Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 16, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ? GAMBAR HIASAN CANVA

    SERING terlupa untuk menukar sarung bantal? Walaupun nampak remeh, penjagaan kebersihan sarung bantal amat penting untuk memastikan raut wajah kekal bersih dan sihat. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu tentang sarung bantal serta cara penjagaannya.

    Sarung bantal sebagai pusat pembiakan bakteria

    Menurut kajian terbaharu oleh syarikat tilam Amerisleep, selepas seminggu tidur menggunakan sarung bantal yang sama, sarung tersebut boleh mencecah tiga hingga lima juta unit pembiakan bakteria (CFU). Secara ringkasnya, situasi ini bersamaan dengan 17,000 kali ganda lebih banyak bakteria daripada mangkuk tandas.

    Jika anda mencuci sarung bantal hanya sebulan sekali, jumlah bakteria boleh meningkat kepada hampir 12 juta CFU. Ini bermakna semasa anda baringkan kepala, kulit muka anda sudah bersentuhan dengan 39 kali ganda bakteria daripada yang terdapat di dalam tandas.

    Risiko bakteria terhadap kesihatan

    Kajian yang sama mendapati terdapat beberapa jenis bakteria pada sarung bantal kotor, antaranya adalah seperti berikut:

    • Batang gram negatif : Bakteria ini berpotensi mengakibatkan jangkitan seperti pneumonia (jangkitan pada paru-paru).
    • Bacilli : Bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan lain.

    Walaupun anda sentiasa menjaga kebersihan muka, namun jika tidak menukar sarung bantal secara kerap ia hanyalah seperti mencurah garam ke laut.

    Cara efektif mencuci sarung bantal

    Berikut beberapa tip mudah untuk memastikan sarung bantal anda bersih dan selamat:

    • Cuci sekali seminggu
    • Ini membantu menghilangkan peluh, air liur, habuk dan bakteria.
    • Lebih berkesan jika guna air panas kerana ia lebih efektif untuk membunuh bakteria berbanding air sejuk.
    • Gunakan juga sabun mengandungi pembasmi kuman untuk memastikan cucian lebih bersih.
    • Sarung bantal jenis sutera adalah lebih baik
    • Letakkan dalam beg pencuci jaring sebelum memasukkannya dalam mesin basuh.

    Bantal juga tidak terkecuali

    Bantal juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria, lebih-lebih lagi jika dipenuhi “peta” air liur yang menggelikan. Bagaimanapun, bukan semua jenis bantal boleh dibasuh kerana ada antaranya mempunyai bahan halus atau tampalan khas. 

    Menurut pakar pembersihan, cara penyelesaiannya adalah dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu serbuk penaik soda dan cuka putih.

    1. Taburkan soda penaik di seluruh bantal
    2. Semburkan soda penaik yang dicampurkan dalam larutan cuka.
    3. Biarkan bantal yang sudah disembur sekurang-kurangnya 30 minit.
    4. Bersihkan menggunakan berus, pastikan soda penaik hilang sepenuhnya.
    5. Jemur di bawah cahaya matahari terik sehingga kering. – RELEVAN
    Previous ArticleAnak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    Artikel berkaitan

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.