Umi Fatehah

“NAIM, umur kau dah lebih 30 tahun. Bila nak kahwin? Takkan nak bujang sampai tua?” suara Mak Lang bergema di ruang tamu.  Adik-adiknya yang lain hanya tersengih, menunggu reaksi Naim. Soalan ini bukan kali pertama dia dengar malah sudah terlalu biasa setiap kali ada majlis keluarga. Naim hanya tersenyum nipis sambil menjawab, “Insya-Allah, Mak Lang. Bila sampai jodoh, kahwinlah saya.” Walaupun jawapan itu kedengaran tenang, jauh di sudut hati dia rasa resah.  “Memang aku nak kahwin tapi macam mana nak cari pasangan yang betul-betul sesuai dan berkat?” fikir Naim. Realitinya, ramai yang seperti Naim – dihimpit soalan “bila nak kahwin?”…

Read More

TANPA disedari, kita sudah pun melangkah masuk ke tahun 2025. Bagi sesetengah individu, tahun baharu membawa rasa teruja untuk memulakan sesuatu yang baharu. Sementara bagi yang lain, ia menjadi peringatan bahawa peluang untuk terus memperbaiki diri masih ada.  Tahun 2025 ini adalah ruang untuk mencipta peluang, mengambil langkah berani dan menjadikan impian kerjaya anda satu kenyataan. Mari kita mulakan perjalanan ini dengan menetapkan azam yang bermakna dan memberi inspirasi. Mengenali potensi diri Langkah pertama dalam menetapkan azam kerjaya ialah mengenali potensi diri. Sudahkah anda mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri? Tahun ini boleh menjadi tempoh untuk anda menjalani ujian penilaian…

Read More

SETIAP kali tahun baharu menjelma, ramai menggunakan peralihan ke kalendar baru untuk menilai semula kehidupan dan matlamat masing-masing.  Ada yang berazam untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan. Ada yang berhasrat menyimpan lebih banyak wang. Namun, bagi sesetengah individu, tahun baharu menjadi waktu yang sempurna untuk membuat perubahan yang lebih besar dan bermakna seperti meneroka kerjaya baharu. Kerjaya sering menjadi aspek penting dalam kehidupan. Pekerjaan yang kita lakukan bukan sahaja membantu memenuhi keperluan kewangan tetapi memberi makna kepada kehidupan, pencapaian dan mungkin kepada ramai orang – kebahagiaan.  Apabila kita merasakan pekerjaan sedia ada tidak lagi memberikan kepuasan atau sejajar dengan matlamat hidup, ia…

Read More

ISU merancang keluarga semakin hangat diperkatakan di media sosial, dengan pelbagai pandangan yang mencetuskan perdebatan.  Ada pasangan yang secara sukarela memilih gaya hidup tanpa anak (child-free), manakala yang lain merancang keluarga demi mengurangkan beban kos membesarkan anak.  Baru-baru ini, topik mengenai vasektomi, iaitu pemandulan lelaki bagi mengelakkan kehamilan isteri, menjadi perbincangan hangat dalam kalangan pengguna X.  Namun, persoalannya, apakah hukum merancang keluarga hingga ke tahap memandulkan isteri atau suami? Adakah tindakan ini dibenarkan dalam Islam? Hukum merancang keluarga Menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.…

Read More

MINGGU ini menandakan detik penting bagi pelajar di seluruh negara yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Debaran dan ‘peluh sejuk’ mula dirasai, membawa bersama harapan dan usaha bertahun-tahun.   Setelah berhempas pulas mengulang kaji, memahami konsep dan menghafal formula, kini tiba masanya untuk ‘berjuang’ di medan sebenar – dewan peperiksaan. Namun, peperiksaan bukan sekadar usaha fizikal dan mental; ia juga menuntut kebergantungan kepada Yang Maha Kuasa.   Sudah berusaha, tibalah masanya untuk berdoa dan bertawakkal. Serahkan segalanya kepada Allah selepas memberi yang terbaik.   Untuk membantu para pelajar, Relevan menyenaraikan doa-doa yang boleh diamalkan untuk memohon kemudahan, kelancaran fikiran dan ketenangan hati…

Read More

ESOK merupakan hari terakhir sebelum kita melangkah ke 2025. Untuk tahun baharu ini, mengapa tidak letakkan pendidikan sebagai teras azam kita?  Pendidikan bukan sekadar hak kanak-kanak di bangku sekolah, ia adalah perjalanan sepanjang hayat yang membentuk keperibadian, membuka pintu peluang dan menyalakan cahaya harapan dalam diri setiap insan. Membaca, jendela kepada dunia Jika ada satu azam yang mudah dan berkesan untuk diterapkan oleh semua lapisan masyarakat, ia adalah membaca.  Membaca bukan hanya sekadar menyelak halaman buku tetapi menyelami lautan ilmu yang mampu mengubah pandangan hidup. Buku membawa kita mengembara ke pelbagai dunia, memberi kita pengalaman tanpa perlu melangkah keluar dari…

Read More

TIRAI tahun baharu telah pun dibuka, membawa kita ke lembaran baharu yang dipenuhi dengan peluang, cabaran dan kemungkinan.  Setiap permulaan baharu adalah peluang terbaik untuk bermuhasabah, menetapkan matlamat dan mencipta impian yang lebih besar.  Tahun ini, marilah kita melangkah dengan harapan, keazaman dan semangat yang membara untuk mencapai kejayaan. Tidak kiralah sama ada dalam aspek kehidupan peribadi, kerjaya atau hubungan dengan orang di sekeliling kita. Menghargai pengajaran tahun lalu Sebelum kita melangkah ke hadapan, penting untuk menoleh ke belakang dan menghargai segala pengalaman yang dilalui sepanjang tahun lalu.  Setiap cabaran yang ditempuhi, kegagalan yang menampar dan kejayaan yang diraih, semuanya…

Read More

PEJAM celik, pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu. Tahun ini banyak perkara yang berlaku. Ada indah, ada gundah. Namun, semua yang berlaku meninggalkan pelbagai pesanan. Cuba anda muhasabah diri sendiri dan lihat semula tabiat kewangan sepanjang tahun ini. Bagaimana? Azam kewangan tahun lepas tercapai atau tidak? Sekiranya anda berjaya merealisasikan azam kewangan tahun sebelumnya, tahniah. Ini membuktikan bahawa anda disiplin untuk merealisasikan matlamat.  Sekiranya azam tahun sebelumnya tidak tercapai, tidak mengapa. Cuba lagi tahun ini. Namun, pastikan azam tahun ini disusun dengan lebih realistik agar anda lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.…

Read More

TAHUN baharu sering menjadi masa untuk menetapkan matlamat baharu. Tetapi apa salahnya jika anda mula merancang percutian untuk tahun hadapan, bukan?   Untuk memudahkan anda, Relevan telah menyusun senarai cuti umum di Malaysia bagi tahun 2025. Dengan panduan ini, anda boleh merancang rehat yang sempurna sama ada untuk percutian santai atau pulang ke kampung halaman.   Namun, jangan lupa! Tarikh-tarikh ini mungkin berubah jika ada pengumuman rasmi, jadi pastikan anda sentiasa menyemak jadual terkini.   JANUARI Tarikh dan Hari Peristiwa Negeri yang terlibat 1 Januari (Rabu)  Tahun Baharu 2024 Seluruh negara kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu 14 Januari (Selasa) Hari Keputeraan…

Read More

KRISMAS adalah perayaan yang dihayati oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia, membawa bersama pelbagai tradisi, makanan dan cara sambutan yang unik.  Setiap negara dan budaya mempunyai cara tersendiri untuk merayakan perayaan ini dan menjadikannya satu pengalaman yang berwarna-warni.  Dari hiasan pokok Krismas yang indah hingga pelbagai jenis hidangan yang menggugah selera, Krismas adalah waktu untuk berkumpul, bersosial dan menikmati momen berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan pengaruh globalisasi, tradisi Krismas telah berkembang dan diadaptasi di pelbagai tempat, mencerminkan keunikan budaya setempat. Mari kita menerokai tradisi Krismas yang unik di pelbagai negara dan melihat bagaimana masyarakat merayakan perayaan ini dengan cara…

Read More