Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Parut buli yang tidak akan sembuh

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    By Nur Aliya Qistina AsyrafDecember 31, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP senyuman yang diukir oleh seorang mangsa buli seringkali menyembunyikan banyak penderitaan dan parut yang mendalam. Inilah realiti yang jarang kita ketahui. Mereka hidup dengan rutin biasa seperti kita, namun perbezaannya adalah mereka membawa beban emosi yang tidak pernah diluahkan. 

    Itupun, masih ramai yang tidak sedar bahawa kata-kata dan perlakuan mereka mampu beri impak besar terhadap kehidupan seseorang. Itulah zaman yang sedang kita lalui, dimana kurangnya kesedaran terhadap isu buli dan masih ramai yang memandang enteng isu ini.

    Kesannya tidak dapat dilihat secara fizikal, namun keyakinan diri mereka dibunuh, kebahagiaan diri mereka diragut dan masa depan mereka menjadi kabur. Hidup mereka ibarat sebuah cermin yang sudah retak, masih memantulkan fizikal mereka, namun tidak jelas siapa sebenarnya di cermin itu.

    Menurut artikel daripada Busthami Nur, Malaysia pernah mencatatkan data peningkatan secara konsisten dalam kes buli iaitu pada tahun 2012, Menteri Pendidikan melaporkan sebanyak 4,159 pelajar (3.88%) terlibat dalam kes buli, dan antara 2012 dan 2015, lebih daripada 14,000 kes direkodkan, dan kebanyakannya ialah buli fizikal. 

    Manakala pada tahun 2021 pula, sebuah kajian dilaksanakan yang melibatkan 4,469 pelajar, dimana hasil kajian menunjukkan bahawa 79.1% pelajar telah terlibat dalam kes buli. Statistik sebegini meningkatkan kebimbangan tentang keselamatan dan kesihatan mental pelajar. Ini merupakan data yang berjaya direkodkan, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya direkodkan?

    Menurut kajian daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kebanyakan mangsa buli mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Mustapa Kamal, PTSD merupakan sebuah keadaan kesihatan mental yang berlaku apabila seseorang itu masih “tersangkut” dalam trauma yang sudah lama berlaku. 

    Kebiasaannya ia muncul dalam empat cara iaitu kerap mengalami mimpi buruk atau kilas balik (Intrusion Symptoms), mereka akan cuba mengelak melakukan sesuatu yang boleh mengingatkan semula pada kejadian traumatik itu (Avoidance and Numbing), fikiran dan emosi yang lebih ke arah negatif seperti tidak yakin diri, mudah marah, mudah takut atau mudah rasa bersalah (Alterations in  Mood and Cognition), dan akhir sekali tubuh badan mereka akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga seperti mudah terkejut dan bertindak secara melulu (Arousal).

    Oleh itu, perlakuan buli merupakan sebuah perkara kejam yang boleh dilakukan terhadap seseorang kerana ia mampu meninggalkan kesan berpanjangan terhadap mangsa seperti trauma, kurang keyakinan diri, kemurungan ataupun kembimbangan sosial. 

    Perkara yang lebih kejam apabila penyakit ini memerlukan rawatan jangka masa lama untuk sembuh, malahan mangsa perlu mengulangi kenangan perit tersebut secara terus-menerus demi menyembuhkan trauma mereka.

    Selain gangguan emosi, mangsa juga terkesan daripada segi akademik dan prestasi diri, terutamanya dalam pelajaran ataupun kerjaya. Tanpa kita sedar, terdapat orang di sekeliling seperti rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah menjadi mangsa buli, namun tiada yang menyedarinya kerana kebanyakan mangsa buli tidak pernah dan tidak mahu menceritakan pengalaman pahit mereka itu kerana menganggap ianya sebagai kelemahan diri. 

    Pada akhirnya, mereka menunjukkan tindak balas buli tersebut melalui perilaku mereka yang sering kita anggap sebagai kurang fokus dan tiada motivasi untuk berjaya. Menurut artikel daripada Karsodikromo, kebanyakan mangsa buli mengalami tekanan perasaan, dimana ia boleh menyebabkan hilang motivasi untuk melakukan sesuatu, perasaan kecewa yang ekstrem, malah turut berpotensi untuk menghadapi kemurungan, dan berisiko untuk mencederakan diri atau manamatkan nyawa sendiri. 

    Jadi, adakah kita sebagai rakan atau keluarga cukup peduli dengan orang di sekeliling kita yang sedang menderita dengan trauma yang dialami mereka ataupun turut mencemuh mangsa-mangsa ini dengan gelaran ‘pemalas’?

    Selain itu, buli juga menyebabkan mangsa menghadapi kesukaran untuk bersosial, dan memberi kepercayaan pada orang lain kerana mereka rasa malu dan seolah-olah tidak diterima oleh masyarakat sekeliling. 

    Antara perilaku mangsa-mangsa buli yang sering kita lihat, namun tidak terlalu peduli adalah sikap suka mengasingkan diri daripada berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Malahan, ada antara kita yang menganggap sikap tersebut hanyalah citra diri mereka sebagai seorang pendiam yang memilih untuk tidak bersosial. 

    Tetapi, adakah kita sedar bahawa mangsa-mangsa buli ini memilih untuk tidak bersosial kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap orang-orang sekeliling disebabkan trauma buli yang dialami mereka juga berpunca daripada orang terdekat yang mematahkan kepercayaan mereka.

    Kesimpulannya, buli tetaplah merupakan sebuah perilaku buruk dan kejam yang dilakukan kepada seseorang. Kesannya ibarat parut yang tidak akan sembuh, malahan berdarah apabila disentuh. 

    Sebagai masyarakat yang prihatin, adakah kita sudah cukup peduli terhadap mangsa-mangsa buli ataupun menutup mata dan telinga kerana menganggap penderitaan mereka bukanlah tanggungjawab kita?

    Setiap mangsa buli mengalami tindak balas yang berbeza-beza tetapi penderitaan mereka tetaplah sama. Oleh itu, cukuplah kita memandang enteng tentang isu buli ini dan mula bertindak sebagai masyarakat prihatin yang peduli dengan penderitaan yang dialami oleh setiap mangsa buli. – RELEVAN

    Penulis merupakan pelajar sarjana muda tahun akhir kursus Komunikasi Media Baharu, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

    Artikel berkaitan

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.