Umi Fatehah

PLATFORM pekerjaan terkemuka di Malaysia JobStreet by SEEK dengan kerjasama AIC Exhibitions Sdn. Bhd., bakal menganjurkan Pameran Kerjaya & Latihan Malaysia (MCTF) 2023 buat kali kedua pada 9 dan 10 September 2023 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur. MCTF bertujuan untuk membolehkan pencari kerja berhubung dengan lebih baik bersama syarikat bagi peluang pekerjaan yang lebih cerah. Lebih 130 syarikat terkemuka dengan 10,000 peluang pekerjaan dibuka pada pameran kerjaya terbesar itu. Pemburu kerja boleh berhubung dengan majikan daripada syarikat terkemuka termasuk Shell, Prudential, Agoda, Touch ‘n Go, CIMB, Hartalega dan banyak lagi. Pameran ini turut menyediakan ceramah berkaitan kerjaya…

Read More

TAHNIAH diucapkan kepada semua graduan! Anda sudah melakukan yang terbaik. Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan.  Selepas tamat belajar, anda tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar. Anda sudah mula perlu melangkah ke alam dewasa yang bekerja. Pasti ramai di antara anda yang sedang takut, gementar dan cemas apabila memikirkan tentang kerja.  Proses pencarian kerja pula boleh menjadi sangat mencabar. Jadi, kami kongsikan tip kepada graduan baharu untuk mendapat pekerjaan pertama sebagai panduan. Wujudkan mindset yang kuat Kekal positif dalam perjuangan mencari kerja ini adalah satu kemestian. Anda perlu bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kegagalan temuduga atau terlepas…

Read More

RUKUN Iman berfungsi untuk menjadikan kita umat yang taat kepada Tuhan dan menyembah satu-satunya Tuhan. Rukun Islam berfungsi sebagai panduan menjadi umat Islam yang baik. Kedua-dua rukun ini wajib dihayati dan dipercayai oleh orang Islam.  Sama juga  seperti Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara juga perlu dihayati oleh setiap warganegara agar kita menjadi rakyat yang taat dan mengekalkan perpaduan yang lebih jitu.  Sehubungan itu, merujuk kepada dokumen lengkap Rukun Negara yang dimuatkan dalam buku Rukun Negara: Selayang Pandang oleh Eddin Khoo, Relevan mencatatkan semula prinsip dalam Rukun Negara untuk anda di bulan kemerdekaan ini. 1. Kepercayaan kepada tuhan Bangsa dan negara…

Read More

BARU-baru ini, media melaporkan terdapat kes wabak pertusis atau batuk kokol membabitkan tiga individu dalam sebuah keluarga yang berlaku di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang. Batuk kokol ialah jangkitan pernafasan yang mudah dijangkiti dan menjangkit. Pertusis merebak dengan mudah dari manusia ke manusia terutamanya melalui titisan yang dihasilkan oleh batuk atau bersin.  Penyakit ini paling berbahaya pada bayi. Ia juga merupakan punca utama kepada penyakit-penyakit lain dan kematian yang berlaku dalam kalangan bayi. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), gejala pertama biasanya muncul pada tujuh hingga 10 hari selepas jangkitan. Ia termasuk demam ringan, hidung berair dan batuk biasa. Tetapi…

Read More

SEHINGGA kini, masih wujud beberapa soalan seperti mengapa bendera Malaysia dan bendera Amerika Syarikat (US) seakan-akan sama? Adakah Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat?  Mungkin kedua-dua bendera kelihatan seakan-akan sama kerana jalur yang melintang.  Menurut penulis buku Dunia Tanpa Tembok, Ayman Rashdan Wong, sebenarnya, bendera AS yang menyerap warisan Alam Melayu. Ini kerana, dakwa beliau, bendera AS, Stars and Stripes ciptaan Betsy Rose terinspirasi daripada bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang turut menggunakan jalur melintang merah putih.  Ilham untuk jalur sebegitu pula dikatakan berasal daripada bendera kerajaan Majapahit, iaitu Getih-Getah Samudera.  Kedua-dua Getih-Getah Samudera dan Sang Dwaja/Pataka berunsurkan merah…

Read More

SINDROM ovari polikistik (PCOS) biasanya dicirikan oleh kitaran haid yang tidak teratur atau ketidakhadiran haid. Orang yang mempunyai PCOS biasanya mempunyai banyak ketumbuhan cysts dalam ovari mereka disebabkan oleh pengeluaran hormon yang berlebihan yang dipanggil androgen. Penghidap PCOS selalunya mempunyai paras insulin yang lebih tinggi daripada biasa. Insulin adalah hormon yang dihasilkan dalam pankreas. Ia membantu sel-sel dalam badan menukar gula glukosa kepada tenaga. Jika mereka tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, paras gula dalam darah berpotensi untuk meningkat. Ini juga boleh berlaku jika penghidap mempunyai rintangan insulin, bermakna anda tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.  Oleh itu, penting…

Read More

KITA sudah melangkah masuk ke bulan Ogos yang sinonim dengan bulan kemerdekaan. Bermula sahaja bulan Ogos, Jalur Gemilang, bendera kebangsaan kita mula dikibarkan di merata tempat begitu juga dipasang di kenderaan-kenderaan. Ini juga dianggap sebagai simbol patriotisme kerana ia merupakan salah satu cara untuk menyambut Hari Kemerdekaan kita setiap 31 Ogos. Setiap tahun kita gantung bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Tetapi tahu tak asal usul dan sejarah di sebalik penghasilan Jalur Gemilang? Pencipta Jalur Gemilang Bendera kita dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor.  Sebelum Jalur Gemilang dicipta, kita mengibarkan bendera Union Jack…

Read More

BUDAYA hustle demi hasil sangat memenatkan dan membebankan, tetapi ia popular atas sebab tertentu. Kebanyakan kita percaya bahawa kita mempunyai kawalan ke atas kejayaan diri sendiri.  Ada juga yang berpendapat bekerja terlalu keras adalah cara terbaik untuk berasa anda mempunyai kawalan ke atas diri sendiri. Namun, hakikatnya ia merisikokan kesihatan mental dan fizikal. Jika anda sudah bersedia untuk meninggalkan dunia hustle, berikut ialah lima cara untuk mula mengutamakan semula penjagaan diri. Tetapkan sempadan Menetapkan sempadan boleh menjadi menakutkan. Kemungkinan besar, bos atau rakan sekerja akan mula berasa tidak selesa apabila anda mula mengatakan tidak pada permintaan mereka. Walau bagaimanapun, cara…

Read More

KITA semua pernah mendengar masyarakat sekeliling berkata kita perlu hustle atau bekerja keras demi mendapatkan hasil yang lumayan. Apa yang dimaksudkan ialah sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja boleh mencapai matlamat mereka jika mereka melakukan hanya satu perkara iaitu bekerja keras untuk berjaya. Ia adalah pemikiran yang tertanam secara mendalam ke dalam norma masyarakat kini.  Tetapi kita juga tahu terdapat beberapa masalah sebenar dengan keletihan (burn out) dan tekanan. Dalam kalangan pekerja global, tahap tekanan telah mencapai tahap tertinggi sepanjang tahun ini.  Jadi bagaimanakah pekerja boleh berkembang maju apabila budaya hustle hari ini memerlukan mereka bekerja lebih keras, kekal dalam…

Read More

MENJELANG hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, ramai yang sudah mula bertolak balik ke pusat mengundi masing-masing. PRN kali ini hanya melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.  Jadi, buat para pengundi yang bakal turun padang untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Masa keluar mengundi Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan. Untuk mengetahui masa keluar mengundi yang digalakkan, log masuk ke laman web mysprsemak dengan mengisi kad pengenalan serta kod Captcha.  Anda akan melihat paparan maklumat peribadi pemilih, maklumat pengundian dan…

Read More