Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 75 tahun penderitaan Palestin: Peristiwa awal sehingga Nakba 1948

    75 tahun penderitaan Palestin: Peristiwa awal sehingga Nakba 1948

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 26, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELARIAN Palestin terpaksa berpindah ketika peristiwa Nakba 1948. - GAMBAR FRED CSASZNIK (Wikipedia)

    PERANG Dunia Kedua meninggalkan kesan dalam kepada dunia. Puluhan juta nyawa melayang, termasuk enam juta Yahudi yang dibunuh dalam peristiwa Holocaust.

    Tahun-tahun selanjutnya, dunia dalam suasana memulih dengan penuh harapan. Negara-negara berganti merdeka, menyambut kebebasan dari penjajahan.

    Di tanah ini juga, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948. Ia antara langkah awal sebelum negara merdeka sepenuhnya.

    Namun, jauh di barat laut dari tanah ini, ada derita panjang yang lahir. Tahunnya 1948, bencana – atau nakba – bermula.

    Perjanjian penjajah penipu

    Sedikit sorotan sejarah. Pada 16 Mei 1916, dua diplomat, masing-masing mewakili Britain dan Perancis, duduk merenung peta. Mata mereka tertancap pada wilayah-wilayah yang dikuasai empayar yang semakin melemah, iaitu Uthmaniyah.

    Pertemuan mereka berakhir dengan lakaran wilayah yang dipecah-pecah, dibahagi sesama mereka – satu untuk kau, satu untuk aku.

    Pembahagian wilayah itu merupakan perjanjian rahsia antara Britain dan Perancis melalui wakil mereka, Mark Sykes dan Francois Picot.

    Ia dikenali sebagai Perjanjian Sykes-Picot, atau yang Vladimir Lenin gelarkan sebagai “perjanjian penjajah penipu”.

    PETA pengagihan wilayah melalui Perjanjian Sykes-Picot. – GAMBAR BRITANNICA

    Antara kandungan perjanjian rahsia itu, sebahagian besar tanah Palestin diletakkan di bawah zon antarabangsa kerana nilai keagamaannya yang signifikan. Sebahagian lagi wilayah Palestin akan diagih antara Britain dengan Perancis.

    Setahun selepas itu, pada 2 November 1917, Britain menggerakkan lagi catur di Palestin. Kali ini melalui pengisytiharan sokongannya terhadap pembentukan tanah bangsa Yahudi di Palestin melalui Deklarasi Balfour, sekali gus melempar janji meletakkan Palestin di bawah zon atarabangsa ke tong sampah.

    Janji manis Britain itu kemudiannya dimasukkan dalam mandat British di Palestin – projek hijrah bangsa Yahudi Eropah ke Palestin bermula dan menoreh luka pertama untuk rakyat Palestin, yang kudisnya tak sembuh-sembuh sampai ke hari ini.

    Bidak catur

    Untuk kita masyarakat Nusantara, kerja mengagih-agih wilayah oleh penjajah tidaklah asing. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 bertanggungjawab memisahkan rumpun Nusantara kepada pecahan negara-negara.

    ARTHUR James Balfour, individu yang bertanggungjawab mengiktiraf hasrat bangsa Yahudi untuk memiliki negara sendiri. – GAMBAR BRITANNICA

    Cuma, tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana pelusuk dunia, sebuah bangsa dijanjikan tanah yang sudah sedia diduduki bangsa lain.

     

    Begitulah buruknya Deklarasi Balfour yang mengetepikan hak penduduk asal Palestin. Tanah mereka ditawarkan kepada bangsa lain sesuka hati demi membasuh dosa Eropah yang menzalimi Yahudi dalam Perang Dunia Pertama.

    Propaganda Yahudi bahawa Palestin ialah “tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” adalah sepenuhnya salah.

    Bancian kerajaan Uthmaniyah menunjukkan terdapat 403,795 orang atau 85.5 peratus penduduk Muslim di wilayah Baitulmaqdis, Nablus dan Acre pada 1878. Jumlah penduduk Kristian pula sebanyak 43,659 orang atau 9.2 peratus dan Yahudi seramai 25,001 atau 5.3 peratus.

    Sepanjang 1920 hingga 1945, ketika dalam mandat British, dianggarkan 367,845 orang bangsa Yahudi berhijrah masuk ke Palestin, menjadikan jumlah mereka meningkat dengan mendadak hasil ‘restu’ Britain.

    Menjelang 1944, anggaran bangsa Yahudi yang tinggal di Palestin meningkat kepada 30.39 peratus daripada keseluruhan penduduk Palestin.

    Perlu diingat, ketika ini, negara Israel belum wujud. Penghijrahan besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin ialah percaturan penjajah British; warga asal tanah Palestin hanya menjadi bidak dalam permainan catur tersebut.

    Bencanakba

    Kalau ada yang mahu iktiraf Israel sebagai negara, pengiktirafan itu perlu datang dengan dengan pengakuan bahawa Israel dibina dengan darah, nyawa dan runtuhan bangunan.

    14 Mei 1948 menjadi tarikh keramat buat warga Israel tetapi bagi warga Palestin, ia tarikh bangsat. 

    Negara rejim itu mengisytiharkan kemerdekaannya di tanah yang dijajah – ironi terbesar dalam sejarah dunia. Untuk merdeka, ratusan ribu warga asal tanah Palestin dihalau dan dihambat peluru.

    Menurut Al-Jazeera, antara 1947 hingga 1949, sekurang-kurangnya 750,000 warga Palestin menjadi pelarian. Lebih 78 peratus wilayah Palestin dirampas Zionis.

    Kira-kira 530 perkampungan dan bandar musnah. Sekitar 15,000 rakyat Palestin dicabut nyawa. Kempen kekejaman dianjur, lebih 70 siri pembunuhan besar-besaran dilaksana.

    Ketika Zionis menjarah Palestin tanpa kemanusiaan, pembentukan Israel dirai dunia. Tanpa sebarang lengah, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan banyak lagi negara mengiktiraf pembentukan negara haram itu.

    Peristiwa pengusiran dan pembunuhan warga Palestin diingati pada setiap 15 Mei setiap tahun sebagai Nakba atau bencana. – RELEVAN

    Previous ArticleManusia tidak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut
    Next Article 7 tanda anda hidup dibelenggu hutang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.