Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    By Umi FatehahNovember 20, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet. - GAMBAR HIASAN HESSAM NABAVI/UNSPLASH

    MEMBESARKAN anak-anak boleh adalah satu perjalanan yang menggabungkan kegembiraan, kebimbangan dan pelbagai pengajaran yang tidak pernah berakhir. Namun, dalam dunia hari ini, skrin dan teknologi telah hampir sebati dalam setiap aspek kehidupan. 

    Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan cabaran baharu – bukan sekadar memastikan anak makan, tidur dan belajar dengan baik tetapi juga memantau penggunaan peranti digital, melindungi mereka daripada kandungan tidak bersesuaian dan membimbing mereka membina tabiat digital yang sihat.

    Jadi, bagaimana kita sebagai ibu bapa atau penjaga boleh menavigasi dunia digital yang kompleks ini sambil memastikan anak-anak membesar dengan sihat, gembira dan bijak? 

    Memahami kesan teknologi terhadap zaman kanak-kanak

    Hari ini, kanak-kanak tidak lagi sekadar menonton televisyen. Mereka dibesarkan dalam dunia tablet, telefon pintar, konsol permainan dan aplikasi interaktif. Walaupun teknologi ada faedahnya, ia juga membawa cabaran yang memerlukan perhatian ibu bapa.

    Kelebihan

    Teknologi boleh memupuk kreativiti, meningkatkan pembelajaran dan membina kemahiran penting. 

    Contohnya, kanak-kanak boleh belajar asas pengaturcaraan melalui permainan interaktif, mempelajari bahasa baharu melalui aplikasi atau kekal berhubung dengan ahli keluarga yang jauh. Dengan panduan, teknologi boleh menjadi alat pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.

    Kekurangan

    Namun, terlalu banyak pendedahan kepada skrin boleh menjadi masalah. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan skrin secara berlebihan boleh menyebabkan:

    • Gangguan tidur
    • Kurang aktif
    • Sukar mengawal emosi dan tingkah laku

    Strategi praktikal dalam parenting di era digital

    Kebanyakan ibu bapa berdepan cabaran mengawal penggunaan gajet anak-anak mereka.

    Kita tahu bahawa masa skrin perlu dihadkan. Tetapi anak-anak sering membantah atau tantrum terutamanya kanak-kanak kecil yang sudah terbiasa dengan tablet atau telefon pintar.

    Situasi ini membuatkan ibu bapa merasa bersalah atau buntu tetapi ia sebenarnya normal dalam proses pembelajaran anak tentang disiplin dan batasan. Apa kata anda cuba strategi yang dicadangkan oleh Parent.

    1. Tetapkan had masa skrin

    Akademi Pediatrik Amerika mengesyorkan had masa skrin yang berbeza mengikut umur:

    • 0 – 18 bulan: Elakkan skrin kecuali panggilan video.
    • 2 – 5 tahun: Hadkan kepada satu jam sehari kandungan berkualiti tinggi.
    • 6 tahun ke atas: Tetapkan had berdasarkan nilai keluarga.

    Menetapkan sempadan dari awal dan konsisten mengikutnya adalah kunci. Gunakan pemasa (timer) jika perlu dan wujudkan zon bebas skrin, contohnya ketika makan.

    1. Gunakan kawalan ibu bapa (parental controls)

    Kebanyakan peranti dan aplikasi menawarkan ciri kawalan ibu bapa. Alat ini boleh menyekat kandungan tidak sesuai, menetapkan had masa skrin dan memantau penggunaan. Ia sangat berguna untuk memastikan anak selamat dalam talian.

    1. Tunjuk contoh yang baik

    Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Jika ibu bapa sentiasa terpaut dengan telefon atau tablet, sukar untuk mereka mengurangkan masa skrin. Amalkan tabiat digital yang sihat supaya anak-anak dapat mencontohinya.

    1. Galakkan perbualan terbuka

    Berbual dengan anak tentang apa yang mereka tonton atau mainkan membina kepercayaan dan pemahaman. 

    Tanya soalan terbuka seperti, “Bahagian mana yang paling awak suka dalam permainan itu?” atau “Apa yang awak belajar daripada video itu?” Ia membantu ibu bapa tetap peka dengan minat dan pengalaman anak dalam dunia digital.

    1. Galakkan aktiviti keluarga tanpa skrin

    Permainan papan, mendaki atau bermain sembunyi-sembunyi jauh lebih menarik daripada menonton rancangan kegemaran. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga tetapi juga melatih kemahiran fizikal dan sosial anak.

    Mendidik anak di era digital bukan lagi tugas yang mudah tetapi dengan pendekatan yang tepat, ia boleh menjadi peluang untuk membimbing mereka menjadi individu yang bijak, bertanggungjawab dan sihat. – RELEVAN

    Previous Article7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    Next Article 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.