Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    By Umi FatehahNovember 24, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    APPLE cider vinegar (ACV) atau cuka epal sudah lama digunakan sebagai bahan masakan. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia menjadi salah satu bahan rahsia untuk penjagaan kesihatan. 

    Menurut Healthline, berikut ialah antara manfaat ACV untuk kebaikan kesihatan.

    1. Tinggi dalam asid asetik

    Asid asetik ialah komponen utama ACV dan dipercayai menjadi faktor kepada manfaatnya. ACV mengandungi kira-kira lima peratus asid asetik. ACV organik yang tidak ditapis mempunyai “mother” (protein, enzim dan bakteria baik) yang menjadikannya keruh. 

    Walaupun tidak tinggi vitamin atau mineral, ACV mengandungi asid amino dan antioksidan yang boleh melambatkan tanda penuaan.

    1. Boleh membantu membunuh bakteria

    Cuka boleh membunuh beberapa jenis bakteria tertentu. Ia sudah digunakan sejak berabad untuk membersihkan luka, merawat kulat, kutu dan ketuat.

    Dalam makanan, ACV bertindak sebagai pengawet dan boleh menghalang pertumbuhan bakteria seperti E.coli.

    1. Bantu mengawal gula dalam darah

    Antara manfaat paling kukuh ialah ACV berpotensi membantu mengawal gula darah terutamanya diabetes jenis dua atau individu dengan gula tidak stabil.

    Kajian 2019 dan ulasan 2021 menunjukkan ACV mungkin memberi kesan positif kepada indeks glisemik dan stres oksidatif.

    Namun, kajian masih terhad dan ACV tidak boleh menggantikan ubat. Jika anda mengambil ubat kawalan gula, bincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan pengambilan ACV.

    1. Bantu mengawal selera

    Salah satu sebab popular orang mengambil ACV ialah untuk membantu proses penurunan berat badan. Beberapa kajian menunjukkan ACV boleh membuatkan seseorang berasa lebih cepat kenyang kerana ia memperlahankan pengosongan perut. 

    Terdapat juga kajian selama 12 minggu yang mendapati peserta yang mengambil ACV mengalami penurunan berat badan. Namun, penurunan itu sangat sederhana dan tidak memberi perubahan drastik seperti yang sering digembar-gemburkan di media sosial.

    ACV mungkin membantu menyokong usaha menurunkan berat badan tetapi kesannya bukan seperti magis. Ia hanya berkesan apabila digabungkan dengan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan pengambilan kalori yang terkawal. 

    Tanpa perubahan pada rutin harian, ACV sahaja tidak akan memberikan hasil yang ketara.

    1. Berpotensi menyokong kesihatan jantung

    Ada beberapa kajian awal pada haiwan menunjukkan asid asetik mungkin membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah. Namun, kajian pada manusia masih belum cukup kukuh untuk membuat kesimpulan yang sama.

    Berdasarkan laporan, jika ACV membantu mengawal gula darah atau menyokong penurunan berat badan, ia secara tidak langsung boleh memberi kesan positif kepada kesihatan jantung. 

    Tetapi perlu diingatkan bahawa ACV bukan rawatan bagi pesakit jantung kerana preskripsi doktor adalah terpakai mengatasi semua bahan lain.

    Cara sihat mengamalkan ACV untuk kesihatan

    ACV bersifat asid. Penyalahgunaan boleh menyebabkan iritasi tekak, hakisan enamel gigi atau sakit perut. Cara paling selamat ialah:

    • Larutkan satu atau dua sudu ACV dalam segelas air.
    • Untuk mengawal gula atau selera makan, amalkan ACV sebelum waktu makan.
    • Minum menggunakan straw untuk melindungi gigi.
    • Elakkan pengambilan ACV tanpa dilarutkan dalam air.
    • Jangan ambil lebih daripada dua sudu sehari.

    Pesakit yang mengambil ubat diabetes, diuretik atau ubat jantung MESTI mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ACV. Ia bukan pengganti ubat sedia ada.

    ACV mempunyai beberapa manfaat yang disokong kajian perubatan terutamanya dalam mengawal gula dan pengurusan berat badan berdasarkan laporan tetapi ia bukan penyelesaian drastik.- RELEVAN

    Previous ArticleRed flag awal serangan jantung
    Next Article Kenali siren banjir

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.