Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 guru terima geran, sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan

    10 guru terima geran, sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan

    By Zubaidah IbrahimMay 17, 2023Updated:May 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEJAK tahun 2018, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai matlamat tanpa terhalang oleh haid.

    USAHA 10 guru dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita melalui Projek Kotex She Can membuahkan hasil apabila mereka menerima geran sebanyak RM10,000 setiap sekolah daripada dana terkumpul RM100,000 Kotex She Can.

    Sejak tahun 2018, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai matlamat tanpa terhalang oleh haid.

    Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022.

    Pada kali ini, geran yang dianugerahkan akan digunakan bagi menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan.

    Menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Arvind Iyer, geran yang diberikan itu akan digunakan untuk pelbagai inisiatif bagi meningkatkan daya tahan akademik dan emosi dalam kalangan pelajar perempuan.

    “Inisiatif-inisiatif ini termasuklah bengkel dan ceramah untuk membina disiplin dan keyakinan fizikal, emosi, intelek serta menaik taraf kemudahan sekolah seperti bilik kaunseling, portal ilmu dan tandas.

    “Guru-guru ini telah berusaha keras dengan memastikan pelajar yang berumur antara 13 dan 17 tahun mengambil bahagian secara aktif dalam projek interaktif Kotex She Can Project iaitu sebuah portal pendidikan pengurusan kesihatan haid dalam talian yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diperakui oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    ARTIKEL BERKAITAN: Huraian 10 inisiatif memperkasa kebajikan guru oleh Kementerian Pendidikan – Relevan

    “Program pendidikan kebersihan haid ini sangat kritikal dalam membantu wanita muda memahami bagaimana haid dikaitkan dengan kesihatan reproduktif mereka secara saintifik dan perubahan fizikal yang dilalui,” katanya.

    Tambah Arvind, program tersebut adalah sebahagian daripada usaha Kotex untuk menamatkan kemiskinan haid di negara ini. Isu kemiskinan haid sebenarnya lebih besar daripada masalah akses kepada tuala wanita.

    “Ia juga merangkumi masalah kekurangan pendidikan pengurusan haid dan pengetahuan pengurusan sisa haid.

    “Pada tahun lepas, Kajian Kemiskinan & Stigma Haid Kotex dalam kalangan 746 pelajar perempuan berusia antara 10 hingga 24 tahun mendedahkan bahawa lebih separuh daripada mereka ingin ponteng sekolah apabila datang haid.

    “Kira-kira 68 peratus pula masih percaya bahawa haid adalah subjek tabu dan kajian lisan yang lalu menunjukkan bahawa mereka takut untuk bersuara berkenaan haid kerana takut diusik dan diejek,” ujarnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 25 ‘guru luar biasa’ terima peruntukan RM5,000 dari McDonald’s – Relevan

    Sementara itu, menurut Pakar Psikologi Pendidikan dan Pengarah Program untuk Sarjana Muda Psikologi di Sekolah Seni dan Sains Liberal Universiti Taylor, Rajalakshmi Ganesan, stigma haid boleh mendatangkan masalah harga diri yang mendalam jika dibiarkan dan boleh meluaskan jurang ketidaksamaan jantina dalam masyarakat.

    “Sekiranya haid dilihat sebagai sesuatu yang menyebabkan wanita menjadi pemarah, kotor atau murung, maka haid akan dianggap sebagai sesuatu yang ditakuti.

    “Jika tidak diuruskan, ketakutan ini membuak-buak. Ia boleh dialami sepanjang zaman remaja dan universiti sehingga akhirnya menjelma sebagai satu masalah yang lebih besar apabila mereka menjangkau usia dewasa,” jelasnya.

    Ujarnya lagi, apabila kanak-kanak perempuan menjadi ibu, mereka berkemungkinan membesarkan anak-anak mereka dengan kepercayaan bahawa haid adalah sesuatu yang perlu ditakuti dan tidak boleh dibincangkan dengan sesiapa.- RELEVAN 

     

    Previous ArticleStrok haba atau keletihan haba, apakah perbezaannya?
    Next Article 90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.