Facebook Twitter
    Trending
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    By Umi FatehahApril 13, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat harian yang rosakkan buah pinggang. - GAMBAR HIASAN ROBINA WEERMEIJER/UNSPLASH

    RAMAI menyangka masalah buah pinggang hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia atau mereka yang ada penyakit kronik. Hakikatnya, kerosakan buah pinggang boleh berlaku secara perlahan tanpa disedari dan lebih membimbangkan, ia berpunca daripada tabiat harian yang dianggap kebiasaan.

    Buah pinggang memainkan peranan penting dalam menapis toksin, mengawal keseimbangan cecair dan memastikan fungsi badan berjalan lancar. Namun, apabila organ ini terjejas, kesannya bukan sahaja serius malah boleh mengubah kualiti hidup seseorang.

    Menurut National Kidney Foundation, berikut beberapa tabiat harian yang mungkin kelihatan remeh, tetapi sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada kesihatan buah pinggang.

    1. Kurang minum air kosong

    Air membantu buah pinggang menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing. Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, proses ini menjadi kurang efisien.

    Akibatnya, toksin boleh terkumpul dalam badan dan meningkatkan risiko pembentukan batu karang serta masalah buah pinggang lain. Ramai hanya minum apabila dahaga, sedangkan itu tanda tubuh sudah mula kekurangan air.

    1. Kerap minum air manis

    Minuman bergula seperti teh ais, minuman berkarbonat dan kopi manis menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian rakyat Malaysia. Namun, pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes. 

    Selain itu, minuman mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh memberi tekanan tambahan kepada buah pinggang dalam jangka panjang.

    1. Tahan kencing terlalu lama

    Tabiat menahan kencing mungkin kelihatan tidak berbahaya, terutama ketika sibuk bekerja atau dalam perjalanan. Namun, ia sebenarnya boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan buah pinggang.

    Jika dilakukan secara berulang, ia boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) dan dalam kes tertentu, menjejaskan fungsi buah pinggang.

    1. Pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan

    Ramai mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan sakit kepala, senggugut atau sakit badan tanpa berfikir panjang. Namun, penggunaan ubat seperti Ibuprofen secara kerap boleh memberi kesan negatif kepada buah pinggang.

    Dalam jangka masa panjang, ia boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang dan menyebabkan kerosakan, terutamanya jika diambil tanpa pengawasan doktor.

    1. Pengambilan garam berlebihan

    Makanan segera, makanan diproses dan lauk-pauk yang tinggi garam boleh meningkatkan tekanan darah. Keadaan ini berkait rapat dengan tekanan darah tinggi iaitu satu lagi faktor utama penyakit buah pinggang.

    Semakin tinggi tekanan darah, semakin besar tekanan ke atas saluran darah kecil dalam buah pinggang, sekali gus menjejaskan fungsinya.

    1. Terlalu banyak ambil protein

    Protein penting untuk tubuh, tetapi pengambilan berlebihan terutamanya daripada suplemen atau diet tinggi protein boleh membebankan buah pinggang.

    Ini kerana buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menapis sisa daripada metabolisme protein. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh mempercepatkan kerosakan, terutama bagi individu yang sudah mempunyai masalah kesihatan.

    1. Kurang bergerak dan gaya hidup sedentari

    Gaya hidup tidak aktif bukan sahaja menyumbang kepada kenaikan berat badan malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

    Aktiviti fizikal yang konsisten membantu meningkatkan peredaran darah dan menyokong fungsi organ termasuk buah pinggang.

    Salah satu perkara paling membimbangkan tentang penyakit buah pinggang ialah ia sering tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Ramai hanya menyedari apabila keadaan sudah serius dan memerlukan rawatan seperti dialisis.

    Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup harian boleh memberi impak besar dalam jangka panjang. Mulakan dengan minum air secukupnya, kurangkan gula dan garam serta lebih peka terhadap keperluan tubuh.

    Kesihatan buah pinggang bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Apabila ia rosak, kesannya mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. – RELEVAN

    Previous Article5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    Artikel berkaitan

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Artikel Terkini

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.