Facebook Twitter
    Trending
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tip ketika temu duga kursus universiti

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 9, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tip ketika temu duga kursus universiti - GAMBAR HIASAN CANVA

    HEBAHAN panggilan temu duga bagi kemasukan kursus di universiti kini sudah bermula. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), detik ini pastinya membangkitkan rasa teruja dan semangat untuk melayakkan diri ke program pilihan utama yang telah diisi melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

    Dalam usaha memastikan peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya, persediaan rapi sebelum dan semasa temu duga amat penting. Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), berikut ialah langkah-langkah yang boleh membantu calon menghadapi proses temu duga dengan lebih lancar dan yakin.

    Tips sebelum temu duga

    1. Baca surat panggilan dengan teliti

    Hubungi urus setia jika ada maklumat tidak jelas.

    1. Rancang perjalanan ke lokasi temu duga

    Kenal pasti lokasi dan cara untuk ke lokasi temu duga. Sehari sebelum sesi temu duga, pergi ke lokasi berkenaan agar tidak sesat pada hari terpenting dalam hidup anda.

    1. Pastikan tahu bidang dan topik berkaitan program pengajian

    Pastikan anda bersedia untuk berkongsi maklumat atau pengetahuan berkaitan mengikut pemahaman anda.

    1. Banyakkan berlatih

    Cuba berlatih bercakap di hadapan cermin atau dengan orang lain. Terangkan mengapa anda memilih program pengajian tersebut dan perasaan anda terhadap program pengajian itu.

    1. Tidur dan rehat secukupnya

    Demi memastikan anda kekal fokus dan bertenaga pada hari penting, dapatkan rehat secukupnya.

    Tip ketika temu duga secara bersemuka

    1. Pilih penampilan yang sesuai

    Lelaki: Kemeja dipadankan dengan tali leher dan seluar panjang hitam serta kasut.

    Perempuan: Berbaju kurung atau berpakaian korporat dengan kasut yang bertumit dan bertutup

    Penampilan kemas akan menyerlahkan keyakinan dan profesionalisme anda.

    1. Hadir awal waktu

    Hadir ke lokasi temu duga sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum bermula.

    1. Simpan nombor telefon urus setia

    Sekiranya berlaku kecemasan bagi tujuan pemakluman kepada urus setia.

    1. Tanya jika tidak faham

    Anda boleh meminta panel temu duga untuk menjelaskan semula soalan jika perlu.

    1. Tatacara bahasa badan dan pandangan mata.

    Elakkan duduk membongkok atau berpeluk tubuh. Tenang semasa menjawab soalan serta lakukan pandangan mata (eye-contact) ketika menjawab soalan.

    1. Tanya soalan bernas

    Bertanya soalan bernas bermakna anda bersedia dan berminat dengan program pengajian.

    1. Bersedia dengan segala kemungkinan

    Bersedia sepenuhnya jika pihak panel meminta anda membuat demonstrasi berkaitan sesuatu topik. Jangan panik dan buat sehabis baik ikut kemampuan anda.

    1. Ucap terima kasih

    Akhiri sesi dengan ucapan penghargaan sebagai tanda adab dan profesionalisme.

    Tip ketika temu duga secara dalam talian

    • Menjaga etika pakaian
    • Pilih ruangan senyap agar dapat menghindari sebarang gangguan
    • Sediakan pen, buku nota, salinan resume di sisi
    • Pastikan capaian internet stabil
    • Pastikan audio dan kamera gajet berfungsi dengan baik
    • Tutup aplikasi atau laman sesawang tidak perlu
    • Pastikan telefon dalam mod senyap
    • Beri respon dan senyum sepanjang temu duga

    Semakan panggilan temu duga

    Pihak UPU telah membuka semakan panggilan temu duga bagi calon terlibat. Justeru, calon disarankan untuk menyemak status masing-masing melalui saluran rasmi seperti yang berikut:

    • UPSI: https://kemasukan.upsi.edu.my/ 
    • UTHM: https://admission.uthm.edu.my/offer/
    • UiTM: https://pengambilan.uitm.edu.my
    • UMS: https://smp.ums.edu.my/semakanums
    • UKM: https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
    • UM: https://kemasukan.um.edu.my/
    • UPM: https://study.upm.edu.my/
    • USIM: https://etasjilv2.usim.edu.my/
    • USM: https://pohon.usm.my
    • UTM: https://myintake.utm.my
    • UUM: https://www.uum.edu.my/kemasukan
    • UNIMAS: https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
    • UIAM: https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
    • UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaran/
    • UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/
    • UMK: https://capsule.umk.edu.my/admission/interview
    • UMT: https://intake.umt.edu.my/temuduga
    • UniMAP: https://offer.unimap.edu.my/ – RELEVAN
    Previous ArticleBekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    Artikel berkaitan

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.