Facebook Twitter
    Trending
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa orang ‘bodoh’ selalu yakin?

    Mengapa orang ‘bodoh’ selalu yakin?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 7, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TARIKHNYA pada 19 April 1995. Seorang lelaki merompak dua bank di bandar Pittsburgh, Amerika Syarikat. Pendekatannya sangat berbeza dengan perompak lain kerana dia tidak memakai topeng. Dia tahu bank-bank itu ada kamera litar tertutup (CCTV) tetapi dia begitu tenang mengacu pistol ke muka pegawai bank tanpa menutup wajah. Malah, sebelum keluar, dia memandang CCTV dan tersenyum.

    Hasilnya seperti dijangka. Pihak polis menangkapnya pada sebelah malam kerana segala bukti dari CCTV sangat jelas. Ketika diberkas, polis menunjukkan rakaman CCTV. Lelaki itu terkejut. “Saya dah sapu air lemon,” katanya. Apa yang terjadi sebenarnya? 

    Lelaki itu, bernama McArthur Wheeler, menjelaskan kepada polis yang dia menyapu air lemon di muka supaya wajahnya tidak kelihatan di CCTV. Disebabkan air lemon boleh berfungsi sebagai dakwat halimunan, Wheeler fikir mukanya juga akan jadi halimunan apabila disapu air lemon.

    Polis mengesahkan Wheeler tidak gila dan tidak juga di bawah pengaruh dadah. Dia hanya dungu. Sebuah eksperimen yang gagal di rumah juga menyumbang kepada kedunguan itu. Dia menyapu air lemon di wajah kemudian mengambil swafoto dengan kamera polaroid. Wajahnya tidak kelihatan. Sebab itu dia yakin bahawa air lemon boleh menghilangkan wajahnya dari CCTV.

    Sedangkan sebenarnya, ketika memandang ke gambar swafotonya, ada titis lemon yang masuk ke matanya. Ini menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Namun, kesimpulan yang dibuat menyimpang dan kesimpulan menyimpang itulah yang dijadikan strategi untuk merompak bank.

    Kesan Dunning-Kruger

    Kisah Wheeler diabadikan dalam World Almanac 1996 sebagai antara jenayah terbodoh pernah dilakukan manusia. Kisah itu menarik perhatian profesor psikologi di Universiti Cornell, David Dunning. Melalui kisah Wheeler, Dunning mencipta hipotesis awal bahawa orang yang paling kurang pengetahuan ialah orang yang paling tidak sedar bahawa dia kurang pengetahuan. 

    Dunning kemudiannya menjalankan beberapa eksperimen bersama pelajarnya, Justin Kruger. Pelajar-pelajar prasiswazah psikologi di universiti diberikan soalan-soalan berkenaan tatabahasa, logik dan jenaka. Pelajar-pelajar itu kemudiannya diminta untuk menjangkakan markah dan kedudukan mereka dalam ujian tersebut.

    Hasilnya? Hipotesis Dunning terbukti. Pelajar yang mendapat markah rendah fikir mereka mampu dapat markah tinggi. Pelajar dengan 25 peratus markah terendah menjangkakan markah mereka lebih tinggi berbanding dua pertiga pelajar lain. Mereka yang mendapat markah tertinggi pula memandang rendah kemampuan sendiri.

    Eksperimen diteruskan dengan merekrut sekumpulan peminat senjata api pula sebagai responden. Mereka diberikan soalan tentang keselamatan senjata api. Keputusannya masih sama. Mereka yang paling kurang pengetahuan fikir merekalah yang paling berpengetahuan. 

    Fenomena hubungan antara pengetahuan dengan keyakinan ini dinamakan sebagai Kesan Dunning-Kruger. Ia digunakan secara meluas selepas itu untuk menjelaskan keadaan orang dungu yang selalu yakin.

    Anda tahu apa yang anda tidak tahu?

    Kesan Dunning-Kruger ialah kajian tentang kecondongan kognitif (cognitive bias). Kajian penuhnya diterbitkan pada 1999 dengan tajuk “Unskilled and Unaware of It: How Difficulties in Recognizing One’s Own Incompetence Lead to Inflated Self-Assessments”.

    Dalam Kesan Dunning-Kruger, orang yang dungu memandang tinggi kemampuannya sendiri manakala orang yang bijak memandang rendah kemampuannya sendiri. Ia dapat dilihat dalam graf di bawah:

    Tafsiran graf Kesan Dunning-Kruger oleh Medium.com

    Ia berlaku begitu kerana keupayaan untuk mengenal pasti kekurangan pengetahuan seseorang itu sendiri memerlukan tahap pengetahuan yang tertentu. Jika tahap ini tidak dapat dicapai, maka tidak aneh jika mereka tidak mampu mengenal pasti kekurangan pengetahuan sendiri dan menganggap diri lebih bijak daripada orang lain.

    Mereka yang bijak pula memandang rendah kemampuan sendiri kerana mereka sedar betapa luasnya ilmu yang ada dalam dunia. Apabila fokus diberikan kepada perkara yang mereka tidak tahu, mereka memandang rendah diri sendiri walaupun pengetahuan sedia ada sebenarnya sudah banyak.

    Dalam erti kata lain, mereka yang dungu tidak tahu apa yang mereka tidak tahu, maka mereka yakin. Mereka yang bijak pula tahu apa yang mereka tidak tahu, maka mereka kurang yakin.

    Pesan peribahasa

    Will Smith pernah menerangkan dengan bijak perbezaan kehidupan muda dia dengan anaknya,  Jaden Smith. Kata Will, ketika berumur 14 tahun, dia juga bodoh. Namun, kerana ketika itu media sosial belum wujud, tiada siapa yang tahu tentang kebodohannya.

    Media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi masa kini. Keinginan untuk mendapatkan perhatian di platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram menyebabkan ramai penggunanya tersilap langkah lalu mempamerkan kebodohan sendiri kepada umum.

    Pepatah Melayu berpesan: jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. Maksudnya, orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat penghinaan tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

    Peribahasa Melayu juga ada memberi amaran tentang kebodohan dan keyakinan ini. Katanya, hati orang yang bodoh itu di mulutnya dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. Malah dipesan juga oleh orang tua-tua dahulu supaya jangan jadi seperti buntal kembung atau bagai jelongak kerbau rampung. Kedua-duanya membawa maksud bodoh sombong.

    Kesimpulannya mudah, jangan terperangkap dalam Kesan Dunning-Kruger. Jangan menjadi terlalu yakin ketika menyampaikan pendapat kerana akhirnya, kebodohan diri yang akan terserlah.

    Bagaimana caranya untuk mengelak daripada merasakan diri sendiri bijak? Banyakkan bertanya daripada menjawab. Banyakkan membaca daripada menulis. Banyakkan mendengar daripada berkata-kata.

    Tidak salah untuk menjadi yakin namun pastikanlah keyakinan itu terbit dari pengetahuan yang cukup dan mendalam. Jangan kerana sudah baca satu buku atau tonton satu video, kita rasa sudah tahu segala benda. – RELEVAN

    Previous ArticleMahu dibayar gaji yang tinggi? Ini tip dikongsikan oleh konsultan kerjaya
    Next Article 1,330 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.