada kehidupan ialah trauma generasi (generational trauma). Generasi yang lebih tua mungkin telah menanggung beban trauma generasi tanpa memahami maksud dan kesannya. Tetapi, masyarakat kini semakin cakna perkaitan trauma yang diwarisi dengan masa hadapan diri sendiri serta generasi akan datang. Sama seperti tradisi, harta pusaka, warna rambut dan resipi rahsia keluarga yang diturunkan melalui keluarga, trauma juga boleh diwarisi.…
INSTITUT Jantung Negara (IJN) telah diiktiraf sebagai hospital pakar terkemuka di rantau Asia-Pasifik (APAC) oleh senarai Hospital Khusus Terbaik Newsweek APAC 2023. Pusat pakar jantung itu berada di kedudukan 30 dalam senarai itu dan mendahului ratusan hospital pakar lain di rantau ini. Pengiktirafan itu menandakan IJN sebagai penyedia penjagaan kesihatan teratas di Malaysia. Senarai Hospital Khusus Terbaik APAC 2023 ialah kerjasama antara majalah Amerika Newsweek dan firma penyelidikan pasaran global, Statista R. Dalam edisi pertamanya, penarafan itu bertujuan untuk mengenal pasti hospital khusus terkemuka dalam enam bidang perubatan di sembilan negara APAC iaitu Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea…
INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) mereda kepada 2.4 peratus, terendah dalam enam bulan pertama 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan inflasi di Malaysia didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel sebanyak 5.4 peratus dan makanan dan minuman bukan alkohol (4.7 peratus). Manakala kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah mencatatkan 2.3 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 2.7 peratus. “Kenaikan inflasi pada Jun 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6…
BERMULA daripada emel tidak diterima bekerja kepada temu duga yang mendebarkan, proses pencarian kerja yang sesuai boleh menyebabkan anda tertekan. Ia juga boleh menjadi sangat melelahkan hingga ke tahap proses pencarian pekerjaan anda seperti tiada sinar, seterusnya menyebabkan kemurungan dalam mencari pekerjaan. Kemurungan mencari pekerjaan adalah perkara yang benar-benar berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Tekanan daripada mencari pekerjaan juga dikaitkan dengan kesihatan emosi dan mental seperti kebimbangan serta kemurungan. Mari kita perhatikan apakah cara-cara menangani kemurungan pencarian kerja dan cara menghadapi proses mencari kerja dengan pemikiran yang positif. Rancang tindakan sekiranya permohonan ditolak Di setiap kemungkinan…
BUKAN satu rahsia lagi bahawa masyarakat kita amat mementingkan penampilan fizikal. Pengaruh daripada pengiklanan, selebriti dan media sosial semuanya membawa mesej kita perlu mempunyai penampilan atau cara tertentu untuk dianggap cantik. Ini juga dinamakan sebagai piawaian kecantikan (beauty standards). Gambar-gambar yang dilihat di iklan dan media sosial setiap hari mempunyai mempunyai kesan yang mendalam terhadap cara kita melihat diri sendiri dan orang lain. Akan ada beberapa ketika, atau hampir setiap hari, individu yang mempunyai masalah imej badan (body image) yang negatif membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Perkara ini kemudian menimbulkan perasaan sentiasa tidak mencukupi kerana kurangnya rasa sayang dan…
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi filem Barbie arahan Greta Gerwig bakal ditayangkan di Malaysia. Mesti ramai gadis-gadis yang meminati Barbie tidak sabar untuk menontonnya, bukan? Mungkin keterujaan yang dialami oleh gadis-gadis ini tidak dapat difahami oleh para jejaka. Apa yang seronok dan istimewa sangat pasal Barbie ini? Patung Barbie sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak. Budak-budak lelaki mungkin main permainan seperti mainan tentera, senapang kayu atau aktiviti fizikal seperti bola sepak dan rounders. Tetapi, budak-budak perempuan bermain anak patung Barbie. Barbie bukan hanya sekadar patung. Mereka suka bermain anak patung ini kerana boleh menukar baju dan kasutnya yang cantik-cantik. Selain itu,…
KERAGUAN dengan masa depan, diri sendiri dan apa sahaja yang terjadi di sekeliling anda adalah perasaan yang dialami hampir semua orang. Perasaan ragu dan risau ini adakalanya melelahkan, tetapi kita tidak boleh elak daripada memikirkan perkara tersebut. Ini kerana, sebagai manusia kita mempunyai rasa untuk mengawal setiap situasi mengikut kehendak diri sendiri. Walhal, kita tahu bahawa setiap perkara yang diinginkan dalam kehidupan tidak semestinya akan berlaku. Namun, dengan izin tuhan, mungkin apa yang diimpikan dan diusahakan bakal tercapai. Apabila berada dalam situasi yang meragukan dan terlalu risaukan sesuatu, kita pasti akan fikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan atau mengawal perasaan ini.…